Tua Sebelum Usia

Assalam,

Tadi up status tentang perkara ni di fb. Ni aku nak hurai lebih lanjut mengapa kita perlu elak dari kelihatan tua sebelum usia. Sebelum tu copy balik status dari fb. 

Nampak tua sebelum usia? Khasnya kaum wanita lebih cenderung kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Kenapa?

Bagi wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak, bagi mereka menjaga penampilan diri bukan lagi perkara utama dalam kehidupan mereka. Ramai yang merasakan tidak sempat untuk berhias bersolek dan berdandan rapi kerana terkejar-kejar mahu melayan anak kecil. 

Aku pun tak terkecuali. Setelah melahirkan anak pertama 5 tahun dulu, aku mula abaikan penampilan diri. Bagi ku asal siap sudah. Tapi bila ada seorang wanita memanggil aku makcik, aku rasakan seperti di tampar kuat. Aku tak terlalu tua ok. Sejak itu aku mula beri perhatian dengan penampilan diri. Macam zaman anak dara dulu.

Jangan ambil ringan dengan penampilan diri. Walau dah beranak pinak, menjaga kecantikan diri untuk menarik perhatian suami tu sangat penting. Lagi sekali aku nak tanya kenapa penting?

Sebab kita semua sedia maklum selain kereta dan motor, lelaki sukakan kecantikan. Ini termasuk melihat pada wanita yang cantik. Tolong jangan nafikan. Sejauh mana kita cuba sekat suami kita dari menjeling wanita lain, pasti terlepas pandang juga kan. So kita nak buat apa, cubit suami ke, merajuk ke? Kena ingat, masa bercinta bila merajuk memang boifren laju je memujuk. Tapi lepas kawin, pujuk diri sendiri la jawabnya. Kena ingat, ramai wanita di luar sana yang cantik. Jangan sampai hati suami tertarik pulak.

Jadi macam mana nak elakkan suami dari menjeling wanita lain, atau bila suami menjeling hati dia tetap kata isteri aku lagi cantik? 

Menjaga penampilan diri

Wanita seharusnya menjaga penampilan diri. Jangan la nampak kusut masam tak bermaya je. Kalau zaman anak dara dulu kemain meletop lagi penampilan diri, jangan bila dan kawin rasa tak penting lagi untuk bergaya. Baju kene kemas dan cantik. Tudung biar la bergaya sikit. Jangan main sarung serkup je. Kalau rasa tak reti nak lilit-lilit shawl, sekarang dah banyak instant shawl. Sarung je pastu pinkan. 3 minit dah siap. Macam megi pulak. 

Muka pulak elok la berbedak sikit. Pakai cream muka tu biar muka nampak lebih glow dan berseri-seri. Kalau tak suka make up pun, sekurang-kurangnya pakai foundation sikit, pastu touch up dengan blusher sikit last sekali pakai lipstik atau lip gloss. Nampak lebih fresh gitu.

Menjaga bentuk badan

Lepas bersalin memang bentuk badan para wanita akan berubah sedikit. Lepas tu menyusu anak pulak memang akan buat kita kerap lapar. Ada orang yang jenis metabolisma tinggi memang beruntung sangat sebab banyak mana dia makan pun tapi tetap kurus. Tapi ada yang jenis makan sikit pun dah naik berat badannya. So memang kene work out la sikit. Bukan senang nak kelihatan cantik tau. Model-model tu maintain body diorang dengan selalu work out. Tapi korang tak perlu la jadi sampai macam tu. Kalau nak boleh je, tapi kalau tak nak pun kene jaga la sikit-sikit jangan sampai suami perli panggil korang kenderaan berat sila ikut kiri. Sadis tau.

Pilih cara diet yang betul. Amalkan memakan menu sihat. Elakkan makanan berlemak, bergoreng dan minuman manis. Kalau korang betul-betul ikut cara macam ni, memang boleh berjaya program diet korang tau. 

Badan yang besar memang buat korang nampak lebih berusia tau. Penah sekali aku hampir panggil sorang ni makcik. Tapi rupanya dia masih pelajar sekolah. Kesian tau. 

Mengambil supplement

Korang tau tak, antara punca wanita kelihatan lemah, lesu dan tidak bermaya adalah disebabkan kekurangan nutrien. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Mereka akan kehilangan sebahagian besar zat dan nutrien penting yang amat diperlukan oleh tubuh. Sebab tu wanita yang mengandung, bersalin dan menyusukan anak amat digalakkan untuk mengambil supplement dalam diet harian mereka.

Memang sesetengan zat mineral boleh didapati dalam makanan harian kita. Tapi sejauh mana kita pasti zat mineral tu masih kekal dalam makanan yang kita makan. Tau tak, kebanyakkan zat mineral ni boleh hilang disebabkan cara masak yang terlalu lama. Masakkan pulak kari, masak lemak, gulai. Alamatnya makan dapat kenyang je la. Khasiat semua dah hilang. Silap haribulan dapat penyakit pulak. Rugi je kan.


Sebenarnya tak rugi pun kalau korang menjaga penampilan diri ni. Kalau bukan untuk suami, buat untuk diri sendiri. Bak kata loreal, kerana dirimu begitu berharga. Jadi hargai la diri korang. Jaga sebaiknya kesihatan diri tu. Kalau diri tak larat je, tak sihat macam mana nak jaga keluarga. 

Lagi 1, bila kelihatan menarik, secara automatic korang akan rasa lebih confidence. Nak berjumpa dengan orang, nak bergaul dengan orang, lebih-lebih lagi kalau bekerja. Walau sebagus mana kerja korang, 1 impression tu sangat penting. Kebanyakkan majikan akan memandang pada penampilan seseorang sebagai satu advantage. Bayangkan la 2 orang dalam final candidate untuk kenaikan pangkat. Kedua-duanya bagus. KPI tinggi. Tapi sorang berpenampilan menarik, manakala yang sorang lagi langsung tak menarik. Rasanya siapa yang akan terpilih? 

Rasa bangga tak kalau suami puji cantiknya isteri abang ni. Ataupun kawan-kawan anak puji cantiknya mama awak. Islam juga mengunjurkan agar umatnya agar menjaga kesihatan, kebersihan, dan mengawal pemakanan untuk lebih sihat.

Jadi, perlu alasan lain lagi ke kenapa penting untuk menjaga penampilan diri? Jom berubah. Jangan nampak tua sebelum usia.

=======================================================================

Ada promosi hangat sepanjang April. Jom kelihatan lebih cantik dan jadi lebih sihat bersama shaklee.
SMS / WA : 018-2684992 atau PM di facebook.com/d.ni.vitaminsihat

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato