Menangani tantrum anak

As-salam,

Kalau korang ingat, aku penah ceritakan pasal naurah meragam tak nak ke sekolah. Hampir 2 minggu juga la naurah meragam macam tu. Tiap-tiap pagi menangis, bagi macam-macam alasan tak nak ke sekolah. En. fuad pun sampai naik tension melayan kerenah naurah.


 *gambar hiasan *  


Alhamdulillah sekarang ni dah hilang tantrum dia tu. Macam mana aku buat?

  1. Setiap malam sebelum tidur bagi kata-kata nasihat dan perangsang.
  2. Kejut dengan cara paling lembut walaupun anak meragam / menangis.
  3. Ucapkan salam ketika mengejut anak, panggil dengan panggilan manja e.g baby, princess, hensem boy, darling.
  4. Bercerita untuk mengalih perhatian bila anak mula meragam
  5. Banyak tanya soalan supaya anak sibuk berfikir untuk menjawab.
  6. Kawal kemarahan walaupun dalam hati dah nak meletop.
  7. Yang paling penting, banyakkan berdoa kepada Allah agar di lembutkan hati anak dan di permudahkan urusan kita untuk membesarkan anak-anak. 
Memarahi anak ketika anak sedang meragam jelas bukan cara terbaik untuk menangani masalah tantrum. Aku penah cuba cara begitu, langsung tidak berkesan. Aku dapati naurah lebih mudah mendengar arahan ku ketika dia dalam emosi yang stabil. Jadi ketika anak sedang meragam, stabilkan dulu emosi mereka. Antara cara yang paling berkesan untuk meredakan ragam naurah dengan memberi dia minum air kosong. Lebih baik ibu berselawat dan membaca al-fatihah sebelum memberi anak minum. 

Ingat, anak-anak yang masih kecil belum mampu mengawal kemarahan, kehendak dan keinginan mereka. Kita sebagai ibu bapa perlu bijak mendidik mereka agar mereka faham kepentingan mengawal emosi. Jika ibu bapa sendiri gagal mengawal emosi bila berdepan dengan situasi begini, bagimana kita hendak harapkan anak-anak mengawal emosi mereka. 

Didik anak dengan penuh kasih sayang dan penuh kesabaran kerana mereka adalah amanah allah. Bukan senang membesarkan seorang anak untuk menjadi seorang manusia. Kita juga penah kecil, penah melakukan pelbagai kesilapan, penah nakal dan melawan ibu bapa. Jadi kenapa bila anak-anak kita melakukan perkara sedemikian, kita tak boleh terima dan terus hilang sabar.

Love, 
mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato