Percuma namun khasiat di dalamnya,

Assalam,

Selalu kita berfikiran bahawa setiap benda yang lebih mahal tentu lebih baik. Ada yang betul, namun ada juga yang tak betulnya. Ada benda yang mahal hanya kerana namanya. Ada benda yang mahal kerana memang kualitinya terjamin. Namun ada benda yang percuma, tetapi tiada satu pun yang mahal mampu menandinginya. Benda itu adalah susu ibu. Titisan emas yang terlalu tinggi nilai, khasiat dan kebaikannya. 




Tengok ni banyak betul perbezaan diantara susu ibu dan susu formula. Jadi semahal manapun susu formula masih tidak dapat menandingi kehebatan yang terkandungan di dalam susu ibu.

Susu tak cukup untuk bayi anda?

Ini adalah punca kebanyakkan ibu gagal menyusukan bayi mereka. Tahukan anda, susu yang terhasil di awal kelahiran di kenali sebagai kolostrum.  Kolostrum mengandungi banyak protein, karbohidrat dan antibodi yang sangat diperlukan oleh bayi. Sebagai makanan pertama bayi, kolostrum juga mudah dicerna, mengandungi sel darah putih, mampu melindungi saluran pencernaan bayi, memiliki kandungan imun yang tinggi dan memiliki efek laksatif. Ianya sangat sedikit dan pekat. Jangan risaukan tentang kuantiti kolostrum yang sedikit kerana saiz perut bayi adalah sangat kecil. Jadi bayi tidak memerlukan susu yang banyak di awal kelahirannya.




Baru disusukan tapi masih menangis kelaparan

Bayi menangis bukan hanya kerana lapar. Tetapi itu adalah cara mereka berkomunikasi. Tangisan bayi mungkin bermaksud tidak selesa, takut, lampin penuh, kembung perut atau hanya sekadar mahukan dakapan ibunya. Oleh itu, belajar kenali tangisan bayi sebelum anda mengatakan bahawa susu anda tidak cukup kerana bayi masih menangis kelaparan. 

Cubalah, usha lah dan memohon lah daripada Allah agar dicukupkan susu untuk bayi anda. Ada banyak cara yang boleh anda lakukan untuk memperbanyakkan air susu. 

Love,
mar

=========================================================================

Nak dapatkan supplement shaklee. Klik di sini. Semuanya mengikut bajet anda. Sekiranya anda membeli daripada saya, anda layak mendapat khidmat nasihat dan konsultansi secara percuma sepanjang masa. In sha allah saya akan beri tunjuk ajar dan tips untuk bagaimana membanyakkan susu.


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato