Mini gathering @ Warisan Hati Rimba, Kemensah
As-salam,
Sabtu lepas family belah mak buat mini gathering. Aku selaku admin whatsapps group telah di paksa rela menjadi organizer untuk gathering ni. So seminggu sebelum acara, gigih la aku dan en. fuad pegi recce tempat ni. Sebenarnya memula nak buat picnic untuk family aku je sambil-sambil celebrate birthday athmar. Tapi bertukar menjadi mini gathering terus. Memandangkan kami pun dah lama sangat tak berkumpul bersama.
Dapat tau pasal warisan hati rimba pun dari blogger-blogger juga. Baca komen-komen rata-rata puas hati dengan tempat ni. So kita try jugak la. Kemensah ni terletak di belakang Zoo Negara je. Dekat gila. Selama ni tak pernah aku tau pun ada waterfall di sana. Pastu dengar-dengar cerita orang tapi tak pernah terlintas langsung nak pegi.
Ok berbalik pada cerita gathering, since kami dah lama tak berkumpul. So ahli-ahli whatsapps melontarkan idea bernas la untuk berkumpul bergosip sambil makan dan bercanda. Selaku admin yang comel, aku terus je set date dan kasi location. Siapa free pada tarikh tersebut sila bersetuju. Siapa takde rugi. Maka jadi la mini gathering ni sebab tak ramai dapat hadir. Tak pe tetap meriah dah hiruk pikuk bergema di rimba yang sunyi.
Kita layan gambar dulu ye.
Pandangan dari tepi chalet
Omak tersayang dah sampai
Emak dan mok ngoh.
En. fuad yang gigih membakar ayam. Sodap betul.
Ambik resipi dari blog sape tak ingat
Mari mula acara makan. Konsep potluck.
Bawak sorang sikit akhirnya bertimbun makanan atas meja
Kolam untuk kanak-kanak. Tapi mak bapak pun join sama.
Air kolam suam-suam je. Takde la mengigil kesejukan.
Air kolam ni dari air bukit tau.
Si kayla yang comel. Suka betul dia berendam ye.
Athmar, letak kaki je dah menjerit. Grrrr
Ala anje-anje nya kak da dengan anak bongsunya.
Anak 3 tapi body macam anak dara. Kasi tips please
Antara sepupu yang paling happening dan selalu pening.
Masih single. Matik la aku promote dia kat sini. Jangan mare
Sorang lagi mama vogue. Dah 3 orang anak juga ye.
Kitorang je dah penuh kolam. Orang lain sila mandi kolam lain ye.
Bila bekas model beraksi.
Jangan tiru aksi ini kalau suami korang tak sporting
Kitorang berendam dalam sungai lagi best walau pun sungainya kecik je.
Ni kolam untuk dewasa. Tapi aku tak pegi pun. Jauh sikit dari chalet kami.
Tu chalet yang kami sewa. Masa hari kejadian tak ambik gambar.
So pakai gambar masa g recce hari tu.
Lucky draw. Semua wajib bawak hadiah. Kita tukar-tukar. Saja mau syok-syok je.
Selesai sudah gathering kami. Mari kita pulang bersama hadiah masing-masing.
wefie. Semua muka puas hati dapat berendam.
Alhamdulillah selesai dengan jayanya program kali ni. Kalau ada sebarang kekurangan tu mintak maaf bebanyak la ye. Suasana tempat mungkin tak begitu selesa tak macam resort 5 bintang. Tapi yang penting niat dan tujuan untuk berkumpul dan mengeratkan silaturrahim di antara kaum keluarga tu yang paling penting. Maklum la dah lebih 3 tahun tak de family day. So ni je la masa untuk kita bergumbira bersama di samping berkenalan lebih erat dengan ahli keluarga baru. Next time kita boleh plan buat lagi. Siapa yang nak jadi penganjur pulak kali ni sila tawar diri ye.
Ok bagi yang teringin nak ke sini, korang boleh call kak elly 013-3376934 untuk booking. Kena booking tau sebab selalunya penuh. Harga sebuah chalet RM50 - RM60. Macam yang aku sewa hari tu RM50 dari pagi sampai kul 4.30 petang. Kami sewa 4 biji. Kemain banyak. Sekali tu tak guna sangat pun. Sebiji chalet boleh muat dalam 4 - 6 orang. Kami cuma guna untuk tukar baju dan sembahyang. Nak tido pun boleh sebab ada tilam yang disediakan. Ada juga yang sewa untuk bermalam. Tapi hanya untuk orang yang berjiwa advanture je. Kalau korang mengharapkan chalet ni cantik dan selesa macam hotel 4 Season, sila lupakan hasrat untuk ke mari.
Love,
mar
========================================================================
Mencari vitamin yang SENTIASA SELAMAT | SENTIASA BERKESAN | SENTIASA MESRA ALAM? Jom dapatkan Shaklee. Ada pelbagai promosi bulan ini. Nak penjimatan berganda, daftar sebagai ahli dan nikmati vitamin terbaik dengan harga ahli.
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment