Posts

Showing posts with the label cantik

4 Tips Mudah Hilangkan Parut Jeragat

Image
Assalamualaikum, Memiliki wajah yang cantik tanpa cela sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita. Namun tak semua bertuah memilikinya. Selain daripada jerawat, jeragat juga merupakan masalah utama kaum wanita. Bagi mengatasi masalah jeragat, anda harus tahu dahulu punca terjadinya masalah tersebut. Kemudian barulah anda boleh mencari solusi bagi mengatasinya.  Punca Terjadinya Jeragat 1. Pancaran sinaran matahari mengandungi uv yang boleh merosakan kulit. Dua jenis sinaran uv iaitu UVA (aging) yang menyebabkan berlakunya penuaan terhadap sel kulit dan UVB (burning) yang memberikan kesan kulit terbakar (sunburn). Kesan UV bukan hanyak merosakan sel kulit, malah merbahayakan. Pastikan anda menggunakan pelindung uv jika anda sering terdedah kepada matahari secara kerap. 2. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan terjadinya jeragat. Biasanya wanita hamil mengalami perubahan horman dalam badan hingga ada yang mengalami masalah jeragat ketika hamil ak...

10 Rahsia Awet Muda Yang Semua Wanita Wajib Ketahui

Image
Assalamualaikum Antara soalan yang paling sukar di jawab oleh ramai wanita ialah mengenai usia mereka. Malah ada yang sanggup menipu usia sebenar mereka. Kenapa ye? Malu orang mengetahui usia sebenar mereka ke?  Bagi saya memberitahu usia sebenar tidak memalukan, tetapi, lebih malu kalau umur muda tapi dah kelihatan jauh berusia. Betul tak! Langkah-Langkah Yang Dapat Menjadikan Wajah Kelihatan Muda Dari Usia Sebenar 1. Jauhi Stress Stress membuatkan anda menjadi serabut dan mudah marah. Ini akan membuatkan hormon anda tidak menentu seterusnya menggangu kestabilan imun sistem anda. Bukan itu sahaja, jerawat juga mudah tumbuh di wajah. Jadi sekiranya anda ingin tampil menarik, kawal stress anda.  2. Minum air kosong Kulit kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan lembapan. Kulit yang kering akan kelihatan bersisik dan tidak menarik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, pastikan anda meminum sekurang-kurang 3liter air mineral se...

DEKO RUMAH PART 2 | LAMPU

Image
Assalamualaikum. Yeayyy lampu dah siap di pasang. Semalam en.suami wasap gambar. Bertambah excited ahkak rasa tau.  Ruang ni kami plan nak letak meja makan. Lampu 3 serangkai ni en.suami beli di kedai di Jalan Pasar. Lebih murah dan ada warrenty setahun berbanding dengan kedai di area Ampang. Lampu bilik ni kalau di off, pastu on balik akan menyala lampu kaler soft orange. Boleh jadi lampu tidur. Faham kenapa ahkak cakap ni? Hihi. Terlupa pula nak suruh en.suami ambik pic. Nanti la ahkak ambik pic pastu update balik ye. Seluruh rumah kami guna lampu LED termasuk ruang yard dan balkoni. Memang terang dan yang menarik lampu LED tak panas macam lampu biasa, lebih jimat elektrik dan lebih terang. Sekarang ni kipas yang tak beli lagi. Cadang nak letak wall fan di ruang makan dan 1 lagi wall fan di master bedroom. Bilik anak-anak pakai stand fan yang dah sedia ada di rumah sekarang. Kalau ada bajet lebih nak gak tukar kipas di hall ni. Tapi tu kalau...

Dapatkan kulit flawless dengan ESP dan Vitamin C

Image
Assalam, Kulit kusam tiada lagi. Siapa tak happy kan. Tengok la akak cantik kita ni. ESP membuatkan kulit menjadi sihat, cantik dan tona lebih sekata. Bukan itu je, tumit yang pecah pun dah mula elok, stretch mark pun menghilang. Kenapa ye? Sebab ESP adalah sumber protein yang kaya dengan asid amino yang amat diperlukan oleh tubuh namun tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh. ESP juga membantu tubuh untuk menyerap semua vitamin dan mineral. Baru la semua vitamin berfungsi dengan lebih baik. Asid amino adalah jenis protein yang berbeza mengikut keperluan tubuh. Setiap tubuh memerlukan protein yang berbeza bagi keperluan yang berbeza. Kandungan Indeks Glisemik (G.I) didalam ESP juga adalah rendah menjadikan ia sangat sesuai di minum oleh pesakit diabetes. Vitamin C memang sinonim dengan kecantikan. Berapa ramai yang sanggup berhabis wang ringgit untuk cucuk vitamin c. Kini tak susah pun dah dapatkan kebaikan vitamin c dengan sustained released vita C shaklee. Sistem...

Selesaikan masalah jerawat teruk dan bernanah?

Image
Assalam, Apa khabar semua pembaca mizdeeni.blogspot.com ? Saya harap anda sentiasa ceria dan sihat hendaknya. Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang jerawat. Masalah jerawat memang mengganggu bukan. Saya pasti ramai yang tak suka bila wajah ditumbuhi jerawat. Lebih-lebih lagi jika jerawat besar hingga bernanah dan berparut. gambar google Masalah jerawat biasanya berpunca daripada hormon yang tidak stabil menyebabkan kelenjar minyak bekerja secara berlebihan. Malah makan makanan yang terlalu berminyak dan berkafein juga antara penyumbang kepada faktor wajah ditumbuhi jerawat. Serangan bakteria akne juga merupakan punca berlakunya masalah jerawat. Antara langkah-langkah bagi mengurangkan jerawat adalah melalui penjagaan kulit wajah. Jangan sesekali tidur dengan kulit wajah yang belum di cuci. Amalkan rutin penjagaan kulit wajah seperti mencuci, melembab dan merawat setiap hari dengan menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Pastikan p...

ESP dan Vitamin C untuk kulit cerah sempurna

Image
Assalam, Dulu masa zaman sekolah, saya seorang yang aktif bersukan. Hasilnya kulit terbakar. Sunburn la kata orang putih. Dah la sememangnya kulit tak berapa nak cerah, bila terbakar, lagi la parah keadaannya.  Sebelum ambil shaklee Bila dah meningkat remaja, teringin la juga nak cantik macam orang lain. Selalu kagum bila lihat rakan-rakan yang berkulit cerah dan cantik. Sebab nak cerah juga, saya kurangkan penglibatan dalam bidang sukan. Rugi kan.  Lepas 3 minggu ambil set mengandung shaklee Sekarang ni, memang banyak produk kecantikan di pasaran. Sana putih, sini putih, dalam masa yang singkat pula tu. Hati teringin nak cuba, tapi takut-takut juga.  Saya mula ambil ESP dan Vitamin C semasa mengandung anak ke dua dulu. Asal ambil ESP untuk tenaga, dan vitaman c untuk imun sistem. Tapi lain pula yang jadi.  * Kulit semakin cerah * Parut stretch mark lama berkurang, yang baru segan nak timbul * Wajah semakin berseri * Badan cergas dan ...

Atasi Stretch Marks

Image
Assalam.  Nak kongsi cerita sikit, masa mengandungkan naurah dulu, bila perut terasa gatal, memang rancak saya menggaru. Tak sangka pulak bila menggaru, stretch mark pula jadinya. Patut la mak marah bila nampak saya menggaru perut. Sapu lotion pun tak menjadi apa. Tapi memang tak tahan gatal kan.  Hingga lah saya mula amalkan ESP ketika mengandungkan athmar. Kesan stretch mark lama mula pudar. Yang baru segan nak muncul. 😍 😍 Mula-mula tak perasan pulak kesan stretch mark berkurangan, tapi en.suami la yang tegur. Katanya "eh, stretch mark kat perut ayang makin kurang la". Lepas tu baru sibuk nak tengok cermin. Ye la betul. Tersengeh-sengeh la saya. Sebab dulu memang saya rimas betul tengok kesan stretch mark tu. Naik segan pun ada.  Kenapa ESP boleh membantu hilangkan kesan stretch mark?   ❓ ❓ Sebab ESP mengandungi Asid Amino yang dapat merangsang pembentukan semula kulit, mengurangkan kedutan, anti-penuaan dan mengurangkan parut. P...

Masker Alfalfa dan Vitamin C

Image
Assalam, Nak cantik kena la rajin. Jangan cakap je nak nampak cantik tapi malas nak usaha. Ni ada cara mudah nak dapatkan kulit wajah yang lebih halus mulus. Alfalfa ni untuk detox buang toksin dalam badan. Bila toksin dah di buang, baru kulit jadi lebih sihat. Vitamin C pula memang elok untuk kulit. Rajin-rajin la makan vitamin c ni dan lihat lah hasilnya nanti. Kulit akan jadi lebih cerah dan tona lebih sekata.  Selain dari makan, vitamin ni juga boleh dibuat masker. Caranya senang je, ambil 1 atau 2 biji alfalfa dan 1/2 biji vitamin C. Tumbuk sehingga hancur. Kemudian titiskan sedikit air. Tidak terlalu pekat atau cair. Sedang-sedang je texture nya. Kemudian tepet la di muka. Biarkan 15 -20 minit hingga kering. Pastu boleh cuci macam biasa sambil gosok perlahan-lahan seperti scrub.  Lepas tu memang kulit terasa halus bak bayi. Kalau nak dapat hasil yang menakjubkan, kena la rajin buat ye. Jangan la buat sekali pastu tak buat-buat lagi. Kalau rasa mac...

Salad | Cabaran kurus menjelang raya

Image
Assalam, Sejak dua menjak nak ala-ala diet ni, kerap la juga saya makan salad as dinner. Konon-konon eat clean la. Ni antara salad yang saya buat. Egg Salad  Bahan:  Mix salad 2 biji telur Tomato cherry Sekeping roti Tomato sos Cili sos Mayonis Roti tu potong kecil dan toast kan. Sedap bila makan dengan salad.  Grill Chicken Salad Bahan:  Mix salad Ayam bahagian dada Serbuk blackpepper Sedikit garam Minyak zaitun Cara: Perap ayam dengan serbuk blackpepper dan garam selama sejam. Patutnya ayam ni di roasted terlebih dulu baru di potong. Tapi en.suami saya  rajin, dia potong siap-siap ayam tu. Jadi instead of roasted, saya grill kan je  menggunakan non stick pan. Kali ni tak letak sebarang sos dan mayonis, tapi saya letak minyak zaitun dan  sedikit garam sebagai perisa.  Cabaran nak kurus ni bukan mudah. Kalau buat sorang-sorang susah nak berjaya. Jadi saya dan kawan...

Hodohnya stretch mark

Image
Assalam, Masa mengandungkan naurah, stretch mark hinggap di perut ku dengan meliar sekali. Tensen tau bila tengok perut yang dulunya licin kini di cemari dengan stretch mark.  Masalah stretch mark sememangnya sentiasa menghantui kebanyakkan wanita. Bukan hanya yang mengandung, malah bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.  Jangan biarkan masalah stretch mark terus membelenggu diri anda. Jom hilangkan kesan stretch mark dengan ESP Shaklee.  sumber google Berdasarkan daripada pengalaman aku sendiri, ketika mengandungkan athmar aku mula mengamalkan ESP dan masih lagi minum hingga ke hari ini. Sepanjang mengandungkan athmar, tiada lagi stretch mark baru muncul. Yang lebih bestnya tu, kesan stretch mark lama semakin pudar. Bukan aku pandai-pandai kata, tapi En. fuad yang bagi tau kesan tu semakin kurang. Seronoknya rasa. Bukan tu saje, malah ESP membantu dalam penyusuan susu ibu dimana susu menjadi lebih pekat dan creamy. Kulit anak pun lebih canti...

Apa yang best sangat dengan GLA Shaklee

Image
As-salam, Hari ni nak share tentang GLA Complex Shaklee. Satu produk meletop-letop untuk wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Apa itu GLA? GLA adalah nama ringkas kepada Gamma Linolenic Acid, iaitu asid lemak tidak tepu yang mengandungi Omega -6 yang sangat baik untuk kesihatan. GLA terdapat di dalam tumbuhan seperti Evening Primrose, Bogare, dan blackcurrent. GLA sangat diperlukan oleh manusia tapi tubuh tidak mampu menghasilkannya. Jadi kita harus mendapatkannya dari sumber lain. Kenapa tubuh perlukan GLA? GLA bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, asid lemak omega-6 memainkan peranan penting dalam fungsi otak, serta pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Juga dikenali sebagai asid lemak poli tak tepu (PUFA), mereka membantu merangsang pertumbuhan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tulang, mengawal metabolisme, dan mengekalkan sistem pembiakan. GLA dan Diabetis Beberapa kajian menunjukkan bahawa mengambil asid gamma linolenik (GLA) selama 6...