4 Tips Mudah Hilangkan Parut Jeragat
Assalamualaikum,
Memiliki wajah yang cantik tanpa cela sememangnya menjadi idaman kebanyakan wanita. Namun tak semua bertuah memilikinya. Selain daripada jerawat, jeragat juga merupakan masalah utama kaum wanita.
Bagi mengatasi masalah jeragat, anda harus tahu dahulu punca terjadinya masalah tersebut. Kemudian barulah anda boleh mencari solusi bagi mengatasinya.
Punca Terjadinya Jeragat
1. Pancaran sinaran matahari mengandungi uv yang boleh merosakan kulit. Dua jenis sinaran uv iaitu UVA (aging) yang menyebabkan berlakunya penuaan terhadap sel kulit dan UVB (burning) yang memberikan kesan kulit terbakar (sunburn). Kesan UV bukan hanyak merosakan sel kulit, malah merbahayakan. Pastikan anda menggunakan pelindung uv jika anda sering terdedah kepada matahari secara kerap.
2. Hormon yang tidak stabil boleh mengakibatkan terjadinya jeragat. Biasanya wanita hamil mengalami perubahan horman dalam badan hingga ada yang mengalami masalah jeragat ketika hamil akibat peningkatan hormon melanin. Biasanya jeragat akan hilang setelah bersalin, namun ada juga kes jeragat mereka akan tinggal kekal.
3. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi penyebab berlakunya jeragat. Ini kerana ada sesetengah ubat memberi kesan sampingan menyebabkan kulit gagal menghasilkan sel-sel baru.
4. Tindak balas phototoxic seperti alahan kepada sabun pewangi, penggunaan kosmetik beracun atau kesan rawatan kanser juga menyebabkan kemunculan jeragat di wajah anda.
5. Paras hormon yang rendah juga menyebabkan aktiviti yang tidak terkawal di bahagian kelenjar dan mengaktifkan pigmentasi.
6. Ada juga kes terjadinya jeragat akibat keturunan. Mungkin DNA jeragat di warisi daripada atuk atau nenek.
Cara Mengatasi Masalah Jeragat
Ada beberapa tips yang ingin saya kongsikan bagaimana anda boleh mengatasi masalah jeragat tersebut. Tak susah pun, asalkan perlu rajin dan konsisten.
1. Baking Soda
Selain daripada membuat kek, baking soda juga boleh di gunakan sebagai masker untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan minyak pada wajah serta menanggalkan kotoran. Mudah je caranya.
Campurkan sedikit air bersama 1 sudu teh baking soda. Gaulkan hingga menjadi seperti pes dan sapukan di kawasan jeraga tersebut. Lakukan seminggu 3 kali sehingga kesan jeragat hilang.
Ingat, sekiranya anda mengalami apa-apa kesan alahan, hentikan penggunaannya.
2. Cuka Epal
Berfungsi seperti astringen, ia berupaya mengawal minyak berlebihan pada kulit. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti bakteria yang dapat melawan jerawat.
Campurkan cuka epal dengan 3 bahagian tepung jagung. Letakkan di wajah selama 15 - 20 minit kemudian cuci. Lakukan seperti scrub. Kemudian lap dengan tuala yang di rendam dengan air suam sebelum di bilas kembali dengan air sejuk bagi menutup liang pori.
3. Oatmeal
Oatmeal bukan sahaja baik untuk anda yang ingin mengawal paras kolesterol, ia juga dapat membantu mencantikan wajah anda. Oatmeal merupakan agen pengelupasan semulajadi yang dapat membantu menanggalkan kulit mati dan membersihkan kotoran yang terkumpul serta menyerap minyak berlebihan.
Cara mudah menghasilkan masker oatmeal adalah dengan mencampurkan 2 sudu yogurt, 1 sudu jus lemon, 1 sudu madu dan 4 sudu besar serbuk oat. Sapukan campuran ini ke wajah anda dan biarkan selama lebih kurang 20 minit dan bilaskannya.
4. Jus Lemon
Jus lemon kaya dengan asid alpha hydroxy dapat membantu menanggalkan sel kulit mati. Ia juga dapat menyerap minyak yang berlebihan kerana bersifat astrigen.
Celupkan bola kapas ke dalam jus lemon dan letakkan pada wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan cuci dengan air sejuk. Lakukan setiap hari.
4 tips di atas dapat membantu anda memiliki wajah idaman anda. Namun anda haruslah bersabar dan melakukannya secara konsisten setiap hari.
Namun selain daripada tips tersebut, anda juga boleh merawat masalah jeragat anda dari dalam dengan cara pengambilan nutrisi bagi kesihatan dalaman anda. Percaya atau tidak, masalah jeragat tidak boleh dirawat hanya dengan cara mencuci muka sahaja.
Di sini saya kongsikan lagi vitamin yang dapat memberikan keperluan nutrisi bagi mengatasi masalah jeragat anda.
Vivix
Berupaya untuk merawat kerosakan sel akibat kesan daripada radikal bebas. Tinggi kandungan antioksidan, vivix menghalang sel-sel daripada rosak serta membantu baikpulih kerosakan tersebut.
Sekiranya ingin merawat jeragat, anda harus mengambil makanan yang tinggi kandungan antioksidan bagi merawat sel kulit mati yang mengakibatkan jeragat tersebut.
GLA Complex
Hormon yang tidak stabil menyebabkan berlakunya masalah jeragat. Oleh itu, pengambilan GLA dapat membantu menstabilkan hormon anda. GLA Complex Shaklee mengandungi 2x lebih GLA berbanding produk lain yang berada di pasaran.
Sustained Release Vitamin C
Keperluan oleh setiap wanita. Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen. Kolagen membantu menganjalkan kulit serta menjadikan kulit anda tegang dan berseri. Vitamin C juga dapat mencerahkan kulit anda, memudarkan parut serta kesan jeragat.
Kolagen sememangnya terkenal dengan kecantikan. SCP adalah sangat rendah dengan berat molekular sekitar 1,000 Dalton menjadikannya amat mudah diserap oleh tubuh. 100% kolagen asli di hasilkan daripada sisik ikan merah iaitu kolagen tulen dan bermutu tinggi.
Boleh lihat apa kata para pengguna yang telah berpuas hati setelah masalah jeragat / jerawat / kulit kusam mereka telah berjaya di atasi setelah mengamalkan 4 vitamin ini.
Memang teruja bukan membaca testimoni ini. Ramai lagi wanita yang telah berjaya memiliki kulit wajah idaman mereka setelah mengamalkan shaklee. Pastinya anda juga boleh mendapatkan hasil seperti mereka jika anda mengambil langkah tepat menghubungi saya bagi pembelian Set Cantik Shaklee ini.
Saya akan memberi tunjuk ajar cara pengambilan tepat bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Anda boleh klik pada ikon di bawah bagi pembelian secara terus melalui website shaklee.
Atau anda juga boleh hubungi saya dengan klik pada nombor yang tertera di bawah.
Saya menanti whatsapp dari anda.
Call / SMS / Whatsapp
Mar 0182684992
Pengedar Shaklee Ampang
FB Mardiani
COD : Tesco Ampang dan sekitarnya
Bangsar & Seri Kembangan (Hari bekerja)
Comments
Post a Comment