Ingin Berhenti Merokok? Ketahui Cara Mudah Untuk Hilangkan Ketagihan

Assalamualaikum

Ramai di kalangan kita yang merupakan perokok tegar. Kalau melepak di kedai mamak, memang boleh lemas dek asap rokok. Umumnya kita semua mengetahui tentang bahayanya rokok, namun ramai yang sukar menghentikan tabiat merokok. Mengapa ye? 

Seseorang yang saya kenali ingin berhenti merokok. Namun katanya sukar untuk menghilangkan rasa ketagihan terhadap nikotin.


Apa Sebenarnya Nikotin?

Nikotin merupakan sejenis dadah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi ketagih. Di dalam daun tembakau terdapat di antara 1 hingga 3 peratus nikotin. Di dalam sebatang rokok terdapat 0.5 sehingga 2.0 mg nikotin bergantung kepada cara ia di proses. 

Nikotin menyebabkan gangguan pada sistem saraf yang boleh menggangu fungsi otak khususnya sistem saraf autonomik yang mengawal otak, tekanan darah dan kadar degupan jantung. Antara kesan lain nikotin terhadap manusia adalah memberikan rasa khayal. Ini menimbulkan ketagihan di kalangan perokok. 

Sejauh mana kita sedar terhadap bahayanya kesan rokok terhadap kesihatan, masih ramai yang memandang enteng tentangnya selagi masih belum jatuh sakit. Namun bahaya merokok bukan hanya kepada para perokok, malah tempias bahayanya juga terkena kepada mereka yang berada berhampiran dengan perokok. 


Kesan Bahaya Rokok Terhadap Kesihatan

Bahan yang terkandung di dalam rokok terdiri daripada nikotin, tar, karbon monoksida serta banyak lagi bahan-bahan kimia lain. Ianya boleh menyebabkan penyakit kanser perut, kanser usus, kanser mulut dan pelbagai jenis kanser lagi. 

Selain itu, wanita hamil yang merokok boleh menyebabkan kecacatan terhadap janin atau keguguran. Asap rokok boleh menyebabkan mereka yang berada disekililing mudah diserang penyakit brokitis, semput, sakit mata, sesak nafas serta sakit kerongkong. 


Tips Untuk Berhenti Merokok

Tiada sebarang kebaikan daripada merokok. Seorang individu yang bertanggungjawab seharusnya berusaha untuk menghentikan tabiat merokok demi kebaikan dirinya dan ahli keluarganya. Antara tips yang boleh di gunakan sekiranya anda berhasrat untuk berhenti merokok adalah:

1. Pasangkan niat untuk berhenti merokok. Boleh tetapkan tarikh mahu bebas rokok.

2. Mulakan secara perlahan-lahan. Jika sebelum ini anda hisap 2 kotak rokok sehari, kurangkan jumlah kepada 1 kotak sehari, dan kurang kan sebatang demi sebatang setiap hari.

3. Jika terasa ingin merokok, lengah-lengahkannya. Lakukan aktiviti lain yang dapat membuatkan anda melupakan rokok seketika.

4. Elakkan diri dari berada didalam kelompuk mereka yang merokok. Sukar untuk berhenti merokok ketika anda melepak bersama mereka.

5. Melakukan pergerakan mudah seperti senaman merenggangkan otot ketika anda mula terasa mahu merokok.

6. Minum banyak air masak.

7. Kunyah gula-gula getah juga dapat membantu anda melupakan keinginan untuk merokok.


Bagaimana Vivix Membantu Anda Berhenti Merokok


Para perokok biasa gagal berhenti merokok disebabkan rasa ketagihan mereka terhadap nikotin. Apabila anda mengambil vivix, ia akan menyingkirkan toksik yang terdapat di dalam tubuh anda. Vivix berfungsi membaiki sel-sel yang telah rosak akibat daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat serta radikal bebas. 

Apabila sel anda semakin sihat, toksik telah di singkirkan, secara automatik tubuh akan mula menolak nikotin baru yang cuba masuk. Malah mulut anda akan terasa pahit apabila merokok. 

Ikuti apa kata mereka yang telah berjaya menghentikan tabiat merokok setelah mengamalkan vivix.


"Suami saya dah berhenti merokok. Ambil vivix tak sampai sebulan. Adik ipa pula dah reduce merokok lepas ambil vivix"
- Pn. Rehana Nurul Amin - 

"Suami saya dulu memang susah nak berhenti merokok. Setiap tahun ada azam nak berhenti merokok tapi hanya cakap je. Tahun lepas saya bagi vivix, dia tanya vitamin apa sedap je. Sampai sehari 2 kali minum. Bila nak merokok hanya separuh je hisap. Dia kata rokok apa ni pahit semacam je. Last rokok ada separuh dia buang je"
- Pn. Noorzulaidah - 

"Alhamdulillah suami za pun smoking sebelum ni. Lepas minum vivix dah tak smoking lagi. Katanya rokok rasa pahit" 
- Pn. Zaharati - 

20 tahun heavy smoker, kini 100% bebas rokok setelah mengamalkan vivix



Perokok tegar selama 30 tahun berjaya berhenti merokok setelah minum vivix



Tekak terasa pahit bila merokok setelah minum vivix



Minum vivix untuk masalah hyperthyriod, ketagihan merokok juga hilang



Hati isteri bahagia setelah suami bebas dari rokok



Ibu perokok tegar dari usia belasan tahun,kini tidak lagi memyentuh rokok



Alhamdulillah asbab vivix ramai yang telah berjaya menghentikan tabiat merokok. Jika anda telah cuba pelbagai cara untuk berhenti merokok namun masih gagal, apa kata kali ini anda mencuba vivix pula.

Anda boleh klik di ikon ini untuk membeli secara terus melalui web dan saya akan menghubungi anda bagi memberi konsultansi percuma cara pengambilan vivix yang tepat.




Atau anda juga boleh hubungi saya dengan klik pada nombor di bawah dan saya akan memberi penerangan terperinci berkenaan vivix serta vitamin shaklee yang lain.

Hentikan tabiat merokok segera, dan tingkatkan tahap kesihatan demi mereka yang tersayang.

Call / SMS / Whatsapp

Pengedar Shaklee Ampang

FB  Mardiani

COD : Tesco Ampang dan sekitarnya
Bangsar & Seri Kembangan (Hari bekerja) 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato