Posts

Showing posts from February, 2013

Cerita Sedih

As-salam, Aku sebelum tido suka bercerita dengan naurah tentang aktiviti aku harian. Pastu suka tanya naurah apa pulak aktiviti dia seharian. Kadang-kadang aku reka cerita-cerita yang melibatkan naurah sebagai heroin. Biasanya cerita-cerita aku tu simple dan kelakar. Tapi semalam sengaja aku reka satu cerita pengajaran yang agak sedih. Kisahnya begini, Ada seorang budak, namanya marsya naurah. Dia suka bermain. Satu hari, dia main jauh dari kawasan rumahnya, Walaupun mama dan papanya melarang, tapi marsya naurah ni tetap bermain jauh dari mama papanya. Tiba-tiba marsya naurah tersedar yang dia tersesat ke dalam hutan. Dia pun menangis. Kemudian datang seekor katak dan bertanya, "wahai budak, kenapa kamu menangis" marsya naurah menjawab "saya tersesat. saya tak tahu jalan pulang. tolong la saya" katak tu menjawab. "itu la kenapa kamu tak dengar cakap mama dan papa kamu. maaf saya tak dapat tolong kamu" Mar

SMS

Image
As-salam, Kali ni nak bercerita sal aku dengan en. fuad. Korang tau kan kami dulu bercinta jarak jauh. Dah kawin pun duk jauh gak.  Hujung tahun 2011 barulah en. fuad pindah ke ampang. Kalau masa berjauhan dulu, sms adalah alat komunikasi terpenting pada kami. Lebih-lebih lagi masa bercinta. Sehari beratus-ratus msg di hantar. Tapi sejak dah tinggal serumah ni, SMS kami dah berupa macam ni. Sesuai dengan namanya, Short Message Service ;p Tiap-tiap pagi message sama bagi tau dah sampai opis. Pastu message lagi bagi tau dah nak balik. Nak cerita panjang-panjang, sambung kat rumah je. hahaha sekian.

Marsya Naurah's 3rd birthday celebration

Image
As- Salam, Alhamdulillah selesai sudah majlis hari lahir naurah. Terima kasih tak terhingga pada para sahabat yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis. Plan untuk birthday party ni bermula lepas pulang dari JB hari tu. Mula-mula aku plan nak buat di rumah je. Tapi memandangkan tak sempat untuk buat persiapan, so aku pilih untuk buat di KFC je. Senang sebab semua keperluan di disediakan oleh pihak KFC Rentetan majlis adalah seperti berikut: (cheh poyo gila..hahaha) 2 Februari 13: Sabtu (sambil borak dengan En. Fuad) Aku: sayang, jom pegi survey KFC untuk birthday party naurah En. Fuad: nak survey kat mane? Aku: mana-mana la. wangsa maju boleh, carefour ampang boleh. En. Fuad: carefour ampang je la. dekat sikit. So petang tu kami ke carefour ampang. Sebelum tu aku dah check website KFC. Sepatutnya kena call hotline untuk booking untuk birthday party. Tapi aku kan suka main redah je. Sesampai di KFC, aku terus bertanya pada staff KFC. Staff berkenaan memb

Happy 3rd Birthday darling Marsya Naurah

Image
As-salam, Kejap je kan pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia anak mama ni. Masih terasa sakitnya bersalin. Masih terbayang saat pertama memegang dan mendukung naurah.  Masih terasa saat pertama menyusukan naurah. Mata mu yg galak memandang mama tiap kali menyusu Semuanya masih segar dalam ingatan. Hari ni puteri mama telah berlari dengan lajunya. Memanjat tanpa rasa takut. Bercakap dan berbual seperti orang dewasa.  Selamat ulang tahun ke 3, puteri mama dan papa. Semoga dengan pertambahan usia mu sayang,  semakin bertambah kepintaranmu itu. Membesarlah menjadi seorang wanita sejati Yang pandai menjaga dirimu  Mama dan papa sentiasa mendoakan kesejahteraan mu Mendoakan kesihatanmu Mendoakan kejayaanmu Mendoakan kebahagiaanmu Walau apa pun minat mu, asalkan tidak bertentangan dengan syarak mama dan papa akan menyokong mu sayang Salam kasih dan sayang dari mama dan papa di hari lahirmu. Puteri hati kami selamanya.

Johor Trip 24 - 27 Jan 2013 part 1

Image
Salam. Finally dah transfer gambar. Tapi nak upload punya lah seksa. Nk upload dalam FB lagi la lembab. So aku buat sikit-sikit dulu ya. Kita mulakan dengan hari pertama percutian. Kalau ada yang baca entry aku dulu, mesti tau yang  percutian kali ni aku beli voucher daripada MyDEAL.com.my  Masa aku beli tu pakej untuk percutian ke Legoland, Hello Kitty dan Big Club termasuk penginapan di Hotel Grand Sentosa. Kat entry tu aku ada tulis persiapan untuk ke legoland. Nak tau sila baca di sini . Tak kuasa nak taip balik. Hiiii Hari pertama masa on the way ke johor kami singgah di Johor Premium Outlet. Ramai orang asik bercerita tentang JPO ni kan. So aku pun teringin merasa jejakkan kaki juga la. Sape yang belum penah pegi, kalau korang tetiba menghala ke johor sila lah singgah. Bukan nak suruh soping pun. Saja pegi cuci mata pun ok. Tapi kalau dah singgah tu, kompem ada yang terembat la. Apa yang ada di sana? Macam-macam butik yang branded ada. Nama pun premium outlet k

Little Naurah

Image
As-salam Janji nak update tentang trip ke johor lom boleh ditepati sebab tak sempat lagi nak transfer gambar. Macam bizi sangat je aku ni kan. Tapi sekarang ni memang sibuk memikirkan tentang persediaan untuk birthday naurah. Mula-mula plan nak buat kat rumah je. Tapi sibuk benda lain punya pasal tambah pergi bercuti, tak sempat nak buat preparation lebih awal. Sekali minggu lepas baru aku sedar birthday naurah lagi 2 minggu je. Memang confirm la tak sempat nak plan macam-macam kan. So aku suggest kat en. fuad buat je la birthday naurah di KFC. Nasib la en. fuad setuju. Sebelum pilih untuk buat di KFC, aku ada gak buat survey cadangan birthday party di tempat lain. Tapi banyak yang rekemen buat di KFC. So aku pun pilih la buat di sini. Hope birthday party ni meriah la nanti. Sape-sape yang mencari-cari di mana nak buat birthday party anak, boleh la try tengok kat sini . Ada 3 package yang di sediakan. Nanti bila dah selesai party naurah tu nanti, aku akan ceritakan lagi.

Teaser: Legoland Malaysia

Image
Ada yang mintak aku review tentang percutian aku ke johor minggu lepas especially tentang legoland. Ok akan aku ceritakan semua tentangnya nanti. Sekarang ni belum ada mood nak mengarang. Lagipun gambar-gambar belum di transfer dari camera lagi. Nanti bila mood mengarang dah sampai dan gambar dah di transfer, akan aku updatekan di blog ye. Harap bersabar tau. hiii legoland malaysia, kami datang.