Marsya Naurah's 3rd birthday celebration

As- Salam,

Alhamdulillah selesai sudah majlis hari lahir naurah. Terima kasih tak terhingga pada para sahabat yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis.

Plan untuk birthday party ni bermula lepas pulang dari JB hari tu. Mula-mula aku plan nak buat di rumah je. Tapi memandangkan tak sempat untuk buat persiapan, so aku pilih untuk buat di KFC je. Senang sebab semua keperluan di disediakan oleh pihak KFC

Rentetan majlis adalah seperti berikut: (cheh poyo gila..hahaha)

2 Februari 13: Sabtu (sambil borak dengan En. Fuad)

Aku: sayang, jom pegi survey KFC untuk birthday party naurah
En. Fuad: nak survey kat mane?
Aku: mana-mana la. wangsa maju boleh, carefour ampang boleh.
En. Fuad: carefour ampang je la. dekat sikit.

So petang tu kami ke carefour ampang. Sebelum tu aku dah check website KFC. Sepatutnya kena call hotline untuk booking untuk birthday party. Tapi aku kan suka main redah je.

Sesampai di KFC, aku terus bertanya pada staff KFC. Staff berkenaan membawa kami berjumpa dengan manager yang bertugas. Nasib kami baik sebab masih ada kekosongan untuk tarikh yang dikehendaki. Tapi cuma untuk jam 11 pagi. Dalam hati dah fikir jugak, awal sangat ni, mesti ada yang lewat nanti. Tapi sebab nak buat pada 17 Februari juga, maka kami setuju juga la.

Setelah booking, deposit RM100.00 perlu dibayar untuk pengesahan. Ada beberapa pakej yang boleh dipilih bermula daripada RM250.00. Aku ambik pakej 20 kanak-kanak dan 20 dewasa. Total adalah RM508.00. Tapi untuk member Chicky Club, ada discount ye. So sape-sape yang nak buat birthday party di KFC, cepat-cepat daftar jadi ahli. Cuma RM9.00 je. Selain discount, ahli chicky club dapat juga kek 1kg daripada KFC. Pilihan kek adalah vanilla dan chocolate.


chocolate banana by secret recipe

 Masa buat booking, naurah belum daftar menjadi ahli chicky lagi. Malangnya, kad chicky dah kehabisan di cawangan carefour ampang. Maka berusaha la mama dan papa mencari cawangan yang masih ada kad. Tak sangka pulak kebanyakkan cawangan memang dah kehabisan kad. Sebab menurut mereka, kad lama telah expired. Mereka menunggu kad baru daripada HQ. Apa lagi, aku terus call HQ. Special kan.
Tapi tak sempat ke HQ, En. Fuad dah terjah KFC Ampang Point dulu. Dan nasib baik masih tinggal 1 lagi kad chicky club. Kesemua voucher telah expired, tapi yang penting adalah membership kan.

Di sebabkan kelewatan membuat keahlian, maka kami tak dapat kek daripada kfc sebab mereka kata tak sempat untuk menempah kek. So kalau korang nak celebrate di kfc, make sure booking awal ye atleast 3 minggu awal untuk dapatkan kek.

Untuk persiapan seterusnya adalah baju untuk birthday girl. Mula-mula kami mencari baju di Aeon AU2. Tapi tak banyak pilihan baju yang menarik. Aku nak kan satu baju yang simple tapi elegent. Aku tak suka baju yang terlalu berenda-renda. Tak menarik pada mata aku. So masa CNY tu kami ke KL Festival City di Sri Rampai. Nasib la ada juga yang kami berkenan. Terus la rembat.

11 Feb 13 pulak misi untuk menempah kek. Aku memang target nak tempah di secret recipe dan letak pic naurah. Kami menuju ke SC cawangan desa pandan. Staff kat sana kurang friendly la pulak. Aku tak cuci la pic naurah sebab ingat boleh pakai softcopy je. Jadi aku bawak la pendrive. Diorang suruh kami pegi cuci gambar dulu. Masa tu tengah CNY kan. Mana la ada kedai gambar bukak. Kebanyakkan kedai gambar kan tokeynya cina. Sebelum tu kami singgah di Baker's Cottage di desa pandan. Kot la boleh tempah kek letak pic naurah. Tapi di BC tak buat pulak image edible tu. Maka berpusing-pusing la kami dalam pekan ampang mencari kedai gambar yang bukak.  Lastly en. fuad stop depan SC caw Bandar Baru Ampang. Staffnya memang friendly sangat. Manager bertugas siap suruh aku wassap je pic naurah padanya. Senang gila kan. Kalau tau awal-awal lagi dah pegi sana je. Huh.

Jenuh gak pikir nak order kek apa. Naurah nak kek ada strawberry. So aku plan nak tempah chocolate strawbery. Malangnya kek tu dah discontinue la pulak. Chocolate indulgence dah biasa sangat. Staff sc suggest ambik strawberry cheese. Tapi aku takut ramai yang tak suka pulak. Kalau ikut tekak aku semuanya sedap je. Lastly pilih chocolate banana. Yang tu pun sedap kan.
mama dan puteri kesayangan


buffet for adult. setting belum siap lg masa ni
bakul yang penuh berisi pelbagai jenis candy

Baju dan kek dah settle, tinggal candy untuk kanak-kanak je. Mula-mula plan aku nak buat candy buffet. So kami ke NSK Sri Rampai untuk memborong candy di sana. Sape nak buat birthday party ke or nak beli chocolate untuk kenduri kawin ke, sila la ke sana. Memang heaven untuk memborong candy ok. Banyak juga kami memborong. Antaranya Nips, Clound 9, marshmallow dan lolipop. Bila dah balik, try nak susun dalam jar, macam tak muat pulak. So kami susun dalam bakul je.

17 Februari 13 
Happy birthday baby.. Kami bangun awal pagi tu. Lepas bersiap-siap, dalam pukul 10.40pg kami gerak dari rumah menuju ke carefour ampang. Sampai di sana tepat jam 11pg. Preparation dah almost siap. Cuma makanan untuk adult belum siap sepenuhnya.

Majlis bermula agak lewat memandangkan hampir kesemua tetamu lewat tiba. Hampir sejam juga lewatnya. Takpe la, janji semua jemputan hadir. Dalam 12.15tgh, chicky keluar untuk memeriahkan party. Tapi tak sangka la pulak ramai jugak kanak-kanak yang takutkan chicky ni. Jadi ramai yang taknak bergambar bersama-sama chicky.


acara memotong kek

Masa yang dinanti semestinya acara memotong kek. Selepas lagu birthday di mainkan, aku request semua tetamu untuk nyanyikan lagu allah selamatkan kamu. =)
bergambar kenangan dengan chicky. rupanya ramai budak-budak yang takut.
nasib baik naurah dah tak takut.


antara games kanak-kanak. passing parcel

Ada 3 jenis game yang dibuat. Aku rasa patutnya ada 4 game, sebab aku tak ambik poskad. Tapi sebab
masa dah suntuk, jadi cuma 3 game yang sempat di mainkan.


musical chair


acara dimana mommy di dera oleh anak-anak. hiii


birthday banner by KFC



birthday girl


satu lagi poss dari birthday girl

 Overall aku berpuas hati dengan majlis ni. Tak payah susah payah aku memikirkan menu apa yang patut dijamu, goodies apa yang patut diberi, belon yang harus di tiup, dekorasi bagaimana yang harus dibuat. Sebab semuanya telah di sediakan.

Ok, berapa kos yang telah dibelanjakan?

Party package KFC - RM508 - disc = RM484.37
Banana Chocolate cake = RM113.40
Candy = RM43.80
Birthday Gown by Flower Girl = tak perlu bgtau la
Total = korang kira la sendiri.

p/s: kos yang diberikan adalah untuk kemudahan korang yang mana plan nak buat party di kfc. Nak lebih or kurang, semua bergantung pada bajet masing-masing.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato