Posts

Showing posts with the label Pindah

DEKO RUMAH PART 2 | LAMPU

Image
Assalamualaikum. Yeayyy lampu dah siap di pasang. Semalam en.suami wasap gambar. Bertambah excited ahkak rasa tau.  Ruang ni kami plan nak letak meja makan. Lampu 3 serangkai ni en.suami beli di kedai di Jalan Pasar. Lebih murah dan ada warrenty setahun berbanding dengan kedai di area Ampang. Lampu bilik ni kalau di off, pastu on balik akan menyala lampu kaler soft orange. Boleh jadi lampu tidur. Faham kenapa ahkak cakap ni? Hihi. Terlupa pula nak suruh en.suami ambik pic. Nanti la ahkak ambik pic pastu update balik ye. Seluruh rumah kami guna lampu LED termasuk ruang yard dan balkoni. Memang terang dan yang menarik lampu LED tak panas macam lampu biasa, lebih jimat elektrik dan lebih terang. Sekarang ni kipas yang tak beli lagi. Cadang nak letak wall fan di ruang makan dan 1 lagi wall fan di master bedroom. Bilik anak-anak pakai stand fan yang dah sedia ada di rumah sekarang. Kalau ada bajet lebih nak gak tukar kipas di hall ni. Tapi tu kalau ada

DEKO RUMAH BARU PART 1 | CAT RUMAH, KABINET DAPUR DAN LANTAI VINLY

Image
Assalamualaikum. Macam yang ahkak ceritakan semalam pasal rumah baru kami, hari ni nak cerita pasal mengecat rumah. Ye la nak duduk sendiri mesti nak rumah nampak cantik dah kemas. Warna asal dinding rumah ni biru. Dari masuk pintu sampai ke dalam bilik memang biru mata hitamku. Serabut pulak ahkak dengan warna biru seluruh rumah. Ahkak tak tipu, memang dari pintu masuk sampai ke bilik kaler biru. Ruang yang ahkak berdiri tu dapur. Kecik sinonet je. Owner lama tak buat kitchen cabinet. Ni pula walkway ke bilik. Pun biru juga. Ahkak suka design rumah ni sebab ada lorong ke bilik. So ada la privacy sikit. Master bed room agak besar dan selesa. Besar la bagi ahkak untuk saiz rumah apartment  kurang dari 1000sq. Cuma lantai di bilik tidur jenis simen biasa. Penyewa lama guna tikar getah. Jadi kami decide untuk gunakan lantai vinly. Nak tengok ke hasil selepas di cat? Hihi :)  Ok la ahkak share kat uolss ye hasil kerja en.suami. Jenuh juga en.suami nak t

BIG WHY KENAPA KAMI BELI RUMAH

Image
Assalamualaikum Ahkak nak share something kat korang. Yang ni memang ahkak belum share lagi di fb ahkak. Insha allah tak lama lagi kami akan berpindah rumah. Dah kenapa nak pindah dalam pantang pula kan! Sebenarnya kami beli rumah ni dari disember 2016 lagi. Tapi proses jual beli ambil masa yang lama untuk selesai. Dapat kunci pada tengah bulan ogos. Nak tak nak memang kena pindah juga la oktober. Tak kan nak bayar rumah sewa dan rumah ni pulak kan. Kami beli rumah subsale. Bermakna rumah 2nd. Memang plan nak beli rumah dah lama kami fikir. Awalnya nak beli rumah yang kami sewa sekarang. Walaupun sebenarnya ahkak tak berapa sukakan keadaan rumah ni, tapi memikirkan ianya landed house jadi ahkak setuju je la untuk beli bila tuan rumah offer nak jual. Dalam masa kami nak berurusan dengan bank, ayah mertua ahkak jatuh sakit. Jadi kami balik kampung selama seminggu. Bila balik kl je, tuan rumah bagi tau ada sorang lagi pembeli yang berminat untuk beli rumah ni. Jadi dia minta ka