DEKO RUMAH BARU PART 1 | CAT RUMAH, KABINET DAPUR DAN LANTAI VINLY

Assalamualaikum.

Macam yang ahkak ceritakan semalam pasal rumah baru kami, hari ni nak cerita pasal mengecat rumah. Ye la nak duduk sendiri mesti nak rumah nampak cantik dah kemas.

Warna asal dinding rumah ni biru. Dari masuk pintu sampai ke dalam bilik memang biru mata hitamku. Serabut pulak ahkak dengan warna biru seluruh rumah.




Ahkak tak tipu, memang dari pintu masuk sampai ke bilik kaler biru. Ruang yang ahkak berdiri tu dapur. Kecik sinonet je. Owner lama tak buat kitchen cabinet.




Ni pula walkway ke bilik. Pun biru juga. Ahkak suka design rumah ni sebab ada lorong ke bilik. So ada la privacy sikit.




Master bed room agak besar dan selesa. Besar la bagi ahkak untuk saiz rumah apartment  kurang dari 1000sq. Cuma lantai di bilik tidur jenis simen biasa. Penyewa lama guna tikar getah. Jadi kami decide untuk gunakan lantai vinly.

Nak tengok ke hasil selepas di cat? Hihi :)  Ok la ahkak share kat uolss ye hasil kerja en.suami.




Jenuh juga en.suami nak tutup balik kaler biru kat seluruh dinding tu. 4 tong cat putih 18liter di gunakan. Pehhh memang gigih la. Kami mix kan putih dengan hijau wasabi. Kaler baru tu. Ramai yang tengok cakap kaler tu cantik. Ahkak pilih dari katalog je, tak pegi tengok lagi hasilnya. Almaklum la dalam pantang lagi kan.

Ohh ye, kitchen cabinet juga dah siap di pasang. En.suami puas hati dengan hasil kerja syarikat ni, kemas katanya. Dia cari dari fb je, Orlin Traders Sdn Bhd nama company tu. 







Walkway yang dah berubah kaler. Abaikan lampu yang terjuntai tu ye. Memang belum siap sepenuhnya lagi.





Ni la ruang dapur ahkak. Kecik giler kan. Sekarang ni dok pikir mana nak letak fridge. Microwave dan oven pun tak de ruang nak letak. Penin pikir macam mana nak susun barang nanti.





Ohhh ye, bilik pun dah siap di pasang lantai vinly. En.suami pasang sendiri je. Jimat la dalam RM500. Ni hasilnya.




Lantai vinly ni ada beberapa jenis dan harganya bergantung pada ketebalannya. Kami beli online daripada Aqsa Carpet. Beli dari di fb. Mereka juga boleh pasangkan. Nak pasang sendiri pun boleh, tak susah sangat, tapi en.suami sakit pinggang juga la nak siapkan ketiga-tiga bilik. 



Lega bila major thing dah siap. Sekarang ni tinggal nak pasang lampu. Dah beli, hope hari ni boleh settle. Esok nak mula angkut barang dah sikit-sikit.

Tak sabar nak pindah ke rumah sendiri. Nak mula deko rumah. Sikit-sikit la ikut pada bajet yang ada. Ni pu. Dah banyak pakai duit. Duk korek macam-macam tabung dah ni.

Ok tu je yang ahkak dapat kongsi hari ni. Nanti ahkak share lagi. Kesian kat en.suami ahkak macam nak patah pinggang menyiapkan rumah. Nasib baik B Complex dan Ostematrix membantu mengurangkan rasa sakit badan dan mengembalikan tenaga en.suami.

Nak dapatkan vitamin shaklee boleh hubungi ahkak di nombor di bawah. Konsultansi esklusif diberikan khas buat customer ahkak.


WHATSAPP /CALL / SMS
018-2684992

COD
Petronas Tesco Ampang dan sekitarnya.


Love, 
Ahkak Santek a.k.a Kak Mar

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato