Posts

Showing posts with the label CCTV Alarm System

Kerja-kerja En.fuad

Image
Assalam, Pagi-pagi en.fuad anta wasap, nak pantau kain yang di jemur katanya. Sebenarnya ni tengah test device baru. Esok nak tunjuk dekat client. Yang ni en.fuad pasang di tv kami. Puas hati memantau dengan screen besar kan. Kalau ikut pakej cctv biasa, ada dapat LCD monitor. Berapa inci tak ingat pulak dah. Tapi kalau client nak pakai tv boleh juga request. Macam projek terbaru di Masjid Al-Bukhairy, pihak masjid nak pakai LED TV. Ni pulak salah satu projek banglo di Damansara. Owner request 8 camera untuk cctv berserta alarm sistem. Untuk cctv dah siap pasang. Sekarang ni nak pasang alarm sistem pula. Tu pun owner dah minta pasang juga cctv di gym yang akan mereka buat nanti. Alhamdulillah owner berpuas hati dengan kerja-kerja en.fuad. Selain daripada cctv dan alarm sistem en.fuad buat juga kerja-kerja lain seperti pemasangan autogate dan wiring. Ni antara salah satu kerja-kerja pemasangan autogate yang dia buat baru-baru ni. Kesian client ni, contra...

Jom menyembang di petang jumaat

Assalam, Lama tak menyembang kosong kan. Asik takde mood je. Ni tengah free, pastu en.fuad baru call nak ambik aku balik kerja, tapi lewat sikit dalam 5.30 baru sampai ofis aku. So tengah ada masa ni jom update apa yang tertinggal.  Last week athmar pulak kene chicken pox. Dah memang boleh agak sebab masa naurah kena ari tu, athmar duk main dengan kakak dia. Ye la diorang berdua je, kalau tak main dengan kak naurah, athmar nak main dengan siapa pulak kan. So macam biasa aku kena la bercuti lagi demi menjaga buah hati pengarang jantung pisang aku tu. Nasib baik ubat sekarang ni ada anti virus, so cepat baik demam nya. Tu doc yang kata. Bukan aku memandai-mandai hokey. Tapi memang betul sebab athmar kena hari jumaat, siap pakej demam lagi. Hari isnin chicken pox dah mula kering. Hari khamis dah boleh hantar ke rumah pengasuh. Hope takde la virusnya menyerang budak-budak di rumah pengasuh dia. Sorry mama tak boleh cuti lama lagi. Cuti tinggal 5 hari je. Tu yang nak kena simpan ...

Diari ramadhan | Hari ke 6

Assalam, Diari aku dah melompat ke hari 6. Mula-mula niat nak buat hari-hari tapi tak sompet nak up date pulak. Dah 6 hari berpuasa, so macam mana hari-hari ramadhan yang korang lalui? Selalu ke pegi bazaar? Aku baru 2 kali pegi. Tu pun hari weekend. Kalau hari keje memang tapau lauk je di cafe office. Tak sempat nak menyinggah nanti. Nak kejar solat asar. Naurah memula beria nak puasa, pastu liat nak bangun. Pastu semalam dia terjaga masa aku bersahur. Tapi aku suruh tidur balik. Taknak dia meragam ngantuk pulak time nak pegi sekolah. Yang lawaknya budak ni, ye2 je la dia cakap dia puasa. Kat teacher pun dia kata dia puasa. Yang teacher pun betul-betul la ingat naurah puasa. Siap cakap patut la marsya nampak letih je. Belakon betul. Hahaha Pastu tiap kali dia nak makan, dia cakap pas ni kakak puasa balik. Dia ingat boleh makan sikit-sikit kot pastu sambung puasa. Macam-macam la. Tak pe la dia pun baru 5 tahun. Aku tak paksa dia pun. Aku ajar dia bersolat dulu. Tu yang utama...