Jom menyembang di petang jumaat
Assalam,
Lama tak menyembang kosong kan. Asik takde mood je. Ni tengah free, pastu en.fuad baru call nak ambik aku balik kerja, tapi lewat sikit dalam 5.30 baru sampai ofis aku. So tengah ada masa ni jom update apa yang tertinggal.
Last week athmar pulak kene chicken pox. Dah memang boleh agak sebab masa naurah kena ari tu, athmar duk main dengan kakak dia. Ye la diorang berdua je, kalau tak main dengan kak naurah, athmar nak main dengan siapa pulak kan. So macam biasa aku kena la bercuti lagi demi menjaga buah hati pengarang jantung pisang aku tu. Nasib baik ubat sekarang ni ada anti virus, so cepat baik demam nya. Tu doc yang kata. Bukan aku memandai-mandai hokey. Tapi memang betul sebab athmar kena hari jumaat, siap pakej demam lagi. Hari isnin chicken pox dah mula kering. Hari khamis dah boleh hantar ke rumah pengasuh. Hope takde la virusnya menyerang budak-budak di rumah pengasuh dia. Sorry mama tak boleh cuti lama lagi. Cuti tinggal 5 hari je. Tu yang nak kena simpan untuk baki lagi 3 bulan ni. Mana tau ada emergency lagi nanti.
Minggu depan dah raya haji. Bercakap tentang raya haji, takziah di ucapkan kepada keluarga mangsa kren terbalik di mekah jumaat lepas. Semoga semua mangsa yang terkorban di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Ok kita berbalik pada kisahraya haji. Tahun ni menyambut di Batu Gajah insha allah. Akan bergerak balik ke sana petang rabu lepas aku habis kerja. Biasanya sehari sebelum raya dapat half day, so malas la aku nak apply cuti. Dengarnya family mertua nak bakar lemang. Sedapnya. Aku memang suka lemang especially yang abah buat. Sedap sangat. Kalau beli, memang tak kan dapat yang sesedap tu. Tambah pulak dengan ayam masak taucu yang super sedap tu. Teringat je boleh meleleh ailio.
Ayam masak taucu ni tak sama macam ikan masak taucu tau. Ayam taucu ni pakai santan. Rupa macam gulai cili api sikit. Tapi memang meletop la. Masa 1st time dengar, aku terus reject. Sebab pernah termakan ikan masak taucu yang tak sedap. So automatic aku reject semua masakan taucu. Tapi lepas try sesuap, terus tambah semangkuk. Tu pun tak cukup. Hahahah
Sekarang ni dah start cuti sekolah. So apa aktiviti untuk anak-anak korang? Naurah dah la jenis tak reti duduk diam. Dia cepat bosan. Kami pulak memang takde plan nak bercuti kali ni. Ye la ekonomi kami tak memberangsangkan sekarang. Aku pulak kena berjimat cuti. So kita balik kampung je la ye naurah. Tu pun dia dah suka sangat dah. Maklum la ramai geng.
Ok korang yang mana nak buat wiring rumah, pasang cctv ke, alarm system ke, auto gate ke boleh la call en.fuad di 011-10955164. Wiring rumah ni termasuk la nak pasang lampu, kipas or apa-apa yang melibatkan elektrik. Charge murah-murah je. Tapi dalam kawasan lembah kelang la. Jangan la korang duduk di kelantan pastu call en.fuad minta dia buat wiring pulak. Berapa pulak en.fuad nak charge korang nanti. En.fuad ni memang ada pengalaman lebih 7 tahun buat cctv. Dari masa dia duduk di perak lagi. So kira memang dah cekap la. Kerja dia pun kemas sangat. Ni bukan puji sebab dia laki aku tau. Tapi sebab dia tu memang jenis OCD. So kalau buat apa-apa mesti kena perfect. Sebab tu dia suka membebel bila rumah bersepah. Padahal yang sepahkan rumah tu anak-anak kot. Umo 5 tahun dan setahun. Kadang-kadang kesian tengok athmar terkebil-kebil bila papanya bebel pasal dia makan bersepah. Adoiiiiiii
Ok la korang. Tu je la nak cerita kali ni. Nak balik dah. Ehh mana en.fuad ni. Lambat sangat la pulak. Jalan jem teruk ek. Biasa la jumaat kan.. Syoknya esok cuti kan. Padahal minggu ni baru kerja 2 hari je. Masuk kerja semalam, tetiba blur kejap. Chehh poyo pulak. Macam cuti setahun pulak nak blur bagai.
Love,
mar
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)