Cerita hari ini

Assalam,

Tolong... Mood menulis dah kelaut. Sebab tu lama sangat tak de any update. Tak bukak blog langsung. Macam takde mood nak mengadap. Bila bukak dan mengadap, tenung screen pc lama tapi tak tau nak taip apa. Lastly tutup balik buat keje lain pulak. 

Sebelum merdeka hari tu, aku dah bercuti panjang. Sebab naurah kene chicken pox pulak. Kesian anak dara aku tu. Kene teruk jugak abis naik satu badan termasuk muka dan kepala. Merengek-rengek menangis sebab tak tahan gatal. Bila pecah pedih dan sakit pulak. Alahai hati mak mana yang tahan kan. Lepas 3 naurah kena chicken pox, athmar pulak demam. Jadi memang bertambah panjang la cuti aku. 

Dua minggu sebelum tu, cuti emergency pula sebab pakcik en.fuad meninggal dunia accident. Berlanggar dengan sebuah kereta. Tapi dia yang teruk, kereta terbabas masuk longkang. Luaran takde apa-apa, tapi internal injury. Tulang rusuk semua patah. 

Minggu merdeka tu pulak, suami sepupu mak pulak meninggal dunia. Pun mengejutkan kami semua. Arwah rapat dengan ayah. Dia memang di senangi di kalangan keluarga kami kerana sikapnya yang relax dan cool, peramah dan suka mengusik. Aku tak dapat nak ziarah keluarga mereka sebab naurah dan athmar tak sihat masa tu. Tapi en.fuad, alang dan sydii sempat hadir ke pengkebumian arwah. 

Kematian kedua mereka memang mengejutkan kami semua. Arwah masih kuat dah sihat. Kedua-duanya masih bekerja. Sememangnya kematian tidak hanya terjadi dikalangan mereka yang sakit, orang yang tua. Setiap orang pasti merasainya. Sebab itu kita digalakkan sentiasa mengingati mati. Supaya dapat kita sentiasa berasa takut membuat dosa. 

Ok tu je cerita hari ini. Sebagai permulaan september. Nanti aku update lagi ye. 


Luv, 
mar

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato