Posts

Showing posts with the label set rambut gugur

Kenapa ber SHAKLEE

Assalam, Malam ni terasa nak update blog pula. Sambil golek atas katil sambil susukan athmar sambil menaip. Aku nak ceritakan macam mana aku boleh terjebak dengan shaklee. Mula-mula dengar nama shaklee masa duk menyusukan naurah. Tapi masa tu rasa tak mampu nak beli supplement. Walaupun ramai yang duk promote produk ni, tapi sebab rasa mahal so aku tak beli la.  Set pertama yang aku beli adalah set kurus bajet. Ada lecithin, Herb-Lex dan Alfalfa. Tapi masa tu makan tak konsisten. Sebab rasa sayang nak habiskan. Hahaha. Tak lama lepas tu aku mengandungkan athmar. Masa kandungan berusia 6 bulan, aku decide untuk join jadi ahli shaklee dan beli set kehamilan. Kali ni memang konsisten makan. Alhamdulillah asbab shaklee, aku sentiasa bertenaga sepanjang mengandungkan athmar.  Proses melahirkan athmar pun sangat cepat. Hanya sejam sakit contraction, aku melahirkan athmar dengam 3 kali teran. Sejurus lepas melahirkan aku terus menyusukan athmar. Lepas 2 jam bersalin aku te...

Kepentingan Zinc dalam tubuh

Image
As-salam, Kali ni nak bincangkan tentang kepentingan zinc dalam tubuh manusia. Sebelum tu nak tanya, apa itu zinc? Zinc merupakan logam transisi yang termasuk dalam kelompok 12 jadual periodik. Ianya merupakan mineral yang penting yang sangat diperlukan oleh tubuh dalam membentuk enzim dan hormon selain berfungsi sebagai perantara bagi lebih 100 jenis enzim dalam tubuh manusia.  Zinc juga memainkan peranan secara langsung untuk metabolisma seluruh sel dalam badan untuk proses pembentukan genetik iaitu DNA dan zinc juga turut menaktifkan deria rasa dan lidah kita.  Kekurangan zinc dalam tubuh boleh mengakibatkan; * Pertumbuhan badan yang lambat * Hilang selera makan * Penyembuhan luka yang lambat * Keletihan dan kelesuan yang melampau * Tidak mampu merasa dengan baik * Tidak dapat melihat dengan baik dalam keadaan samar * Turun kadar kesuburan bagi lelaki * Proses pembentukan sperma akan terganggu * Keguguran rambut * Terganggu fungsi organ test...

Kaitan antara rambut gugur dan bayi main buih

Image
As-salam, Selalu tak dengar orang cakap bila baby dah pandai main buih, rambut ibu akan mula gugur. Betul ke? Apa kaitan main buih dan rambut gugur? Tau tak sebabnya? Biasanya apabila bayi berumur 3 bulan, kelenjar air liurnya mula aktif. Ini akan menghasilkan air liur yang lebih banyak dari masa awal kelahirannya. Manakala bagi ibu pula, sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi. Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan. Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik. Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut. Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih ba...