Resepi makanan bayi / toddler | White Sos chicken pasta
Assalam, Semalam nak masak lauk untuk athmar. Tapi takde idea. Malas buat sup ayam, sal isi ayam seketul je. So potong-potong je la bawang. Pastu keluarkan je la unsalted butter. Ingat nak tumis bawang pakai butter je. Saja takmo pakai minyak. Bila bau butter dan bawang bersatu, terus terasa nak letak serbuk oregano. Masa ni still tak tau nak masak apa lagi. Tiba-tiba athmar mintak cheese. Sebelum tu dah habis sekeping cheese mother choice dia bedal. So aku pun kasi la lagi sekeping. Dah siap-siap bukak, sekali athmar takmo makan pulak cheese tu. Daripada membazir, terus terpikir masukkan je la cheese tu dalam lauk athmar ni. Maka terjadi la white sos versi mama mar. Gambar masa memasak tak ambik ye. Sal memula ingat lauk simple je. Bahan-bahan. Untuk sekali or dua makan je Sepotong ayam 2 ulas bawang putih Sedikit serbuk oregano Sedikit daun parsley Sekeping cheese (aku pakai mother choice) Cara-cara Tumis bawang menggunakan unsalted b...