Posts

Showing posts with the label makan-makan story

Percutian bajet Ke Pulau Pinang

Image
Assalamualaikum, Lama sangat saya tak update blog ini. Kekangan kerja sememangnya membataskan masa saya untuk mengadap blog setiap hari. Saya cuba-cuba juga untuk update di rumah, namun tak terkejar dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Tambahan anak-anak semakin membesar dan menuntun perhatian daripada saya. Tapi terasa rindu sangat pada ruangan yang saya gunakan untuk meluahkan pandangan dan bercerita. Jadi, hari ini teringin menaip. Nak asah kembali bakat mengarang. Tettt. (>..<) Siapa yang tak suka bercuti? Rasanya bila bertanya, pastinya ramai yang suka pergi bercuti. Namun kadang-kadang terbantut lantaran kewangan yang tidak mengizinkan. Kami tidak berkecuali. Adakalanya terpaksa membatalkan plan percutian kerana short budget. Namun, adakalanya kita harus mengambil risiko. Pergi bercuti tak semestinya perlu percutian mewah dan menelan belanja ribuan ringgit. Hanya dengan bajet yang sedikit, kita masih mampu menikmati keseronokan bercuti. I...

Marsya Naurah 6 tahun

Image
Assalam, Naurah dah genap 6 tahun pada 17 Febuari lepas. Sebab tarikh ni jatuh pada hari sekolah, kami celebrate di sekolah naurah. Sama macam tahun lepas. Dan macam tahun lepas juga, naurah tak sihat pada hari kejadian. Tahun ni special sikit sebab aku bake sendiri kek untuk birthday naurah. Memang memula dah terfikir nak buat sendiri since duk rajin baking lately ni. Pastu en.fuad pun suruh buat sendiri. So ok la. Memula plan hari sabtu sebelum hari kejadian nak keluar beli bahan, tapi naurah pulak demam. Jadi hari isnin baru la kelam kabut nak settle semua goodies dan bahan utk kek. Macam biasa, ke Mr.Diy la kami mencari goodies dan party pack. Goodies bag tahun ni di isi dengan 1 coloring book, 1 swiss cake london roll dan 1 belon.  Aku memang takan isi dengan jajan mengarut dan party pack yang kurang praktikal.  Menu kali ini adalah bihun goreng (tempah), 2 jenis air kotak (soya dan lemon tea), nugget yang di goreng sendiri pada pagi kejadian dan ...