Marsya Naurah 6 tahun

Assalam,

Naurah dah genap 6 tahun pada 17 Febuari lepas. Sebab tarikh ni jatuh pada hari sekolah, kami celebrate di sekolah naurah. Sama macam tahun lepas. Dan macam tahun lepas juga, naurah tak sihat pada hari kejadian.

Tahun ni special sikit sebab aku bake sendiri kek untuk birthday naurah. Memang memula dah terfikir nak buat sendiri since duk rajin baking lately ni. Pastu en.fuad pun suruh buat sendiri. So ok la. Memula plan hari sabtu sebelum hari kejadian nak keluar beli bahan, tapi naurah pulak demam. Jadi hari isnin baru la kelam kabut nak settle semua goodies dan bahan utk kek. Macam biasa, ke Mr.Diy la kami mencari goodies dan party pack.




Goodies bag tahun ni di isi dengan 1 coloring book, 1 swiss cake london roll dan 1 belon. 
Aku memang takan isi dengan jajan mengarut dan party pack yang kurang praktikal. 



Menu kali ini adalah bihun goreng (tempah), 2 jenis air kotak (soya dan lemon tea), nugget
yang di goreng sendiri pada pagi kejadian dan 2 jenis kek. 


Dah besar princess mama ni. Rasa macam baru je bersalinkan dia.




 Sebahagian dari rakan-rakan naurah. Ramai student bercuti sebab tak sihat. Musim demam. 
Naurah pun tak sihat. Lepas celebrate birthday, dia sambung cuti lagi. 


Nampak tak wajah-wajah yang teruja tu.


Antara kawan rapat naurah. 


Congo bars. Rangup di luar, lembut di dalam. 
Di tambah dengan topping nutella.
Harga bermula daripada RM50 jika berminat untuk menempah




Star of the day. 
Chocolate moist, bersama topping chocolate gananche, M&M dan chocolate ball. 
Teacher pakat duk bertanya harga, katanya sedap sangat. 
Alhamdulillah. 
Harga bermula daripada RM55

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato