Taman Burung Kuala Lumpur

Assalam,

Ni pun entry tertangguh. Masa cuti CNY hari tu. Balik dari FRIM, naurah ajak pegi berjalan lagi esok. Tetiba dia ajak ke Taman Burung. Memang dah lama niat nak bawak dia ke sana. Tapi asik tertangguh je. So bila dia duk merayu nak pegi, mama turutkan la. Sebelum pegi google dulu harganya. Harga tiket seperti di bawah. Nasib baik google dulu. Baru tau besar rupanya bird park ni. Jadi kena la standby stroller juga sebab naurah sure tak larat berjalan. 



Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi. Aku goreng cucur bilis dulu pagi tu untuk kudap-kudap nanti. Make sure bawak bekal air secukupnya ok. Harga mineral dalam bird park tu RM5 botol 500ml. T___T Kami bawak 2 botol air besar pun habis airnya. Cuaca pulak panas. So make sure juga pakai sunblock hokey. 

Taman burung ni terletak di area masjid negara. Senang je nak carinya. Tapi kalau tak biasa dalam area tu, boleh sesat juga mencari. Kami sampai agak awal, jadi senang juga nak mencari parking. Tips, seeloknya pegi pagi, takde la kepanasan sangat nanti. Bawa juga payung. Orang tua-tua ingatkan sediakan payung sebelum hujan. Tapi kalau cuaca panas pun elok juga berpayung kan. 

Ni adalah daily aktiviti di sana. So boleh rancang perjalanan anda di sana. 

Time
Programme
Venue
9.30 am - 5.30 pm
Photography with Birds
Zone 4 - Feathered Friends Photo Booth
10.00 am - 5.00 pm
Lory Feeding
Zone 4 - World Of Parrots
10.00 am - 5.00 pm
Ostrich Feeding
Zone 4 - Flightless Birds
10.30 am
Free Flying Birds Feeding
Zone 1 - Next to Brahminy Land
11.30 am
Hornbill Feeding
Zone 3 - Hornbill Park
12.30 pm & 3.30 pm
Bird Show
Zone 4 - Amphitheatre
2.30 pm
Eagle Feeding
Zone 1 - Brahminy Land
4.00 pm
Milky Stork Feeding
Zone 4 - Waterfall Aviary



Masuk je dalam bird park tu, nampak la merak kayangan ni. Kemain ramai la orang beratur nak ambik gambar dengan merak. Kitorang pun ikut la beratur sama. Rupanya kemain banyak ok merak dalam ni. So tak payah la korang beria nak beratur ambik turn ok.



Ni dalam sangkar burung kakak tua. Ada macam-macam jenis burung kakak tua ni. 






Kan ada lagi merak, yang ni kembang ekornya. Cantik kan. 




Kebanyakkan burang memang bebas macam ni. Jinak pulak. Kalau korang ada makanan, kompem diorang datang dekat. 




Dah lama tak tepek gambar tuan tanah.



Tepek sikit je pic. Sebab tak banyak sangat ambik pic. Memori hp dah penuh, tak transfer gambar lagi. So, bagi korang yang tak tau nak bawa anak berjalan ke mana cuti sekolah nanti, boleh la ke Taman Burung Kuala Lumpur ni. Tempatnya agak menarik. Anak-anak kompem enjoy. Antara tips yang boleh di kongsi:


  • Kalau anak jenis cepat letih, better bawa stroller atau babywearing
  • Sediakan makanan ringan dan minuman untuk kudapan anak-anak
  • Bawa payung
  • Sapu sunblock
  • Sediakan mosquito repellent  
  • Datang awal 



Love,
mar 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato