Athmar, Influenza B dan Hospital Pantai Ampang
Assalam,
Awal-awal tahun lagi dah kene ambik cuti panjang. Seminggu lepas naurah demam masa minggu birthday dia, athmar pula demam. Dah memang boleh expect la sebab biasa jadi cmni. Lepas sorang mesti sorang lagi tak sihat.
Athmar demam agak teruk. Suhu cecah sampai 38.9, kadang-kadang sampai 39. Lepas kasi ubat pun tak surut. Dengan selsema teruk, meleleh-leleh hingus dia. Masuk hari ke 4 pun macam tu lagi, so pagi jumaat kami bawa dia ke KPJ Ampang Putri untuk buat blood test. Darah clear, tapi ada virus Influenza B. Sebab tu demam dia tak surut-surut. Memula dengar influenza B ni, suspend juga la ingatkan H1N1. Rupanya H1N1 ni adalah Influenza A, yang B ni pulak hanya la virus selsema biasa. Tapi akan menyebabkan demam naik tinggi hingga boleh cecah 41. Simptomnya adalah demam selsema yang berlarutan. Agak bahaya jika dibiarkan terutama untuk kanak-kanak.
Sepatutnya athmar kene warded pagi tu. Tapi wad kanak-kanak penuh. Terlalu ramai yang sakit, musim la katakan. So doctor bagi ubat dan minta kami pantau. Hati ibu kan, memang tak tenang bila anak tak sihat. Jadi bila malam, langsung tiada perubahan pada keadaan athmar, so kami decide untuk bawa dia ke Hospital Pantai Ampang pula. Tu adalah hospital ke 2 terdekat dengan kami. Disebabkan dah tengah malam, kami terus bawa athmar ke emergency. Memang suhu athmar masih tinggi masa tu. Jadi doctor yang bertugas suggest agar athmar di warded. Jadi bermula la episod kami berkampung di hospital.
Admission agak mudah juga. Hanya sign beberapa borang. Aku request single room, lebih mudah memandangkan kami sekeluarga akan berkampung di hospital. Nasib baik masih ada kekosongan untuk single room. Kalau di KPJ Ampang Putri, memang susah nak dapat.
Athmar di refer ke pediatrics Dr. Thanasegar. Memang sangat baik dan friendly orangnya. Aku pun selesa dengan doc ni. Dia explain sangat details. So sesiapa di area ampang kalau mencari paed, memang highly recommended la. Cakap dengan en.fuad, lepas ni budak-budak ni memang semua akan di refer ke Hospital Pantai Ampang la. No more KPJ Ampang Putri. Hehehe. Sebenarnya kami takde masalah dengan KPJ AP pun. Paed budak-budak ni, Dr. Nasir pun memang sangat baik. Tapi KPJ AP crowded sikit. Dari emergency hingga ke parking, termasuk la di wad, sentiasa pack. Tapi di Hospital Pantai Ampang, tak crowded pun. So tenang sikit
Bilik single di Pantai pula, walaupun agak kecil berbanding di KPJ, namun selesa. Sebab ada sofa bed sekali. So kami tidur dengan selesa, aku dan athmar di katil, naurah di baby cot, en.fuad di sofa bed. Kalau macam ni, berkampung seminggu pun ok. Hihihi.
Ni masa baru check in.
Settle di emergency jam 2.30. Masuk bilik athmar segar.
Main games dan tengok tv sampai jam 3.30.
Mama dan papa dah mengantuk ni.
Asal doc dan nurse datang je, dia stress. Lagi-lagi kalau kene nab, tambah stress dia.
Bila takde doc atau nurse, dia mula beraksi semula. Memanjat sana sini macam tak sakit je.
Berbalik pada influenza B ni, treatment nya hanya dengan makan ubat untuk matikan virus ni. Selagi virus tu tah hilang, selagi tu demam takan baik. Selain tu, drip air dan ubat demam juga diperlukan agar suhu badan tak naik terlalu tinggi.
3 hari kami berkampung di hospital, suhu athmar turun naik. Alhamdulillah pada hari ke 3 tak demam dah. So Dr. Thana kasi athmar discharge hari tu juga. Lega kan. Esok mama dah pegi kerja macam biasa.
Love,
mar
3 hari kami berkampung di hospital, suhu athmar turun naik. Alhamdulillah pada hari ke 3 tak demam dah. So Dr. Thana kasi athmar discharge hari tu juga. Lega kan. Esok mama dah pegi kerja macam biasa.
Love,
mar
Comments
Post a Comment