Posts

Showing posts with the label ceritaku ceritaku

Percutian bajet Ke Pulau Pinang

Image
Assalamualaikum, Lama sangat saya tak update blog ini. Kekangan kerja sememangnya membataskan masa saya untuk mengadap blog setiap hari. Saya cuba-cuba juga untuk update di rumah, namun tak terkejar dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis. Tambahan anak-anak semakin membesar dan menuntun perhatian daripada saya. Tapi terasa rindu sangat pada ruangan yang saya gunakan untuk meluahkan pandangan dan bercerita. Jadi, hari ini teringin menaip. Nak asah kembali bakat mengarang. Tettt. (>..<) Siapa yang tak suka bercuti? Rasanya bila bertanya, pastinya ramai yang suka pergi bercuti. Namun kadang-kadang terbantut lantaran kewangan yang tidak mengizinkan. Kami tidak berkecuali. Adakalanya terpaksa membatalkan plan percutian kerana short budget. Namun, adakalanya kita harus mengambil risiko. Pergi bercuti tak semestinya perlu percutian mewah dan menelan belanja ribuan ringgit. Hanya dengan bajet yang sedikit, kita masih mampu menikmati keseronokan bercuti. I

10 Rahsia Awet Muda Yang Semua Wanita Wajib Ketahui

Image
Assalamualaikum Antara soalan yang paling sukar di jawab oleh ramai wanita ialah mengenai usia mereka. Malah ada yang sanggup menipu usia sebenar mereka. Kenapa ye? Malu orang mengetahui usia sebenar mereka ke?  Bagi saya memberitahu usia sebenar tidak memalukan, tetapi, lebih malu kalau umur muda tapi dah kelihatan jauh berusia. Betul tak! Langkah-Langkah Yang Dapat Menjadikan Wajah Kelihatan Muda Dari Usia Sebenar 1. Jauhi Stress Stress membuatkan anda menjadi serabut dan mudah marah. Ini akan membuatkan hormon anda tidak menentu seterusnya menggangu kestabilan imun sistem anda. Bukan itu sahaja, jerawat juga mudah tumbuh di wajah. Jadi sekiranya anda ingin tampil menarik, kawal stress anda.  2. Minum air kosong Kulit kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan lembapan. Kulit yang kering akan kelihatan bersisik dan tidak menarik. Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik, pastikan anda meminum sekurang-kurang 3liter air mineral setiap hari