Posts

Showing posts from January, 2013

Buah hati pengarang jantung

Image
Nak cite sikit tentang si kecik comey aku ni. Ari tu ada belikan wallet untuk dia kan.  Punya la seronok dia. Bis semua duit aku dan en. fuad dia pow nak letak dalam wallet. Pastu en.fuad belikan handbeg pulak. Lagi la dia seronok kan. Bila keluar pegi mana-mana sibuk nak bawak handbeg dan walletnya. Asal beli barang dia yang sibuk nak bayar. Cmni la gayanya. Satu lagi dah taknak duduk atas highchair. Pun alasan dia dah besar. Mm cepat matang anakku ini. takpe mama papa biar baby bayar

Sakit

As-salam. Aku secara officially dah bertukar ke HQ TNB di bangar. Pertukaran yang sangat mengejutkan sebab dalam masa 24 jam je. Walaupun apa alasan yang diberikan perasaan terkejut dan rasa tak puas hati tetap ada dalam hati aku. Aku cuma manusia biasa. Walau aku cuba pujuk hati ni. Berkali-kali aku cakap kat diri sendiriperubahan tu bagus. Tambah pulak aku dah terlalu lama di sana. Tapi kenapa terlalu mengejut?  Sejak bertukar, kepala aku selalu sakit. Malam tadi pun aku tak boleh tido. Sakit kepala menjadi-jadi. Sakit tengkuk dan badan pun sama. Kenapa ye. Tu tanda darah tinggi ke? Takan sebab terlalu stress sampai darah aku naik macam tu skali.  Aku harap ni cuma sakit kepala biasa je. Aku perlu sentiasa kuat dan sihat untuk marsya naurah. Dia sumber kekuatanku. Jiwa dan ragaku.  Mama syg baby teramat sangat..

Mood tak berapa best

As-salam Mesti ada yang ingat aku monday blues kan. Tak la. Pagi tadi happy je nak pegi kerja sebab air dah ada. Tapi masuk je opis bos panggil dan sampai kan satu berita yang tak berapa nak best. Dia terpaksa transferkan aku untuk sementara ke HQ. Sebabnya ada sorang pegawai di sana yang tak layak untuk mendapat PA tapi sudah bikin kecoh pada board director sebab dia tak ada PA. Hey common la, tak kan la sebab tu je ko nak kecoh kan. Bagi meredakan kekecohan tu bos aku terpaksa mengorbankan PAnya buat sementara sampai la pegawai tu dapat PA baru untuk dia. Senangnya kan, ko kecoh-kecoh pastu dapat apa yang ko nak. Aku pun nak bikin kecoh boleh tak? Another berita yang tak berapa best aku dengar is that person agak kureng ajar sikit. Haa. Aku tak kisah bekerja dengan work load yang agak banyak tapi bekerja dengan orang yang kurang ajar? Dan yang paling aku tak boleh belah bila dengar aku terpaksa serve 2 bos. Means KPI aku 50% dengan si A dan another 50% dengan si B. And the wor

Celoteh pagi jumaat

As-salam. Sebenarnya takde apa sangat nak bercerita. Nak berpesbuk terasa bosan pulak asik-asik cerita sama. So kita berceloteh di sini ye.  Mana nak mula ye. Ok mula-mula cerita pasal air la. Semalam ada la air kat rumah aku. Sempat gak mendobi. Tapi pagi ni langsung tak keluar pulak. Dah la tong hampir kosong. So mandi ala kadar je la. Huhu. Mmm jom cerita pasal percutian. Insha allah kurang dari 2 minggu aku akan pergi bercuti lagi. Kali ni cuma aku, en. fuad dan naurah je. Alhamdulillah ada rezeki untuk aku bawak naurah bercuti ke tempat yang memang dia nak sangat pegi. Mane lagi kalau bukan ke Legoland. Tiap kali iklan tu keluar di tv mesti dia cakap " mama nanti nak pegi legoland boleh?" Insha allah anakku. Untuk percutian ni aku beli voucher dari Mydeal untuk pakej penginapan termasuk breakfast, dan tiket masuk ke Legoland dan Hello Kitty Town untuk 2 dewasa bagi 4 hari 3 malam total RM700. Murah la kan. Cuma hotel yang kami bakal menginap ni jauh sedikit da

Krisis air di selangor

As-salam. Baru tersedar aku tak bercerita pun pasal krisis air di selangor sejak dari tahun lepas. Ambik ko, tahun lepas ok. Aku sedar rumah aku mula takde air dari ahad sebelum new year. Tapi jiran-jiran bagi tau yang air start takde dari sabtu. Kami tak tau sebab dari jumaat dah pulang ke bagan lalang. Masuk hari ni maknanya dah lebih 2 minggu kawasan perumahanku dan sekitar alami gangguan air. Hari-hari kuatkan badan untuk mengangkut air dari paip luar untuk penuhkan tong. Such a good way to burn my calories kan. Fikir yang positive je la. Nak merungut pun tak guna kan. Kena hadap gak situasi ni hari-hari. Kalau aku terus pikir buruk tentang krisis air ni, tentu hari-hari hidup aku tertekan. Well, honestly memang 3 hari pertama terasa perit. Nak berak pun takut. Hahah. Tapi lepas seminggu aku rasa dah lebih cool. Tak kisah kena angkut air tiap-tiap hari. Bila fikir balik, dah berapa tahun aku tinggalkan aktiviti senaman. Jadi aku boleh ambik kesempatan ni dengan menanggap in

mommy outing day..

Image
Sabtu lepas adalah outing day aku dengan bff, faziha. Kami memanjakan diri di Jari Spa, Wangsa Maju. Asalnya sebab aku beli voucher di Mydeal.com.my. Cuma RM55 bagi pakej yang berharga RM200++. Teruja gila sebab dah lama sangat badan ni tak dibelai. Hii. Appointment kami pukul 10pg. Aku keluar 9.30pg terus pegi ambik A. Rumah A dengan spa ni tak jauh. Sampai tepat kul 10pg. Memula masuk terus teruja. Cantik sangat deco dalam spa ni. Memang macam di bali. Pastu assistant spa panggil masuk ke bilik dan salin baju. Seronok sebab bilik untuk berdua. Boleh la berborak-borak dengan A sambil di urut. Tapi sayang la keterujaan tu rupanya tak lama. Bila sesi spa bermula, kami rasa tak seronok langsung. Di urut pun ala kadar je. Tak terasa lega la badan ni. Lepas sesi mengurut, badan di scrub. Tapi hanya upper back je yang di scrub. Aku rasa ada la lebih kurang 20 minit lepas di scrub. Assistant spa lap badan kami dan suruh kami pakai baju. Terpinga-pinga kami sebab rasa cepat sangat tau-tau j

Salam Tahun Baru

Image
Belum terlewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kan. Hari ni baru hari ke 4 dalam tahun 2013. Azam tahun lepas tercapai ke? Ataupun macam biasa carry forward azam tahun lepas dan yang lepas-lepas ke tahun ni? Eh macam biasa buat je. Aku pun macam tu jugak la. Hihii Tanak cite pasal azam la. Dah biasa sangat. Sinonim kan asal masuk tahun baru je mesti nak cite pasal azam baru. Bagi aku, patutnya setiap hari kene ada azam baru. Contoh nak hari ni berazam nak jadi lebih baik dari semalam. Atau hari ni berazam nak makan cendol kat selekoh jalan nirwana 14A. Walau hujan lebat sanggup redah untuk dapatkan cendol tu. Relevan kah? Tu contoh azam aku sebab selalu je aku cakap dengan en. fuad cmtu. Hahaha Kali ni nak bercerita tentang sambutan tahun baru aku tahun ni. Aku berBBQ di pantai bagan lalang sambil tunggu detik 12 malam. Kali ni berBBQ bersama kazen aku, abe di. Mula-mula macam ramai je nak join. Tapi last minute ramai yang cancel sebab tak book homestay lebih awal. Taku