Salam Tahun Baru
Belum terlewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru kan. Hari ni baru hari ke 4 dalam tahun 2013.
Azam tahun lepas tercapai ke? Ataupun macam biasa carry forward azam tahun lepas dan yang lepas-lepas ke tahun ni? Eh macam biasa buat je. Aku pun macam tu jugak la. Hihii
Tanak cite pasal azam la. Dah biasa sangat. Sinonim kan asal masuk tahun baru je mesti nak cite pasal azam baru. Bagi aku, patutnya setiap hari kene ada azam baru. Contoh nak hari ni berazam nak jadi lebih baik dari semalam. Atau hari ni berazam nak makan cendol kat selekoh jalan nirwana 14A. Walau hujan lebat sanggup redah untuk dapatkan cendol tu. Relevan kah? Tu contoh azam aku sebab selalu je aku cakap dengan en. fuad cmtu. Hahaha
Kali ni nak bercerita tentang sambutan tahun baru aku tahun ni. Aku berBBQ di pantai bagan lalang sambil tunggu detik 12 malam. Kali ni berBBQ bersama kazen aku, abe di. Mula-mula macam ramai je nak join. Tapi last minute ramai yang cancel sebab tak book homestay lebih awal. Takut semua hotel dan homestay fully booked. Abe di just pacak khemah 2 bijik, dia anak beranak camping di tepi pantai je. Jadi la family aku dan family abe di je yang berBBQ syok sendiri malam tu. En. fuad dan family along pulak tak join sebab kene kerja hari isnin tu. Ketepikan mereka yang bekerja. Kita kerjakan apa yang patut dulu ye.
Sebenarnya kami dah melantak kenyang-kenyang dulu kat rumah. Lepas isya baru kami ke pantai. Abe di sefamily dah bis berBBQ pun time tu. Kami bawak sosej dan daging burger je. Terus continue BBQ balik. Makan la burger bakar tu walaupun perut dah kenyang gila. Best sebab makan di persisiran pantai sambil nyanyi lagu anita sarawak. ~ bercanda di pasiran pantai ~
Pantai punya la pack dengan khemah. Seronok plak rasa sebab meriah sangat. Tepat 12 tengah malam, ada la sket bunga api yang di pasang. Takde la gah macam KLCC punya, tapi tetap berseronok. Ada gak la yang main mercun balance raya dulu tak abis kot. Tak pe la janji ada bunyi berdentum dentam. Naurah seronok je janji ada percikan bunga api tu. Masa merdeka ari tu time tengok munga api kat genting tu dia boleh bantai tido plak sedangkan punya la kuat bunyinya.
burger bakar |
tu la bunga api nye. ok la dari tak ada kan |
Ok selamat datang 2013. Pesanan aku untuk adik-adik muda belia ni, tak salah menyambut ketibaan tahun baru. Tapi jangan melampau sampai lupa batas agama. Ingat tu ye.
Comments
Post a Comment