Krisis air di selangor

As-salam. Baru tersedar aku tak bercerita pun pasal krisis air di selangor sejak dari tahun lepas. Ambik ko, tahun lepas ok. Aku sedar rumah aku mula takde air dari ahad sebelum new year. Tapi jiran-jiran bagi tau yang air start takde dari sabtu. Kami tak tau sebab dari jumaat dah pulang ke bagan lalang.

Masuk hari ni maknanya dah lebih 2 minggu kawasan perumahanku dan sekitar alami gangguan air. Hari-hari kuatkan badan untuk mengangkut air dari paip luar untuk penuhkan tong. Such a good way to burn my calories kan. Fikir yang positive je la. Nak merungut pun tak guna kan. Kena hadap gak situasi ni hari-hari.

Kalau aku terus pikir buruk tentang krisis air ni, tentu hari-hari hidup aku tertekan. Well, honestly memang 3 hari pertama terasa perit. Nak berak pun takut. Hahah. Tapi lepas seminggu aku rasa dah lebih cool. Tak kisah kena angkut air tiap-tiap hari. Bila fikir balik, dah berapa tahun aku tinggalkan aktiviti senaman. Jadi aku boleh ambik kesempatan ni dengan menanggap ini sebagai senaman aku. Walahh. Tengok, benda yang buruk kalau kita pandang baik mesti akan nampak baik kan.. Hii.. Nak memotivasikan diri sendiri.

Sampai bila krisis air ni akan berlanjutan aku pun tak tau. Mula-mula dalam berita cakap dalam masa seminggu, kemudian dah jadi dua minggu. Tup.. tup dengar berita terbaru sampai Chinese New Year. Apakah??

Nampaknya niatku untuk kurus tahun ini dimakbulkan dengan cari mengangkut air berbaldi-baldi. Hahahah

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato