Celoteh pagi jumaat
As-salam. Sebenarnya takde apa sangat nak bercerita. Nak berpesbuk terasa bosan pulak asik-asik cerita sama. So kita berceloteh di sini ye.
Mana nak mula ye. Ok mula-mula cerita pasal air la. Semalam ada la air kat rumah aku. Sempat gak mendobi. Tapi pagi ni langsung tak keluar pulak. Dah la tong hampir kosong. So mandi ala kadar je la. Huhu.
Mmm jom cerita pasal percutian. Insha allah kurang dari 2 minggu aku akan pergi bercuti lagi. Kali ni cuma aku, en. fuad dan naurah je. Alhamdulillah ada rezeki untuk aku bawak naurah bercuti ke tempat yang memang dia nak sangat pegi. Mane lagi kalau bukan ke Legoland. Tiap kali iklan tu keluar di tv mesti dia cakap " mama nanti nak pegi legoland boleh?" Insha allah anakku.
Untuk percutian ni aku beli voucher dari Mydeal untuk pakej penginapan termasuk breakfast, dan tiket masuk ke Legoland dan Hello Kitty Town untuk 2 dewasa bagi 4 hari 3 malam total RM700. Murah la kan. Cuma hotel yang kami bakal menginap ni jauh sedikit dari Legoland. Lebih kurang 40 minit perjalanan. Takpe la jauh sket kan, asalkan ada tempat tido. Hii
Tak sabar nak pegi bercuti ni. Eh.. nampak macam mama yang lebih kan. Ye la sejak ada anak ni, keterujaan untuk bercuti tu memang sangat membuak. Bila tengok anak seronok bercuti, hati keibuan aku ni melompat-lompat keseronokan. over ekk.
Kali ni aku akan tido di hotel Grand Sentosa. Dah baca macam-macam review tentang hotel ni. Macam biasa ada komen positif dan ada negatif. Kita ambik yang positif je sebab memang akan kurang habiskan masa dalam bilik hotel. Jadi tak kisah sangat kalau bilik kecik or takde view menarik. Masa dah tentu banyak akan di habiskan di luar nanti.
Persediaan untuk ke legoland pun aku dah buat. Yang paling penting ialah dapatkan kasut yang selesa untuk semua. Sebab tempat ni luas kan, jadi kasut yang selesa penting supaya tak sakit kaki nanti. Tak lupa pakaian yang selesa. Sebab tempat ni baru buka, jadi masih kurang pokok-pokok untuk meneduhkan kita. Pilih pakaian yang boleh buat kita merasa selesa di dalam cuaca panas. Tapi jangan lupa juga in case hari hujan. Jadi aku dah sediakan disposable rain coat untuk kami semua. Boleh beli di legoland tapi harga agak mahal. Tak silap RM20. Yang aku beli di watson baru RM3.30 untuk semua saiz. Buat apa nak membazir kan. Disposable je pun.
Aku ni kalau bab nak bercuti memang akan buat persediaan yang sangat awal. Lagi satu aku suka survey tempat yang bakal aku kunjungi. Aku akan baca review tentang tempat tu. Jadi mudah lah untuk aku buat persediaan untuk bawak apa yang perlu. Kan senang macam tu. Takde la nanti bila dah sampai tempat tu, ada je barang yang tak cukup. Tambah pulak bila ada anak kecik ni. Semua kelengkapan untuk anak perlu cukup. Takde la aku pening kepala nak mencari nanti.
Ok tu je cerita aku kali ni. Nanti aku ceritakan percutian ku tu nanti. Daa..
Comments
Post a Comment