Kembali hangat seperti malam pertama
Assalam, Wah kali ni tajuknya daring sikit ye. Ni untuk para isteri sahaja tau. Yang belum kawin tu nak baca boleh la untuk dapatkan ilmu. Tapi praktikkan lepas kawin je tau. Jangan berzina pulak. Eh melalut pulak. Suka atau tidak kita para isteri harus akui antara cara untuk mengikat suami adalah semasa di kamar tidur. Namun kebanyakkan suami mengeluh setelah beberapa tahun perkahwinan, 'Miss V' isteri dah tak grip lagi. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Jadi wanita ni bukan senang kan. Semua nak kene jaga. Lepas bersalin lagi la kene extra jaga. Maklum la lepas bersalin, banyak part yang berubah. Ada mengelebeh, ada longgar, ada lonyot. So macam mana nak kembalikan semua tu ke asal. Senaman Bersenam baik untuk kesihatan anda. Dengan bersenam, korang dapat meningkatkan kecergasan fizikal, membakar lemak, mengembalikan bentuk badan yang langsing, membaiki koordinasi dan keseimbangan, mengawal tekanan darah, dan mengawal paras glukos dalam darah. Orang yang ...