kenduri kawin
Lama x update blog ni. Lately ni bz sket la. Banyak sangat benda yang perlu diuruskan. So ari ni cuba gak luangkan sket masa untuk update cite last weekend.
Jumaat lepas family hubby datang berkampung kat rumah aku. Mereka semua ke sini sebab nak hadiri kenduri sedara mereka di Taman Saga, Ampang. Dekat je dengan rumah aku. Tu pasal diorg datang berhimpun. Minta maaf la mak, abah, kak yong sefamily, mak su sefamily & acu biah & paksu inn. Rumah mar ni kecik je. Toilet pun 1 je. So tak boleh la nk bagi keselesaan sangat pd semua yang datang. Harap takde yang tak berpuas ati ye. Nanti bila datang KL, singgah2 la lagi rumah mar. =)
Berbalik pada tajuk, bersempena dengan cuti sekolah 2 minggu ni, maka banyak la pasangan-pasangan muda mahupun tua yang melangsungkan perkahwinan. Aku sendiri pun banyak mendapat undangan perkahwinan. Tapi ada setengah yang jauh tu tak dapat la aku menghadirkan diri. Ada yang dekat pun tak berkesempatan pula nak hadir. Ada je urusan yang harus disettlekan. Maaf la sesangat ye. Apapun yang telah selamat mendirikan rumah tangga ni, tahniah aku ucapkan. Moga berkekalan hingga ke syurga.
Ada sket gambar glamor kami utk tontonan kalian.heheh
Comments
Post a Comment