Berpiknik

Ahad lepas kami berpiknik di Sungai Congkak, Hulu Langat. Idea nak berpiknik ni tercetus masa duk berborak dengan alunk. Disebabkan musim panas & takde apa-apa agenda pada minggu tersebut, maka kami terus plan untuk pergi mandi manda. Nasib la mr hubby agree. Alunk pun ajak mr S dia ikut sama. Lokasi yang menjadi pilihan ialah Sg Congkak. Seronok sangat sebab dah lama tak berendam sungai.




Kami menyewa tree house yang telah dibina oleh penduduk kampung dengan bayaran RM15 dan parking pun kene bayar RM2 gak walaupun just parking tepi sungai. Kelakar pun ada, tapi adat la dekat bandar ni, mandi sungai pun kene bayar.


Tree house tu nak dikatakan selesa tu tak jugak la. Tapi boleh tahan la. Cuma owner patut baikpulih keadaan rumah tersebut sebab ada tiang2 yang dh tercabut dan lantai yang hampir reput. Agak merbahaya pada pengunjung. Namun overall boleh la dikatakan memuaskan hati sebab memudahkan kami untuk berehat & menyalin pakaian.





Baby Aura pun nampaknya enjoy sangat. Memang pada mulanya dia agak takut melihat keadaan sungai yg boleh tahan deras gak tu. Tambah terkejut la bila air sg yang sejuk tu terkena kulitnya. Tapi lepas dia dh selesa di pangkuan mama, terus dia teruja bermain air. Sampaikan takmau keluar dari air pulak. Kami semua ni pun apa lagi, memang teruja sgt2 la. Berendam tak ingat mengalahkan budak2 pulak.

Dah puas berendam, kami rehat jap untuk makan. Ha jgn tak tau, siap bawak nasi lagi. Mr hubby dengan rajinnya memasak lauk pada hari tersebut. Tapi sori ye pic tengah mkn langsung tak ingat nk snap sebab semua dah kelaparan. Lepas makan, rest jap, pastu terjun sungai balik la.



Ni pic sepanjang perjalanan, susukan Baby Aura dulu sampai kenyang. Nanti time berendam takde la meragam kelaparan. Tengok tu tengah menyusu pun sempat gak matanya memandang camera sambil tangan nak buat ala2 PEACE. Tu pengaruh dari Auntie Lunk dia la tu asal bergambar je mesti nak buat PEACE.


Pic menyusu dalam posisi baring tu ialah selepas berendam. Baby Aura pun dah kepenatan & time tido dia dah sampai. So susu & tidokan la dia dulu. Sempat gak la mama terlelap time ni. Sebab tu la ni posisi yang paling aku suka sebab boleh tido sama dengan Baby Aura. Bila Baby Aura dah lena diulit mimpi, mama terus buat terjun tiruk lik ke dalam sungai. Papa tlg jaga baby kejap ye. Jgn marah. =)


Next time plan nak berpiknik lagi la. Kali ni nak buat BBQ pulak. So kene la ajak ramai2 baru syokk..




Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato