Piknik di FRIM

Assalam,

Ni cerita masa cut raya cina hari tu. Bapak lama baru nak share. Plan asal nak ke langkawi, tapi cancel. Masih ada halangan lagi. So bila cuti panjang, tapi tak pegi mana jom kita cari aktiviti untuk anak-anak. 

Seumur hidup aku, ni kali pertama ke FRIM. Tu pun lepas kawan en.fuad bagi tau dalam FRIM ada waterfall, boleh bawak anak-anak mandi manda. 

So malam sebelum kejadian, aku masak sardin untuk di makan bersama nasi nanti. Bajet, mesti anak-anak kelaparan lepas berendam nanti. Pagi-pagi subuh tu aku masak nasi dan buat sandwish telur. Buat kudap-kudap nanti. Memang bersemangat dan excited nak pegi piknik

Buat yang tak tau, FRIM tu terletak di Kepong. Cara paling senang nak ke sana melalui MRR2. Ada signboard, follow je. Nak lagi senang waze je. Nak masuk ke FRIM kene bayar RM5 untuk sebuah kereta, dan RM1 seorang. Kanak-kanak free je.

Selain berpiknik, banyak lagi aktiviti yang boleh korang lakukan di sana. Korang boleh sewa basikal, berjogging, jungle tracking, ada canopy walk (tapi tutup buat masa ni until further notice).

Ok ke tempat ni? Untuk anak-anak ok la. Tapi naurah dengan athmar tak enjoy pun. Dua-dua penggeli pasir. So memang mandi kene berdukung je. En.fuad je yang bawak diorang turun mandi. Aku malas. Diorang mandi pun tak sampai 10 minit. Dah ajak naik. Alasan air sejuk. Lepas tu geli pasir. Budak lain aku tengok kemain seronok berkubang. Adoi la anak oiiii.


Ramai juga orang datang berpiknik di sini. Kesian aku baru tau rupanya boleh berpiknik di FRIM. Dulu ingat tempat ni hutan je. Kawasan ni air cetek je dan berpasir je. Takde batu.

Kalau nak ke kawasan sungai, kene mendaki sikit. Ikutkan kitorang nak berpiknik di kawasan sungai, tapi naurah nak mandi di area sini. So terpaksa la berpiknik di sini je. Jenuh cari tempat redup sebab ni kawasan terbuka.


Masa baru sampai kemain budak berdua ni excited nak turun mandi. Si naurah tak menyempat nak tukar baju. Athmar pun sama, suh makan tak mo.


Ambik ko, jenuh papanya kene dukung budak berdua ni. Ntah apa-apa la geli pasir. Tak adventure langsung. Mak ko dulu bedal je apa pun.

Kawasan sungai sebelah terowong tu ye. Terowong ke nak panggil. Suka hati la. Sekali tengok macam mandi longkang pulak. Hahahah. Patut la sekarang ni bila athmar nampak longkang besar dia excited tengok. Siap panggil mama tunjuk sambil cakap, air..air. Dia ingat boleh mandi jugak kot.


Last-last budak-budak ni main kat darat je sambil selerakkan surat khabar. Beria mama papa bawak pegi piknik, konon-konon nak kasi mandi sungai. Mmmm nampaknya mama papa kene lupakan hasrat untuk berpiknik la. Kalau nak pegi pun, boleh lepak sambil makan-makan je la. Anak tak enjoy.



Love,
mar 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato