Johor Trip 24 - 27 Jan 2013 part 1


Salam.

Finally dah transfer gambar. Tapi nak upload punya lah seksa. Nk upload dalam FB lagi la lembab. So aku buat sikit-sikit dulu ya.

Kita mulakan dengan hari pertama percutian. Kalau ada yang baca entry aku dulu, mesti tau yang  percutian kali ni aku beli voucher daripada MyDEAL.com.my Masa aku beli tu pakej untuk percutian ke Legoland, Hello Kitty dan Big Club termasuk penginapan di Hotel Grand Sentosa. Kat entry tu aku ada tulis persiapan untuk ke legoland. Nak tau sila baca di sini. Tak kuasa nak taip balik. Hiiii

Hari pertama masa on the way ke johor kami singgah di Johor Premium Outlet. Ramai orang asik bercerita tentang JPO ni kan. So aku pun teringin merasa jejakkan kaki juga la. Sape yang belum penah pegi, kalau korang tetiba menghala ke johor sila lah singgah. Bukan nak suruh soping pun. Saja pegi cuci mata pun ok. Tapi kalau dah singgah tu, kompem ada yang terembat la.

Apa yang ada di sana? Macam-macam butik yang branded ada. Nama pun premium outlet kan. Antaranya Coach, Micheal Kors, CK, Burberry, Oroton, Braun Buffel, Fossil, mmm kiranya banyak lagi la. Harga pulak jauh beza daripada harga asal. Tepuk dada tanya poket. Mana yang sesuai dengan bajet anda, sila laburkan duit anda di sana.


kami di sini


ehh anak sape di luar armani outlet ni


Ohh ye, lupa pulak nak bagi tau kat mane letaknya JPO ni. Kalau ikut highway plus, ambik exit Senai ye. Stay kiri, ambik susur kiri pertama lepas tol. Dari tepi highway dah boleh nampak signboard JPO ni. Parking kene bayar ye, tak silap Rm3 per entry. En. Fuad yang bayar so aku tak ambik tau. Hiii

Lepas settle menyoping, kami meneruskan perjalanan mencari hotel. Hotel yang di tuju adalah Grand Sentosa yang terletak di Taman Sentosa. Perjalanan mencari hotel agak memeningkan memandangkan kami tak biasa dengan area johor. Walaupun sebenarnya senang je nak mencari hotel ni, tapi navigator dan pilot tak bercakap dalam bahasa yang sama, maka ada la yang tersasar. Cerita lanjut pasal hotel ni aku akan ceritakan di bawah sebab malas nak adjust pic hotel ke atas. Boleh?


Hari ke-2. Legoland. Yippi..

Kalau ikut map, perjalanan dari Grand Sentosa ke Legoland ambik masa lebih kurang 40 minit. Lagi sekali masalah timbul di antara navigator dan pilot menyebabkan kesesatan berlaku. Jadi kami ambik masa sejam lebih baru la tiba ke destinasi. Cuaca masa tu panas terik. Syukur sebab seminggu sebelum tu johor dilanda banjir, dan hujan setiap hari. Lebih baik panas daripada hujan kan.

Bagi yang membawa anak kecil, sila la membuat persediaan secukupnya. Faktor yang paling penting untuk di ambil kira ialah cuaca. Cam dalam entry terdahulu, sila sediakan barang-barang yang dipikirkan perlu ye.

Bila masuk main entrance tu, mesti korang terfikir nak ke kanan atau ke kiri. Tips nye macam ni, kalau yang bawak anak-anak berumur 7 tahun ke bawah, korang terus ke kanan ye ke Lego City. Mainan di lego city memang sesuai untuk anak-anak yang kecil seperti Junior Driving School, Boating School, Lego Express, Lego City Airport, Rescue Academy dan playgound, The Shipyard

Bagi anak-anak enjoy dulu ye sebelum mak bapak nak enjoy. Ingat tau kawasan legoland ni besar sangat. Jadi kalau tau mana yang perlu di tuju dulu lagi bagus sebelum anak-anak korang meragam. 


kami dh sampai

Junior Driving School. Untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.

kanak-kanak wajib pakai life jacket ni.

boating school

land of adventure

Lego Express. korang boleh mengelilingi Lego City. anak-anak mesti suka naik ni

main tikam-tikam ni pun ada. yang ni kene bayar la dalam RM15-30.



lego di merata-rata.



4D Studio. seronok. lepas letih berjalan sekitar legoland, korang boleh berehat sambil menikmati movie =)



lagi tikam-tikam



observation tower. boleh tengok seluruh pemandangan legoland dari udara
bagi yang gayat, ni masanya mencabar diri anda. hahah




lagi satu ruang rehat sambil bermain lego di build and test

Aku suggest last sekali baru lah ke miniland. Petang-petang sikit cuaca dah tak terik sangatkan. Jadi barulah boleh menikmati permandangan reka bentuk di miniland tu. Bukan takat anak-anak, aku rasa mak bapak budak pun cukup teruja dengan reka bentuk lego ni. Seriusly aku kagum. Sila lah bergambar sakan di sini ye 

miniland. naurah geram sangat dengan bangunan lego ni.




nasib baik ada air, kalau tak mesti naurah dah naik kapal tu



kota singa di belakang kami


time ni naurah cakap, "taknak balik, nak duk kt sini"
arkkk


badan dah penat, stroller dah penuh, mari kita pulang.

Sebenarnya banyak gambar yang aku nak kongsikan. Tapi ada masalah dengan network. Jadi slow sangat. So tak dapat la aku nak berkongsi gambar-gambar lain dengan korang. Maaf la review legoland ni macam sikit sangat. Aku tak naik semua rides yang ada. Sebab banyak gak yang naurah tak boleh naik. Nasib la bawah 3 tahun masuk percuma. Ni semua kira cm test dulu. Nanti naurah dah besar sikit, ada rezeki kami akan ke sana lagi.

So far bagi aku, berbaloi la keluarkan duit untuk ke taman tema lego yang pertama di asia ni. Memang agak mahal kan, tapi tu semua pengalaman indah untuk anak-anak korang. Jadi kalau berkemampuan, tak salah bawak anak-anak korang bercuti ke sini. Cuma bagi aku, Legoland ni sesuai untuk kanak-kanak dan remaja di bawah 16 tahun sebab mainan di sini tak terlalu extream. Dari survey, USS lebih sesuai untuk remaja or dewasa yang mahukan permainan yang extream. Tolong jangan compare legoland dan Universal Studio sebab legoland ni di bina khas untuk kanak-kanak ye.

Kemudahan yang di sediakan seperti toilet, surau dan baby room agak selesa. Semua berhawa dingin. (cm skema pulak ayat aku) Aku ambik kesempatan berehat jap sambil tukar pampers naurah di Baby Care Center. Korang kena daftar masa masuk sini. Kaum bapa di larang masuk ye sebab ada ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka di sini.

Restoran pun banyak jugak di dalam ni. Tapi aku tak makan kt dalam sini. Sebab pagi tu dah ambik heavy breakfast so kurang lapar. Just bawak roti untuk lapik perut. Kami makan di Chicken Rice Shop di Medina Mall sebaik je keluar dari legoland.

Barangan lego juga ada dijual di beberapa kedai di dalam legoland ni. Aku suggest beli la at least 1 barangan untuk kenangan. Nak pegi lagi ntah bila kan. Sempat la aku merembat t-shirt, botol air, keychain dan frige magnet sebagai kenangan.

Ok cukup pasal legoland. Meh aku cerita tentang hotel yang kami menginap. Memula beli voucher tu patutnya kami menginap di Hotel Aman Sari. Tapi date yang aku nak pegi tu dah penuh, so travel agent tu tukarkan kami ke hotel Grand Sentosa. Memula tu geram gak la. Bila sampai di hotel ni pulak, parking pulak jauh dengan lobi hotel. Macam nak roboh bahu kami angkut barang. Siap aku cakap dengan en. fuad ni last la duk hotel ni. Next time datang JB xmo duduk sini.

Masa nak check in tu pun punya lama. Bukan salah front desk officer tu, tapi minah depan aku banyak gile songeh dia. Memang aku dah hangin gila la. Tambah pula badan penat. Tapi officer tu memang baik la. So sejuk sikit hati aku. Bellmen pun baik sangat membantu kami bawakkan bag-bag kami yang banyak tu. Masuk je bilik hotel, terus hati tersenyum ceria. Biliknya besar tu. Katil King lagi tu. Memang berbaloi sungguh la duduk kat hotel ni. Sebab yang aku tau kalau di Aman Sari, bilik superior cuma katil queen. Tapi di Grand Sentosa, bilik superior katil King. Memang selesa kami tido.

Overall aku memang berpuas hati dengan pakej yang di beli ni. Next trip kalau ada pakej yang berbaloi macam ni kompem aku beli lagi.

Nak pegi bercuti lagi.. Yeay


keluasan bilik ni memang cukup selesa untuk kami 3 beranak




sila abaikan makcik yang sibuk membetulkan tudung depan cermin tu
Itu dua gambar dalam bilik dari berlainan sisi untuk korang bayangkan keadaan bilik tu. Ni adalah bilik superior king. Sorry sangat harga bilik aku tak ingat. Rasa cm ada ambik pamplet tapi tak tau mane dah campaknya. Korang leh survey sendiri la ye kt sini: http://grandsentosahotel.com/

 Macam yang aku cakap tadi, hotel ni connected dengan Sentosa Mall. Tapi ni area cina, so nak cari kedai makan melayu tak banyak sangat. Tapi ada Old Town White Coffee di dalam mall ni. Kalau malas nak keluar cari makan, tu pilihan yang paling senang dan dekat. Selain tu, ada juga perkhidmatan room service di hotel ni. Harga ok. Penginapan ni beserta dengan makan pagi sekali ye di cafe hotel ni. Rating bagi makan pagi, ok la boleh kasi 3 bintang. Hii

Rasanya tu je kot yang aku boleh ceritakan tentang hotel dan legoland. Bagi aku semuanya ok. Memang berpuas hati dengan percutian kali ni. Nanti aku ceritakan tentang Hello Kitty pulak ye.



Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato