Cerita Sedih
As-salam,
Aku sebelum tido suka bercerita dengan naurah tentang aktiviti aku harian.
Pastu suka tanya naurah apa pulak aktiviti dia seharian.
Kadang-kadang aku reka cerita-cerita yang melibatkan naurah sebagai heroin.
Biasanya cerita-cerita aku tu simple dan kelakar.
Tapi semalam sengaja aku reka satu cerita pengajaran yang agak sedih.
Kisahnya begini,
Ada seorang budak, namanya marsya naurah.
Dia suka bermain.
Satu hari, dia main jauh dari kawasan rumahnya,
Walaupun mama dan papanya melarang, tapi marsya naurah ni tetap bermain
jauh dari mama papanya.
Tiba-tiba marsya naurah tersedar yang dia tersesat ke dalam hutan.
Dia pun menangis.
Kemudian datang seekor katak dan bertanya,
"wahai budak, kenapa kamu menangis"
marsya naurah menjawab
"saya tersesat. saya tak tahu jalan pulang. tolong la saya"
katak tu menjawab.
"itu la kenapa kamu tak dengar cakap mama dan papa kamu.
maaf saya tak dapat tolong kamu"
Marsya naurah menangis lagi.
Sambil berjalan di dalam hutan.
Dia terjumpa pula seekor monyet lalu bertanya
"hai adik, kenapa kamu menangis"
"tolong la saya, saya tersesat. saya nak balik rumah"
"maaf dik, saya tak dapat bantu kamu"
Marsya naurah terus berjalan-jalan di dalam hutan sambil menangis.
Dia terjumpa dengan arnab, kancil dan musang.
Semua haiwan tersebut tidak dapat membantu.
Akhirnya marsya naurah terduduk di bawah pokok sambil menangis.
Tiba-tiba datang seekor kuda.
Lalu kuda tu bertanya
"wahai adik, kenapa kamu menangis di sini.
Ini bukan kawasan rumah kamu
kamu dah tersesat ke?"
"saya dah tersesat. tolong la saya."
"kamu kelihatan penat. naik la atas belakang saya.
saya akan bawa kamu pulang ke rumah"
Lalu kuda tersebut membawa marsya naurah pulang ke rumah.
sebaik sampai di rumah,
marsya naurah terus memeluk mama dan papa dan berkata
"mama papa, naurah minta maaf.
naurah janji akan dengan cakap
mama dan papa"
Rupanya cerita tersebut telah membuat naurah benar-benar kesedihan.
Dia terasa macam dia betul-betul tersesat di dalam hutan.
Alahai kesiannya anak mama ni.
Dramatik la pulak.
Ok sayang, malam ni mama ceritakan
kisah kelakar pulak ye.
Dah, tak mo sedih-sedih lagi ye.
p/s: dekat rumah kita takde hutan la sayang.
Comments
Post a Comment