Cerita malam jumaat
Assalam,
Dari Sa’id al-Khudriy ia berkata, Rasulullah Saw bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ.
“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat, maka ia akan mendapat cahaya antara dirinya dengan rumah yang mulia (Mekah)” (HR. Ad Darimi).
Selain membaca Surah Al-Kahfi, amalan sunat malam Jumaat yang lain adalah memperbanyakkan berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W:
“Perbanyakkanlah selawat untukku pada hari Jumaat dan malam Jumaat kerana barangsiapa yang berselawat untukku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali” (HR. Baihaqi).
Info di atas, di copy paste dari blog anugerah terindah
Semoga kita semua beroleh manfaat darinya.
Love,
mar
Amboi korang kalau cerita pasal malam jumaat je memasing dah sengeh sampai telinga ye. Tambah sekarang ni musim hujan. Di beritakan ampang hujan lebat ye tengahari tadi. Sekian wartawan kami melaporkan dari tempat kejadian.
Wokeh la ni bukan nak cerita pasal aktiviti tengah malam jumaat korang. Kita cerita pasal awal malam ye. Usai solat maghrib elok la di capai surah yasin dan baca la ia. Selain surah yasin, surah Al- Kahfi juga elok dibacakan pada setiap malam jumaat.
Comments
Post a Comment