Resepi Nasi Ayam
Assalam,
Siapa suka nasi ayam? Gila siapa tak suka nasi ayam. Ramai orang suka nasi ayam. Cheh berapa banyak nasi ayam aku nak tulis ni. Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti peristiwa kaedahnya. So bila bercuti mari kita memasak. Pikir punya pikir, aku rasa nak masak nasi ayam, sebab aku suka nasi ayam. So ambik resepi dari kak Azie kitchen. Cuma aku derhaka resepi sikit.
Untuk Ayam
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Madu
Blend halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, kicap masin dan madu. Semua main agak-agak je kuantitinya.
Untuk Sup
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Ayam bahagian tulang
1 kiub ayam Knorr
Garam
Gula
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di blend. Make sure buat kuah banyak sebab sup akan di gunakan untuk masak nasi, sambal cili dan kicap.
Untuk Nasi
*Mentega
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Kunyit hidup (Tak nak letak pun takpe. Aku suka nasi ayam kaler kuning. Sebab tu tambah kunyit)
Susu sejat
1 kiub ayam Knorr
Cuci beras, tos dan ketepikan
Blend bahan bertanda *, kemudian tumis dengan mentega hingga naik bau. Masukkan kiub ayam knorr. Kemudian masukkan susu sejat dan sup ayam. (susu sejat main agak-agak. Aku letak dalam 1 senduk. Kalau suka rasa berlemak boleh letak lebih.)
Kemudian masukkan semua bahan tumis tu dan beras ke dalam rise cooker dan masak nasi macam biasa. Gunakan sup ayam tadi, ikut sukatan beras.
Untuk Sambal Cili
5 biji cili api
5 biji cili merah
halia
bawang putih
cuka (aku letak lemon sebab takde cuka)
Sup ayam
Blend kesemua bahan. Kemudian masak di atas dapur dengan api perlahan hingga pekat.
Untuk Kicap
Kicap pekat
Kicap manis
Minyak bijan
Selamat memasak.
Love,
mar
Comments
Post a Comment