Kenapa wanita memilih untuk bekerja

Assalam,

Hari ni terasa macam nak membebel sikit. Pasal kenapa wanita bekerja. Bukan apa, bila terjadi kes-kes penderaan kanak-kanak di taska, atau ada berlaku kematian di taska, ramai yang menyalahkan si ibu yang bekerja. Kononnya sibuk nak bekerja hingga sanggup hantar anak yang masih kecil ke taska. Habis tu kalau tak hantar ke taska / pengasuh, takan la nak tinggal anak tu sorang-sorang dekat rumah..!!

Tak sayang anak ke?? 

Persoalan ini yang selalu di perkatakan. Cik jenab oiii, siapa yang tak sayang anak. Dah di kandung sembilan bulan, dengan menanggung sakit pening. Nak beranak tu bukan senang. Bertarung nyawa tau tak. Abis tu takkan la sebab si ibu ni nanti kembali bekerja nak di label sebagai tak sayangkan anak. Sempit sangat fikiran tu. Tanya la ibu-ibu yang bekerja, apa yang diorang rasa masa hari pertama nak kembali bekerja lepas cuti berpantang. Memang semuanya mengalir air mata bila hantar anak ke tangan orang lain ok. Kami, ibu yang bekerja ni kalau boleh memang nak berkepit 24 jam je dengan anak-anak tau tak. 

Tak percaya pada pengasuh.

Kenapa tak percaya? Tak kan la sebab lima enam orang pengasuh yang mendera, semua pengasuh korang nak label kejam. Jangan la macam tu. Sebelum hantar pada pengasuh, kenali dulu pengasuh tu. Tengok keadaan rumah mereka. Kalau hantar ke taska, dapatkan feedback dari ibu bapa yang menghantar anak ke sana juga. Yang lebih utama, mohon pada allah agar pengasuh anak korang tu menyayangi anak korang macam anak diorang sendiri. 

Takut anak kemalangan di rumah pengasuh

Macam mana korang boleh yakin anak korang 100% selamat ketika dalam jagaan korang. Accident happen, walau dalam keadaan yang paling korang berjaga-jaga. So banyakkan berdoa agar allah pelihara keselamatan anak-anak kita setiap masa. 

Semua wanita patut jadi surirumah

Kalau nak bersalin, nak doktor wanita yang sambut. Nak nurse wanita yang jaga. Nak cikgu wanita yang ajar anak-anak di tadika nanti. Habis tu kalau semua wanita nak kene jadi surirumah, siapa nak jadi doktor O&G, siapa nak jadi nurse, siapa nak jadi cikgu? Tu baru sikit. Nak sebut semua banyak pulak nanti. 

Wanita yang sibuk nak bekerja sebab nak beli make up

Mana ntah datang idea diorang ni. Tolong la, bukan semua wanita bekerja yang suka bermake up ok. Ramai rakan-rakan aku yang bekerja langsung tak bermake up. Pegi keje pun tepek bedak baby je dekat muka. So, kamon la kasi alasan logik sikit boleh tak.  

Sebenarnya banyak sebab kenapa wanita memilih untuk terus bekerja. Sebab utamanya tentu la ekonomi. Tak semua orang bersuamikan lelaki kaya. Lepas kawin boleh duduk goyang kaki je di rumah. Kalau dapat macam tu, aku yakin ramai wanita yang bekerja nak berenti keje. 

Wanita bekerja sebab nak bantu suami. Nak tingkatkan ekonomi keluarga. Memang boleh bekerja dari rumah. Berniaga secara online. Tapi macam aku katakan tadi, kalau semua wanita duduk rumah dan berniaga, siapa pulak nak jadi doktor. Ada ke doktor yang bekerja dari rumah? 

Lagi pun tak semua orang bernasib baik bersuamikan lelaki yang baik. Kalau di buatnya sang suami tu jenis tak bertanggungjawab, jenis kaki judi, kaki betina. Dapat gaji duit habis di joli. Dah la si isterinya tak bekerja, jadi mana nak cari duit untuk sara anak-anak. 

Zaman sekarang ni zaman duit. Kalau tak ada duit, rumah tangga pun boleh porak peranda. Memang la boleh bersederhana, tapi bila kos hidup makin tinggi, nak bersederhana tang mana lagi pun dah tak tau. Anak-anak pun ada kehendak dan keperluan yang harus di penuhi. 

Si isteri pun ada ibu ayah di kampung yang mungkin kesempitan hidup. Kalau si isteri bekerja, sekurang-kurangnya boleh juga la dia bantu ibu bapanya. Takkan la nak harapkan sang suaminya yang tolong hulurkan duit. Kalau dah duit belanja sendiri pun sang suami tak cukup, macam mana nak bantu keluarga. Memang benar tanggungjawab isteri pada suami selepas berkahwin. Tapi sebagai anak, si isteri juga perlu membalas budi mak ayah dia yang dah bersusah payah membesarkan dia dulu. Jangan kata tanggungjawab jaga orang tua terletak pada bahu anak lelaki je. Sebab sekarang ni, lebih ramai wanita yang lebih bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka. 

So sebelum korang nak mengata buruk tentang wanita yang bekerja ni, fikir dulu. Jangan main sedap mulut mengata. Setiap orang ada alasan tersendiri kenapa mereka memilih jalan itu. Ada yang memilih untuk berkorban kerjaya mereka demi keluarga. Ada juga yang memilih untuk berkorban masa dengan keluarga dan terus bekerja. Apa pun pilihan mereka, dia, saya, kami dan anda semua, pastinya kita semua ada jawapan dan sebab atas pilihan kita. Percaya la, tiada pengorbanan yang mudah untuk dilakukan. Jadi tolong hormati pilihan orang lain. 

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato