Untitled post
As-salam,
Hidup, jika asik melihat orang yang lebih dari kita, tentu kita akan rasa sakit hati. Melihat kelebihan / kemewahan seseorang boleh buat kita cemburu bukan.
Ada cemburu yang membuatkan seseorang akan berusaha untuk bangkit dan lebih rajin supaya dapat apa yang dia inginkan. Ini memang bagus. Menjadikan seseorang sebagai perangsang.
Tapi ada yang cemburu dan dengki hingga sanggup melakukan apa je untuk menjatuhkan orang. Opss itu sangat bahaya.
Selalu kita dengar iri hati tu sinonim dengan masyarakat melayu. Ada yang sanggup menggunakan cara halus dek kerana sakit hati. Tolong ye, jangan la sesekali buat macam tu.
Jadi untuk mengelakkan dari sering berperasaan cemburu, selalu la melihat kekurangan orang lain dengan keinsafan. Terbitkan dalam hati perasaan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Kadang-kadang apa yang kita inginkan tidak semestinya apa yang kita perlukan. Cukup lah memiliki apa yang kita perlukan. Mungkin itu lebih membahagiakan.
Love,
mar

Comments
Post a Comment