Tips dalam hubungan?

Bismillahirohmanirohim,

Mana nak mula pun dah tak tau. Lama tak update. Kerja opis menimbun-nimbun banyak sekarang. Menjaga dua orang bos bukan perkara mudah. Tapi bukan juga perkara yang susah. Janji pandai bahagikan tugas dan tau macam mana nak tackle hati bos. Opss jangan salah faham, tackle hati bos bukan bermaksud membodek ye. Aku tak percaya pada bodek membodek.

Politik di ofis memang sentiasa ada di mana-mana. Jalan paling selamat, jangan libatkan diri dalam politik ofis. Politik negara, silakan. Hiiii.

Tips untuk bakal-bakal setiausaha, sentiasa natural dalam tugasan anda. Bina hubungan kerja yang baik di antara bos, pegawai, eksekutif, kerani atau ofis boy. Ini kerana anda amat memerlukan mereka semua dalam melaksanakan tugas-tugas harian anda. Jangan libatkan diri dalam mana-mana konflik di pejabat. Jangan jadi penyampai. Sebagai seorang setiausaha, anda harus bijak menyimpan rahsia. Anda adalah orang yang paling hampir dengan bos. Jadi banyak rahsia-rahsia yang pastinya anda ketahui. Make sure zip mulut anda dan sentiasa berhati-hati bila bercakap.

Apa yang aku merepek ni pun aku tak tau la. Tetiba pulak nak kasi tips. Hahaha..

Nak cerita tentang jiran baru. Ahad lepas jiran baru sebelah rumah kami berpindah. Jiran ni orang yang paling hampir dengan kita kan. Jadi adalah penting untuk kita serasi dengan jiran. Kalau tak serasi, pasti akan timbul masalah nanti. Bayangkan kalau asik bergaduh dengan jiran, macam mana keadaan kita di rumah. Nak keluar rumah nampak jiran, nak masuk rumah nampak jiran. Dalam rumah pun boleh dengar suara jiran. Kalau hubungan dengan jiran tak baik, mesti rasa tak selesa kan.

Alhamdulillah sepanjang hidup berjiran, aku tak pernah ada masalah dengan mana-mana jiran. Sebab mungkin aku bukan jenis yang ramah sangat, cukup sekadar menegur atau paling-paling pun hanya tersenyum bila terserempak dengan jiran. Tak perlu terlalu ambik tahu hal jiran. Jangan sampai digelar kepochi pulak. Bila bertutur, sentiasa jaga tutur kata kita. Gunakan akal untuk berfikir, dan fikir dahulu sebelum bersuara. Tanya diri sendiri, adakah kata-kata itu akan menyakitkan hati orang lain. 

Bercerita tentang jiran baru, harapnya tiada masalah berjiran dengan mereka. Sebab jiran aku ni adalah adik aku sendiri.. Hahahah. Sekarang ni, en. fuad, kalau naurah dan ayg takde di rumah, cari je di rumah sebelah je. Kompem kami melepak di sana. Wakakakah.


Sekian dari aku yang merapu hari ni.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato