Kelahiran permata hati, Muhammad Athmar bin Mohamad Fuad
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah dengan 3 kali teran, baby athmar selamat di lahirkan seberat 2.54 kg. Seelok athmar keluar je, azan subuh pun berkumandang. Moga Athmar menjadi anak yang soleh.
1.mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
2.mudah dicerna
3.memiliki efek laksatif
4.memiliki kandungan imun yang tinggi
5.melindungi saluran pencernaan bayi
6.mengandung sel darah putih
sumber daripada wikipedia bahasa melayu.
Jadi, susukan bayi anda seawal jam pertama di lahirkan. Happy breastfeeding.
Agak lambat nak update tentang kelahiran putera kami. Alhamdulillah aku dah selamat bersalin pada 1 April 2014 tepat jam 6.02 pagi. 7 hari sebelum due date. Lahir pada 39 minggu. Kisahnya macam ni.
31 Mar 2014.
Aku dah start bercuti dari 17 mac lagi. Memang dah tak larat nak travel ke ofis. Ingat masa appointment minggu ke 38 tu dah boleh bersalin. Kalau ikutkan sejarah bersalinkan naurah dulu masa minggu 38. Tapi baby adik belum ready nak keluar lagi. So sepanjang bercuti tu, aku just meluangkan masa dengan naurah. Pagi ni masih sempat beraktiviti kraf dengan naurah. Perut memang dah kejap-kejap mengeras. Malam memang dah tak lena tido. Memang aku ingatkan ad supaya sentiasa alert dengan phone call. Malam tu macam biasa aku tido lebih kurang pukul 12. Ad habis berniaga lebih kurang pukul 1 lebih. Dalam pukul 2 ad masuk bilik untuk tido. Dalam pukul 3 aku tersedar, terasa macam nak terkencing. Lepas ke tandas, aku cuba nak tido balik, tapi terjaga balik 10 minit lepas tu. Sakit balik dan rasa nak terkencing lagi. Dua kali aku keluar masuk tandas tapi tetap rasa tak selesa. Dalam hati dah terdetik, macam nak bersalin dah ni.
Tengok ad tengah lena tido buat aku rasa tak sampai hati nak kejutkan dia. Aku tahu ad baru je lena. Lagi pun siang nanti ada check up. Jadi rasanya nak tunggu siang je la. Tapi rasa sakit makin kerap datang. Lastly aku ambik keputusan untuk kejutkan ad. Nasib senang je ad nak terjaga. So kami terus bersiap-siap untuk ke hospital. Nasib la alang duduk sebelah rumah aku je. Terus kejut dia untuk tumpangkan naurah kt rumah dia. Dari rumah aku ke hospital cuma lebih kurang 5 minit je. Tambah pulak awal pagi, so memang takde masalah jem. Sampai je di hospital lebih kurang pukul 4.30 pagi, aku terus di usung ke labour room. Nurse check bukaan, dah 4 to 5 cm. Contraction memang dah tinggi. Yang seronok sebab aku tak di ikat di katil. So memang bebas berjalan la. Aku berjalan-jalan di dalam labour room untuk cepatkan lagi bukaan. Bila contraction high, aku stop kejap. Ad banyak kali suruh aku baring, tapi aku rasa lebih selesa duduk dan berjalan. Masa ni, kurma dan air zam-zam yang memang aku bawak pun tak sempat di usik. Cuma aku cuba nak telan VCO, tapi bila masuk tekak je, terus termuntah balik. Aku cuba kawal pernafasan tiap kali terasa sakit. Lebih kurang pukul 5.50 aku terasa sakit nak meneran. Nasib baik ngam-ngam masa tu pun doktor fauziah sampai. Doktor fauziah tenang je walaupun tengok aku dah hampir nak bersalin.
Tengok ad tengah lena tido buat aku rasa tak sampai hati nak kejutkan dia. Aku tahu ad baru je lena. Lagi pun siang nanti ada check up. Jadi rasanya nak tunggu siang je la. Tapi rasa sakit makin kerap datang. Lastly aku ambik keputusan untuk kejutkan ad. Nasib senang je ad nak terjaga. So kami terus bersiap-siap untuk ke hospital. Nasib la alang duduk sebelah rumah aku je. Terus kejut dia untuk tumpangkan naurah kt rumah dia. Dari rumah aku ke hospital cuma lebih kurang 5 minit je. Tambah pulak awal pagi, so memang takde masalah jem. Sampai je di hospital lebih kurang pukul 4.30 pagi, aku terus di usung ke labour room. Nurse check bukaan, dah 4 to 5 cm. Contraction memang dah tinggi. Yang seronok sebab aku tak di ikat di katil. So memang bebas berjalan la. Aku berjalan-jalan di dalam labour room untuk cepatkan lagi bukaan. Bila contraction high, aku stop kejap. Ad banyak kali suruh aku baring, tapi aku rasa lebih selesa duduk dan berjalan. Masa ni, kurma dan air zam-zam yang memang aku bawak pun tak sempat di usik. Cuma aku cuba nak telan VCO, tapi bila masuk tekak je, terus termuntah balik. Aku cuba kawal pernafasan tiap kali terasa sakit. Lebih kurang pukul 5.50 aku terasa sakit nak meneran. Nasib baik ngam-ngam masa tu pun doktor fauziah sampai. Doktor fauziah tenang je walaupun tengok aku dah hampir nak bersalin.
Alhamdulillah dengan 3 kali teran, baby athmar selamat di lahirkan seberat 2.54 kg. Seelok athmar keluar je, azan subuh pun berkumandang. Moga Athmar menjadi anak yang soleh.
fresh from oven |
Aku tak dapat bilik single kali ni. Penuh je. Letak nama dalam waiting list, sekali hari nak check out baru nurse tanya nak transfer bilik ke sebab dah ada kekosongan. Alahai dah 2 malam berkampung di hospital, tak kuasa la nak duk hospital lagi. Ohh ye, ada yang bertanya kenapa lama sangat aku duduk hospital. Baby takde masalah, tapi sebab dah ambik pakej bersalin 3 hari 2 malam, so rehat je la lama sikit di hospital. Malam pertama, naurah balik rumah. Kene tidur dengan anny. Anny cakap naurah terjaga tengah malam menangis mencari mama. Kesian dia. So malam ke dua, kami ajak naurah tidur sekali di hospital. Kemain seronok la dia.
Naurah memang seronok sangat dapat adik. Hari-hari cium adik dia siap cakap "kakak sayang adik tau". Alahai sweetnya. Tapi bab mengacau adik dia pun ye jugak. Macam-macam cara di sakatnya. Pastu berangan dah besar, siap nak angkat adiknya. Penah sekali time aku kat dapur athmar menangis. Aku baru ke depan tengok naurah baik punya dah angkat adik. Menjerit la mama time tu. Adoi la anak oiii..
ready nak balik rumah |
Masa nak balik dari hospital doktor sahkan athmar ada kuning. Masa tu bacaan kuning dia 11. Doktor bagi pilihan nak stay di hospital atau nak bawa balik. Aku pilih untuk bawa balik. Di rumah aku susukan sekerap yang mungkin. Selain tu, aku mandikan athmar dengan daun dukung anak. Nasib ada daun tu di area rumah aku. Doktor juga pinjamkan kami lampu untuk kami buat photo treatment athmar di rumah. Baiknya hati doktor.
Alhamdulillah kuning athmar tak berpanjangan. Ibu-ibu yang baru lepas bersalin, ingat ye jangan beri bayi korang benda-benda lain kononya untuk merawat kuning. Susu ibu je dah memadai. Memang kita harus berusaha, namun jangan sampai memudaratkan anak. Sebab ada kes ibu beri bayi makan serbuk mutiara untuk rawat kuning. Tapi makin tinggi pulak bacaan kuningnya. Sampai hampir kene tukar darah. Ingat, organ dalaman bayi masih belum mampu memproses benda asing selain daripada susu ibu. Air masak pun tak perlu tau untuk baby di bawah 6 bulan.
Kejap je masa berlalu. Tau-tau je dah abis cuti. Memang berat hati nak tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh. Kalau boleh nak jaga sendiri anak-anak. Tapi apa boleh buat, mama papa banyak komitment yang perlu di selesaikan setiap bulan. In sha allah, ada rezeki nanti aku nak bergelar Working At Home Mother. Sekarang sedang berusaha ke arah itu. Doakan ku ye.
Dah debab athmar ni kan. Masa timbang sebulan ari tu dah 4.1kg. Sekarang ni maybe dah cecah 6kg kot. Belum bawa dia ke klinik lagi. Patutnya kene injet 2 bulan. Mama papa bizi sikit. Weekend nanti kita pegi ye sayang.
athmar 2 bulan |
Ohh ye akak ipa aku, kak lin pun dah selamat melahirkan baby girl pada 21 mac 2014. Comel kan anak buah baru ni. Rezeki atok dan anny tahun ni meriah cucu. In sha Allah wife dik wan pun akan bersalin bulan oktober nanti.
Muhammad Athmar dan Nur Fathiah Iwani |
Athmar menyusu badan sepenuhnya. Malah aku dah susukan athmar sejurus lepas dilahirkan. Pandai betul athmar menyedut.
Bagi ibu-ibu baru, jangan risau jika susu tidak banyak di awal kelahiran. Jangan fikir susu tidak ada. Sebenarnya di awal kelahiran, badan telah menghasilkan susu awal yang di kenali sebagai kolostrum. Jumlahnya memang sikit namun cukup untuk baby. Perut baby hanya sebesar sebiji kacang. Jadi mereka tidak memerlukan jumlah yang banyak bagi setiap penyusuan. Baby akan cepat terasa lapar kerana susu ibu mudah dihadamkan.
Kolostrum merupakan sejenis susu ibu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung hingga beberapa jam selepas bersalin. Ia sangat bermanfaat bagi bayi, kerana:
1.mengandung banyak karbohidrat, protein, dan antibodi
2.mudah dicerna
3.memiliki efek laksatif
4.memiliki kandungan imun yang tinggi
5.melindungi saluran pencernaan bayi
6.mengandung sel darah putih
sumber daripada wikipedia bahasa melayu.
Jadi, susukan bayi anda seawal jam pertama di lahirkan. Happy breastfeeding.
Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp : 018-2684992
Comments
Post a Comment