Tangani STRESS dengan senyuman

As-salam,

Tentu pernah terjadi pada anda juga perkara macam ni kan.

Lambat terjaga dari tidur. Baru nak pegi mandi, anak kecil menangis nak susu. Lepas menyusu, cepat-cepat mandi. Nak bersiap, si kecil menangis lagi. Kali ni berak pulak. Kelam kabut tukar pampers anak. Yang sulung pulak meragam tak nak bangun tidur. Suami pulak mencari stokin tak jumpa. Kalut nak melayan permintaan sekeluarga. Baru nak keluar rumah, hujan pula. Dah kunci pintu, baru teringat kunci kereta tak ambil. Masuk kereta, anak tumpahkan air pulak. Dah la lambat untuk ke kerja, macam-macam pulak berlaku dalam 1 pagi. Marah.

Sampai office, belum sempat punggung cecah kerusi, boss dah panggil. Macam-macam kerja di beri. Nak print paper work, nak siapkan presentation, ohh claim outstation bulan lepas pun belum sempat buat. Tengah nak photostate, kertas pulak sangkut. Meeting dah nak start. Bosses dah menunggu. Sakit hati.

Dah pukul 7 malam, kerja office masih belum siap. Anak-anak di taska belum di ambil. Sejam kene bayar OT taska RM8. Dari office ke taska sepatutnya ambik masa 15 minit tapi ni hari hujan, jem teruk. Makan masa 1 1/2 untuk sampai ke taska. Huru-hara.

Sampai rumah jam 9 malam. Nak masak. Anak-anak pulak nak kan perhatian setelah berpisah lebih 10jam. Si kecil nak susu. Yang sulung sibuk nak bercerita. Si suami sakit kepala, minta tolong urutkan. Ohh kalau la boleh belah badan ni. STRESS.

Masa tu mula la nak marah. Mula la membebel lebih sejam. Mula la keluarga jadi tempat lepaskan geram. Mula la rasa semua benda serba tak kena.

Stop.....

Sentiasa ingat, kerja rumah tak pernah selesai.
Sentiasa ingat, kerja office tak pernah habis.
Sentiasa ingat, anak-anak membesar dengan cepat.
Sentiasa ingat, pasangan kita orang terpenting dalam hidup kita.
Sentiasa ingat, stress mengundang PENYAKIT.


Bila jiwa mula down, hati mula kacau, otak mula stress, itu adalah masa terbaik untuk anda berhenti melakukan apa yang sedang anda lakukan.

Paper work tak siap lagi sedangkan deadline dah hampir >>>>>> stop sekejap dari mengadap laptop. Tenangkan fikiran. Bangun dari work station anda. Ambik mug, bancuh kopi, cicah biskut. Duduk tepi tingkap. Hirup udara. Senyum dan bersyukur kepada allah atas nikmatnya.

Baru kemas rumah, anak-anak selerakkan balik >>>>>>>>> peluk anak-anak. Ajak mereka bermain bersama. Atau lepak di sofa, tengok kartun kegemaraan anak-anak sambil berpelukkan. Senyum dan bersyukur kepada allah atas kurniaannya.

Senyum dalam setiap keadaan. Dalam sedih, dalam marah, dalam suka. Kerana senyuman boleh meredakan kesedihan. Senyuman boleh meredakan kemarahan. Dan senyuman boleh menjalinkan ikatan.


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992





Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato