Persediaan berpantang

As-salam,

Hari ni nak bercerita pulak tentang keperluan ibu berpantang. Perkara pertama yang biasa di fikirkan ialah nanti nak makan set berpantang apa ye? Memang banyak set bersalin yang ada di pasaran sekarang. Boleh pilih je ikut mana yang bersesuaian dengan diri dan bajet. Masa naurah dulu aku gunakan set dari HPA. Bukan la nak kata tak elok, tapi setnya banyak menggunakan jamu. Naurah pulak kene kuning masa hari ke 2. Jadi memang aku tak makan la set tu. Sudahnya sampai habis berpantang tak abis lagi makannya.

Untuk kali ni aku pilih untuk makan set berpantang shaklee. Kelebihan set ini adalah berasaskan bahan semulajadi. Jadi para ibu boleh terus makan vitamin shaklee seawal 2 jam selepas kelahiran. Vitamin shaklee dijamin selamat untuk para ibu dan juga baby anda. Set ini juga baik bagi ibu-ibu yang menjalani pembedahan. Ini adalah set vitamin pilihan aku.


set berpantang / bersalin + menyusu + kurus


Wow banyak kan. Perlu ambik sebanyak ni ke? Ohh tentu tidak. Terpulang pada diri anda untuk ambik set bagaimana. Yang ni adalah set berpantang + menyusu + kurus. Mesti la nak kembali kurus kan. Hii. Ok jom intai apa kelebihan set ini.

Set basic berpantang.

1)  B-complex dengan Asid Folik
Ia bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
Ia juga dapat meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan

2)  Vitalea / Multivitamin dengan Zat Besi
Sangat penting kerana membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C
Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren.
Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

4) Zink
Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.
Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat sembuh.

Tambahan (optional)

5) Energizing soy Protein- ESP
Protein yang lengkap dengan asid amino membantu dalam penghasilan kulit yang cantik, rambut yang sihat kuku yang elok
Menggalakkan penghasilan dan memekatkan susu

6) Alfalfa
Pengambilannya dapat melegakan sakit sendi dan belakang
Bertindak seperti 'kacip fatimah' kepada wanita
Melegakan sembelit bagi ibu berpantang
Membantu membanyakkan susu ibu.
Membuang angin dalam badan dan
Memulihkan urat selepas bersalin

7) Ostematrix
Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang
Mengatasi sembelit

8) Lecithin
Menurunkan berat badan
Merawat bengkak susu

Kelebihan set shaklee ni adalah bukan hanya dimakan sewaktu pantang je, tapi boleh diteruskan hingga lepas pantang. Sebab set ni adalah set asas kesihatan. Selain ibu, suami pun boleh makan juga. Maklum la bukan ibu je perlu cergas, bapa pun perlu cergas juga. Nak sama-sama menjaga orang baru kan.

Selain daripada penjagaan dalaman, aku juga ada gunakan produk lain sebagai penjagaan luaran.


Bengkung, minyak dan sabun


tungku besi.
pic from google

mandian herba
pic from google

Kali ni aku gunakan bengkung daripada Grandma Secret. Ada orang leceh nak guna bengkung bertali macam ni kan sebab tiap kali nak ke toilet kene bukak. Tapi tidak dengan bengkung Grandma Secret. Chehwahhh. Menurut kata penjualnya, tiap kali nak ke toilet hanya perlu buka tali di bahagian bawah sahaja. Jadi lebih mudah la. Aku memang nak cari bengkung panjang hingga ke punggung. Almaklum la nak dapatkan kembali bentuk badan lebih solid lepas bersalin nanti.

Untuk minyak pula aku gunakan Minyak Herbanika daripada Nona Roguy. Sebenarnya tak tahu nak gunakan minyak apa, tapi bila baca ramai yang berpuas hati dengan minyak ni, maka aku pun try la. Kegunaannya adalah untuk menguatkan badan lepas bersalin, mengencangkan otot tubuh, melegakan batuk, melegakan sakit pinggang, sakit belakang dan melancarkan peredaran darah. Boleh la minta mak cik tukang urut nanti gunakan minyak ni untuk mengurut aku nanti.

Yang tiub tu pulak adalah Krim Barut Nona Roguy untuk disapu di perut. Nak perut kempis kembali tak? Rajin-rajin kan diri menyapu krim ni. Harap kembali kempis la nanti ye.

Aku juga beli sabun Dhia Nona Roguy untuk mencantikkan kulit. Selalu masa peknen ketiak dengan leher hitam kan. Perubahan hormon tu. Jangan risau. Hiii.

Yang botol kecik tu pulak pilis jenama Anugerah. Biasa orang dulu-dulu gunakan serbuk pilis untuk elakkan sakit kepala kan. Yang ni pun sama gak kegunaan dia, cuma dalam bentuk cecair. Takde la lagi kes serbuk pilis tu bertaburan atas katil. Mudah kan.

Bertungku memang wajib bagi semua ibu-ibu lepas melahirkan anak. Tungku aku ada di kampung jadi tu gambar gugel je. Tapi sama la rupa bentuknya. Aku beli tahun lepas masa alang bersalin dari kedai baby. Dah banyak yang jual, so boleh gogel je. Tungku besi ni elok sebab kepanasannya tahan lama. Aku beli yang 3kg. Setahu aku ada yang 2kg, dan 4kg. Jadi ikut la nak beli berapa kg pun, ikut pada kesesuaian. Aku tak beli sarungnya, sebab aku nak mak balut dengan daun mengkudu. Pastu baru balut dengan kain. Lagi best.

Yang terakhir adalah mandian herba. Pun tu gambar dari gogel sebab lupa nak snap gambar. Aku beli jenama Grandma Secret. 1 bunjut tu boleh pakai dalam seminggu tak silap aku. So aku beli 2 bunjut. Kegunaannya adalah untuk mengembalikan kesegaran badan selepas bersalin dan melancarkan peredaran darah. Selain tu boleh membuang angin, melembutkan urat saraf dan mengurangkan sengal tulang dan sendi.

Kali ni berpantang memang agak beria-ria sikit. Masa naurah dulu culas je. So lambat la badan kembali ke bentuk asal. Kali ni nak make sure lebih berdisplin dalam bab berpantang. Macam orang tua-tua selalu cakap, badan nak pakai lama. Badan mesti sentiasa cergas, maklum la dah anak dua. Mana nak kejar naurah, mana nak kejar si adik nanti kalau badan lemah je.

Pada yang nak bertanya tentang set shaklee tu, boleh la

SMS/Whatsapp : 018-2684992

Nanti aku share lagi tentang keperluan baby pulak.


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato