Keperluan bayi

As-salam,

Bagi yang pertama kali mendapat anak tentu tertanya-tanya apa keperluan bayi yang mesti disediakan. Macam tu juga dengan aku dulu. Rasa macam semua kene beli ke. Kali ni aku share apa yang aku sediakan untuk baby adik nanti.




Cute kan caddy bag fisher price tu. Beg tu aku beli dari facebook.com/marissa.shoppe. Harga lebih murah berbanding beberapa kedai lain. So boleh usha di sana ye. Caddy bag ni adalah untuk simpan barang-barang baby macam lotion, krim, sikat dan sebagainya. Masa naurah dulu aku letak dalam bakul je. Kali ni nak nampak cute sikit jadi letak la dalam caddy bag.

Ni produk yang akan aku gunakan nanti. Bagi mandian, krim telon, losyen, minyak rambut dan badan, dan minyak kelapa dara aku gunakan brand tropika. Produk ni berasaskan minyak kelapa dara. Tapi jangan risau takde la bau minyak kelapa pun. Produk ni wangi sangat. Memang best kalau baby pakai. Aku suka anak aku berbau wangi. Produk ni elok untuk kulit bayi baru lahir yang sensitif. Boleh la search tentang rangkaian produk tropika ni. Atau dapatkan dari facebook.com/fadilah.baharuddin 

Tungku baby memang sangat penting tau. Kegunaannya adalah untuk mengelakkan baby kembung. Kalau baby boy pula, perlu di tuam pada area testikal / telur bagi mengelakkan angin pasang. Kali ni aku beli tungku tanah liat jenama Grandma Secret. Kelebihannya adalah tahan lebih lama. Dulu masa naurah, pakai yang kain. Senang terkoyak pulak kainnya.


pic from google

Lupa nak ambik gambar yang aku punya tapi macam ni la rupa tungku tu. Panaskan atas dapur. Tapi jangan direct pada api. Alaskan dengan penutup periuk. Lepas tu masukkan dalam sarung. Apa nak di isi dalam sarung tu terpulang pada korang. Aku isi lada hitam. Boleh juga tambahkan jintan hitam dan bawang putih.

Lepas bertungku, jangan lupa barutkan baby korang. Sebelum tu, sapu la dengan minyak / krim telon pilihan hati masing-masing di perut, dada, tapak kaki dan belakang baby. Banyak jenis barut yang ada sekarang. Pilih je ikut kegemaran korang.

Lain-lain keperluan asas adalah seperti sikat / brush, diaper cream, (aku dah share di entry sebelum ni) cotton bud, cotton ball (untuk bersihkan pusat baby), ketip kuku dan wet tissue. Aku memang tak bedakkan anak. So memang takde dalam senarai langsung. Lagi pun sebenarnya bedak kurang elok dipakaikan pada baby. Ada artikel tentang tu. Sila la google.

Satu benda yang perlu ada juga adalah nose sucker for baby. Apa tu? Kegunaannya adalah untuk membersihkan hidung baby dari selsema. Baby tak pandai hembus hingus lagi. Kesian mereka di kala selsema kan. Tugas mama papa la untuk membersihkan hingus mereka. Macam ni la rupa nose sucker tu



pic from google

Aku tak ingat aku beli brand apa. Lupa nak snap pic close up. So ambik dari google je la. Ada banyak jenama di pasaran. Tapi aku suggest beli jenis macam ni la. Kalau yang jenis ponpon tu kurang elok sket.

Ohh ye, termometer pun wajib ada tau. Senang nak pantau suhu anak. Lebih baik beli yang jenis digital selalunya lebih tepat. Dulu beli yang tepek kat dahi. Jenuh nak dapatkan suhu badan bila naurah mengamuk. Lepas tu beli yang digital je, letak kat telinga. Senang. Ada lagi senang, jenis infrared. Tak perlu sentuh badan baby pun. Just aim kat dahi baby dah dapat bacaan suhu badan.

Jom masuk bab pakaian baby. Biasanya semua mak-mak excited bab baju baby. Berapa banyak yang perlu disediakan? Terpulang la. Ada yang kata rugi beli banyak-banyak sebab baby cepat membesar. Bagi aku pula, memang aku sediakan agak banyak. Mengambil kira beberapa faktor. Baby dalam pantang selalunya kerap muak dan berak. Bila terkena baju, takkan tak nak salin baju anak pulak kan. Andaikan sehari minimum 3 kali bertukar baju. Jadi seminggu dah 21 pasang baju. Memang boleh basuh hari-hari. Tapi ambik kira pula faktor cuaca. Kalau musim panas macam sekarang ok la baju cepat kering. Tapi macam mana kalau musim hujan. 3 hari pun baju tak tentu kering lagi. Jadi berapa pasang baju yang perlu disediakan adalah bergantung pada diri sendiri.

Cuma cari lah baju dari material kain kapas. Make sure kainnya lembut dan boleh memberi keselesaan pada baby. Kalau rumah korang panas, banyakkan baju berlubang-lubang so haba tak tersimpan di dalam badan baby. Untuk siang hari, baby boleh dipakaikan baju lengan pendek manakala untuk malam pula berlengan panjang.  

Ni adalah list keperluan baby

1. Pakaian

Baju lengan panjang
Baju lengan pendek
Seluar panjang
Seluar pendek
Set sarung tangan dan kaki
Barut

2. Peralatan mandi
Tuala
Besen atau tab mandi
Cecair mandian
Minyak bayi
Tikar/pelapik getah

3. Peralatan tidur
Selimut
Kelambu
Set tilam

4. Peralatan penyusuan bayi
Botol susu (untuk ajar baby minum EBM)
Berus botol
Breast pump (wajib..wajib..wajib)


Rujukan :Majalah Pa& Ma Mac 2004 pg 20

Nanti aku sharekan pula tips untuk menyediakan stok susu bagi ibu-ibu yang bakal kembali bekerja.


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato