Persediaan bersalin dan keperluan untuk ke hospital

As-salam,

Semalam baru lepas check up. Kedudukan baby dah cantik letaknya. Anytime boleh engage. Minggu ni kandungan aku dah masuk 35 minggu. Berat baby dah 2.3kg. Doktor kata ok, normal saiz . Tak la kecik macam naurah dulu. Next appointment 17 Mac nanti. Excited + takut. Doakan kami ye.

Bila dah masuk 35 minggu ni, patutnya semua kelengkapan dah tersedia. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, mesti penin fikir apa yang perlu disediakan. Kali ni aku kongsi persediaan aku untuk menyambut kelahiran orang baru nanti.


beg mama dan beg baby

Beg untuk ke hospital boleh mula di sediakan seawal kandungan berusia 7 bulan. Mana la tahu kot-kot terjadi kelahiran pra-matang. Jadi takde la kelam kabut sangat mula terasa sakit kontraksi. Bagi ibu-ibu baru, mungkin tak sure apa yang diperlukan. Jom intai apa yang ada didalam beg baby dan mama.

keperluan mama

Apa yang korang perlukan adalah pad pakai buang. Aku pakai brand pureen. Pad ni lebih besar daripada pad biasa. Tapi korang tak perlu beli banyak sangat. Rasanya 1 bungkus besar dah cukup. Sebab lepas tu boleh pakai pad biasa je. Kali ni pun aku tak beli sebab ramai duk kasi kat aku. Diorang beli banyak lepas tu tak abis pakai. Ada 3 bungkus kot aku dapat. Hahaha... rezeki.

Lepas tu sediakan la pakaian untuk korang pakai dalam hospital. Tak sure la kalau di hospital kerajaan macam mana, tapi kalau di hospital swasta boleh pakai baju sendiri. So boleh la melawa. Hiii. Ikut suka la nak bawak banyak mana. Aku sediakan dalam 3 helai. Kalau tak cukup, rumah dekat je dengan hospital. En. Somi boleh balik ambik.

Stokin jangan lupa bawa ye. Ibu yang dalam pantang memang digalakkan memakai stokin sepanjang masa bagi mengelakkan angin masuk. Kat kaki kan banyak urat saraf. Jadi lindungi la badan anda.

Aku suka nak suggest untuk sediakan panties pakai buang. Memang sangat-sangat membantu terutama di hari-hari awal kelahiran. Time tu darah memang banyak sangat. Aku beli dekat farmasi je kalau tak silap lebih kurang RM6 sepeket ada 5 helai panties.

Lain-lain tu macam sabun, shampoo, towel kene la bawa. Jangan ingat lepas bersalin tak perlu mandi pulak ye. Hiii

Ohh ye, jangan lupa buku rekod perubatan ye. Make sure buku tu sentiasa berada didalam beg korang. Senang nanti takde la mencari sana sini lagi bila tiba masanya.


keperluan baby

Bagi beg baby pulak, ini isi kandungannya. Pakaian baby untuk keluar dari hospital. Selalunya kalau di hospital swasta, pakaian baby sepanjang baby di hospital memang disediakan oleh pihak hospital. Jadi tak perlu bawa banyak baju untuk baby. Macam tu juga dengan lampin pakai buang. Semuanya disediakan. Tapi kalau korang bersalin di hospital kerajaan, pakaian baby dan lampin pakai buang kene bawa sendiri ye. Jangan tak bawa pulak.

Aku sediakan 2 helai pakaian baby, 2 helai bedung moden dan 2 set sarung tangan, kaki dan kepala untuk baby. Kenapa aku sediakan 2? Sebab tak boleh nak deside nak pakaikan yang mana bila keluar hospital nanti.

Bedung moden tu ada 2 jenis. 1 jenis berzip, 1 lagi jenis zap. Kali ni malas nak bedung pakai lampin, jadi aku beli 4 helai bedung moden. Lebih senang nanti. Kain pun lembut dan tak terlalu tebal. Tapi ikut pada korang la nak pakai bedung yang macam mana pun. Yang penting baby memang perlu di bedung supaya mereka sentiasa rasa bagai di peluk. Kurang la sikit mereka nak terkejut.

Yang tiub tu adalah diaper cream. Aku gunakan brand Bepanthen. Aku pakai brand ni dari masa naurah lagi. Memang puas hati. Bagi yang tak tahu apa keperluan diaper cream ni, ia adalah untuk mengelakkan baby terkena ruam lampin. Bepanthen ni jenis minyak. Aku lebih suka gunakan jenis minyak sebab lebih elok, dan kesannya tahan lebih lama di area yang di sapu. 1 lagi bepanthen boleh juga digunakan sebagai nursing cream iaitu disapu di puting ibu bagi mengelakkan melecet. Percaya lah, tiada siapa suka bila puting melecet, sakit woiii.

Kotak kuning tu pula adalah herba cream atau cream telon brand tropika. Brand tropika ni memang elok untuk baby. Bahan asasnya adalah minyak kelapa dara. Herba cream ni adalah untuk di sapu di kaki dan perut baby bagi mengelakkan kembung. Kalau baby selsema pun boleh digunakan, sapukan di dada dan belakang baby. Tak perlu la sapu vicks lagi.

Rasanya ìtu je keperluan yang perlu. Tapi ikut keperluan masing-masing la. Nak tambah ke nak kurang ke tak kisah.

Ohh ye, bagi yang nak sediakan birth plan tu, boleh la mula sediakan dan bincang dengan gyne masing-masing. Aku punya tak banyak, nanti aku share apa birth plan aku.

Apa yang penting bagi bakal ibu adalah untuk sentiasa bertenang. Tapi aku tak nafikan masa nak bersalinkan naurah dulu, bila dapat tau je nak kene bersalin hari tu, terus rasa nak menangis. Pengalaman pertama kan, rasa takut, cuak, panik semua ada. Harap kali ni aku lebih tenang. Harap bersalin kali ni pun di permudahkan juga. Amin. 


Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani (Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato