Cergas ketika mengandung

As-salam,

Athmar dah 3 bulan pada 1 julai lalu. Kejap betul la masa berlalu. Rasanya macam baru je dapat tau mengandung, bersalin, tup-tup sekarang dah 3 bulan pun usia dia. Sebelum tu, belum terlambat kan untuk aku ucapkan salam ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia.

Teringat kisah ramadhan tahun lepas. Masa tu aku dah mengandung, tapi belum tahu lagi. Cuma pelik kenapa duk rasa lesu semacam. Mula-mula ingatkan sebab berpuasa dan kurang rehat. Tapi terasa letih melampau sangat. Buat kerja rumah sikit pun dah penat. Time keje jangan kata la, memang asik nak tidur je. Mula-mula memang tak sangka langsung mengandung. Tapi 1 hari period aku datang sikit sangat. Lebih kurang macam stain je. Ada la 3 hari macam tu. Masa tu mula tergerak hati, mengandung ke? Tapi aku tak segera buat pregnency test lagi. Saja tunggu dulu. Sebab beberapa bulan sebelum tu, 2 kali aku buat test lepas rasa tak sihat dan loya-loya tapi hasil menghampakan. So tak nak la rasa kecewa lagi.

Hingga lah pagi 4 syawal barulah aku buat test, dan alhamdulillah 2 line. Masa tu kat kampung en. fuad. Punya la excited sampai aku melompat dekat en. fuad. Terkejut dia dari tidur. Hahaha. Lepas 3 tahun, hati siapa tak excited bila mengandung lagi kan. Rupanya bukan aku seorang je yang mengandung dalam family, akak ipa ku, kak lin pun disahkan hamil juga lepas keguguran beberapa bulan sebelum itu. Wah bertambah sekali 2 orang terus dalam family kami.

Mabuk, loya dan muntah mengiringi tempoh awal kehamilanku. Memang agak lembik. Oh ya, masa mengandung naurah pun macam tu, so dah boleh agak bakal terjadi lagi. Dan yang paling ketara, kemalasan yang agak berganda. Nasib la en. fuad rajin, kalau tak kompem rumah macam tongkang pecah sepanjang aku mengandung. Hahaha.

Bila kandungan aku cecah 6 bulan, aku mula mengamalkan shaklee. Lepas tu alhamdulillah masalah kelesuan mula berkurangan. Nyesal lambat kenal shaklee. Bila dah mula kenal shaklee, aku terus konsisten mengamalkan shaklee hingga kini. Malah masa berpantang, hanya vitamin shaklee je yang aku makan. Tak perlu beli set berpantang lain. Korang semua, aku memang galakkan sangat-sangat korang makan vitamin shaklee. Bukan sebab aku jual ye aku promote ni. Tapi sebab aku dah rasai sendiri kebaikan dan keberkesanan produk shaklee ni.

Untuk yang nak mencuba, set vitamin asas shaklee terdiri daripada B-complex , Vita-Lea, Vita-C dan ESP. Ini merupakan supplement asas yang membekalkan nutrien yang lengkap dalam membantu meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Set sama ini juga la yang dimakan oleh wanita mengandung, berpantang dan menyusu dengan tambahan beberapa vitamin lain. Selain wanita, vitamin asas juga perlu dimakan oleh para lelaki untuk menjadi lebih gagah perkasa. Hehee

Sekarang amat mudah untuk mendapatkan produk shaklee. Cuma dengan click pada esell, korang dah boleh membeli vitamin shaklee kegemaran korang. Bajet terhad? Jangan la risau. Korang boleh membeli sedikit-sedikit dulu mengikut bajet korang. Kalau tak pasti yang mana yang patut dibeli dulu, boleh berhubung dengan saya di sini 

Untuk terus membeli set asas vitamin shaklee boleh klik disini. 
Untuk terus membeli set kehamilan shaklee boleh klik disini
Untuk terus membeli set penyusuan shaklee boleh klik disini 

Sebelum tu nak kongsi sikit pasal kak lin yang keguguran, disahkan ada cyst dan disahkan tidak subur oleh doktor. Kak lin makan GLA shaklee untuk atasi masalah kesuburan. Alhamdulillah tidak lama lepas tu (tak habis sebotol pun GLA tu), dengan izin Allah kak lin disahkan mengandung lagi. Sekarang dah selamat bersalin pun 2 minggu awal dari athmar. Jadi bagi korang yang teringin menimang cahayamata, jangan putus asa. Cuba la beriktiar dengan shaklee pula. 

Shaklee Independent Distributor 
Mardiani Mohamad Nor 
ID : 1091078

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato