Diari ramadhan | Hari ke 7 | Ohh baju raya

Assalam,

Hari ni dah hari ke 7 berpuasa. Terasa cepat betul kan. Hari-hari naurah tanya lagi berapa hari nak raya. Dulu masa kita kecik-kecik pun macam tu kan. Rasa tak sabar betul nak beraya. Lagi-lagi lepas shopping baju raya. Asik-asik duk try je kan. Kalau kasut tu memang jap-jap duk pakai tawaf satu rumah. Ada juga yang siap tidur dengan kasut baru kan. 

Dulu masa kecik-kecik kami selalu shopping di bulan puasa. Lagi 2 minggu nak beraya baru pegi shopping. Kadang-kadang pegi shopping malam sebab tak larat berjalan di siang hari. Ingat dulu aku nak sangat baju princess. Tapi saiz aku takde. Kemain merajuk sebab alang dapat baju princess. Jenuh ayah bawak pegi semua shopping mall di KL nak mencari baju princess punya pasal. Zaman tu tak banyak lagi shopping mall macam sekarang. Paling pemes Kamdar, Globe, Mun long, Batu Road Supermarket, Hankyu Jaya. Jaya Jusco (sekarang Aeon) pun tak banyak macam sekarang. 

Cari punya cari still tak dapat baju princess macam baju alang. Sedih juga la. Tapi ayah belikan juga gown yang tak kurang cantiknya. Ok la terima juga la. Betapa ayah berusaha menggembirakan hati aku ketika itu. Kenangkan usaha ayah, memang buat aku sebak. Ayah orang yang sentiasa mendulukan keluarga dia berbanding diri sendiri. Kalau raya tu ayah la orang yang paling sibuk mengadakan persiapan. Bertuah betul mak. Dari baju kurung, baju raya, kasut raya semua ayah yang pilih. Dan aku tak nafikan ayah ada good taste.

Sekarang ni bila aku sendiri dah berkeluarga, keutamaan tentang persiapan raya tentu pada anak. Selalunya aku dan en.fuad beli barang-barang anak dulu. Lepas tu baru barang kami. Tahun ni pun baju anak-anak semua dah settle. Beli awal-awal sebelum raya sebab tak larat nak memilih masa berpuasa. Pegi pun hari kerja, hantar athmar ke pengasuh. Bawak naurah sorang je. Jenuh kalau nak bawak athmar sebab pegi beli masa sogo member sale hari tu. Manusia kemain ramai. Nasib baik en.fuad ni tak kisah merempuh orang yang ramai tu. Kebanyakkan lelaki tak suka bersesak. Tapi demi baju anak-anak en.fuad rela bersesak. 

Macam ayah, en.fuad pun ada good taste. Kebanyakkan baju-baju anak dia yang pilih. Nak-nak baju untuk athmar, memang semua pilihan en.fuad. Nasib baik taste kami sama. Takde la konflik masa membeli. Para suami, layan la kerenah isteri korang menyoping. Lebih-lebih lagi masa nak beli baju untuk anak. Jangan lepaskan semua pada isteri. Kadang-kadang isteri nak juga dengar pandangan dan pendapat dari suami. Tapi kalau dapat suami yang buta fesyen, isteri buat decision sendiri la. Pastu suruh suami bayar je. Hehehe


Love, 
mar


Pengedar Sah Shaklee Ampang : 
 Mardiani 
(Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992



Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato