Diari ramadhan | Hari ke 8 | Solat terawih
Assalam,
Masa kecik dulu perkara paling best masa bulan puasa adalah waktu malam. Sebabnya meriah sangat waktu malam. Kalau hari-hari biasa, waktu malam memang kene berkurung dalam rumah. Waktu magrib tak balik rumah lagi, siap la kene rotan dengan ayah. Tapi bila bulan puasa ada kelongaran sikit sebab boleh ikut mak ayah ke surau untuk terawih. Tapi buat separuh je, lepas tu main dengan kawan-kawan. Memang riuh kawasan surau dengan suara kami semua bermain. Bila dah dekat nak raya makin riuh pulak dengan bunyi mercun. Aku dulu geng dengan budak lelaki. Tu yang lasak sikit.
Kenangan waktu kecik, bila di ingat balik memang menarik. Rindu juga kadang-kadang. Tambahan pulak sejak ada anak, memang aku dah tak ke surau di bulan ramadhan. Risau anak meragam hingga menggangu orang lain dah bersolat. In sha allah bila anak-anak makin besar nanti aku nak kembali ke surau.
Ada anak bukan alasan untuk tidak berterawih. Kita boleh lakukannya di rumah. Aku kongsikan cara solat terawih sendirian yang aku ambil daripada page Ustaz Ahmad Adnan.
Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)
Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
Wallahu a’lam.

Lesu setelah seharian berpuasa? Jom dapatkan set kecergasan shaklee. Di bulan ramadhan ni la kita patut berlumba mengumpul pahala. Jangan jadikan lesu sebagai sebab untuk kita gagal berterawih di bulan ramadhan.
Love,
mar
Comments
Post a Comment