Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah

Assalam,

Parenting memang bukan sesuatu yang mudah. Semua orang boleh menjadi ibu atau bapa, namun tidak semua orang mampu mendidik anak dengan baik. Sebagai seorang ibu, aku juga masih belajar bagaimana menjadi ibu yang baik dalam mendidik anak-anak. Tambahan pula naurah semakin membesar. Jadi lebih banyak kerenah dan ragam yang perlu aku layan dan handle. Kadang-kadang menguji minda, selalunya menguji kesabaran. Namun melepaskan marah bukan perkara terbaik. 


Tahap pertama
Ini adalah 4 tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasullah. Naurah dan athmar berada di tahap pertama iaitu mumayyiz. Pada pertingkat pertama ini, membina foundation yang kukuh amat penting. Itu la yang akan menjadi asas kepada keperibadian anak. Dalam tahap pertama anak-anak seharusnya didik dengan penuh kasih sayang, di belai sentiasa dan di ajak bergurau. Dalam umur yang mentah ini mereka masih belajar tentang kehidupan. Berbuat silap adalah perkara lumrah bagi mereka. Sebagai ibu bapa, seharusnya lebih bersabar untuk memberi tunjuk ajar dan mendidik mereka. Jangan terus-terus memarahi anak-anak sekiranya mereka berbuat silap atau tidak dapat melakukan arahan dengan sempurna. Sedangkan kita yang dewasa pun mengambil masa untuk belajar, inikan pula anak-anak kecil yang masih belum matang akal fikiran mereka. 

Dalam usia sebegini juga anak-anak masih berfikiran egosentrik yang bermaksud mereka hanya berfikir mengikut pandangan mereka sendiri. Mereka masih belum berupaya untuk melihat pandangan orang lain. Maka tidak hairan la mengapa anak-anak akan mengamuk bila kehendak mereka tidak dapat di penuhi. Sebagai ibu dan bapa, seharusnya lebih bijak dalam menangani ego anak-anak. Jangan di marah atau merotan mereka walau dengan alasan mendidik. Ini akan memberi kesan negatif dalam jangka masa yang panjang. 

Tahap ke dua
Bagi tahap ke dua pula, anak-anak di usia 7 - 14 tahun seharusnya di tanam untuk lebih berdisplin, tegas dalam arahan dan di beri tanggungjawab. Namun masih juga perlu di didik dengan penuh kasih sayang. Ajar anak-anak tentang pentingnya solat dan ibadah lain dalam kehidupan. Anak-anak pada usia ini lebih matang dan lebih pandai menilai sesuatu dengan lebih logik. Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah dalam buku mereka bertajuk "Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah" kanak-kanak pada usia 7 - 11 tahun berada dalam peringkat Operasi Konkrit dimana mereka telah mampu menguasai proses pengelasan dimana mereka boleh mengklafikasikan sesuatu objek dalam sesuatu kumpulan dan boleh menguasai proses kebalikkan dan mengamati proses songsangan. Namun mereka masih belum boleh berfikir secara abstrak dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang sukar.

Tahap ke tiga
Ketika di usia 15 - 21 tahun penuh dengan fasa memberontak. Mereka dalam proses peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja. Masa ni memang paling mencabar. Salah cara memang anak akan menjadi lebih jauh dari ibu bapa. Di usia ini, kawan-kawan menjadi sumber rujukan terpenting bagi mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi sahabat kepada anak-anak. Didik anak mengikut cara dan zaman mereka selagi tidak melanggar syariat. 
Tahap ke empat
Sweet 21. Ada yang kata telah mendapat kunci kebebasan. Berikan sepenuh kepercayaan buat anak-anak dengan memberi kebebasan untuk mereka membuat keputusan mereka sendiri. Ibu bapa hanya perlu memantau anak-anak. In sha allah anak-anak yang telah di didik dan di asuh dengan baik pasti dapat menimbang buruk baik setiap perkara sebelum melakukan apa-apa. 

Menjadi ibu bapa memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Ibu bapa lah yang akan mencorak keperibadian anak-anak. Jika ingin anak-anak menjadi seorang yang penyabar, maka ibu bapa harus menjadi seorang yang super penyabar. Anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa. 

 
Salam sayang
mama mar



Pengedar Sah Shaklee Ampang : Mardiani 
(Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato