Diari ramadhan | Hari ke 2 | Cabaran ibu menyusu

Assalam,





Ini menu bersahur aku pagi ni. Lauk beli je. Begedil 2 ketul, sambal sotong 6 ekor, sambal ikan bilis. Nasi balance dari sahur dan berbuka semalam. Padahal masak 2 pot aje.

Vitamin wajib mesti ada. Zinc complex, ambik sebelum makan. Lepas tu ambik Alfalfa dan B complex. Jarakkan masa antara keduanya. Pastu minum ESP + tamar koko. Sedapnya. 

Siapa di sini yang mengandung atau menyusukan? Memang mencabar minda dan fizikal kan. Masa mengandungkan naurah dulu, 1st trimester memang aku lembik sangat. Alahan yang agak teruk, muntah-muntah, pening kepala dan tak boleh bau sebarangan. Memang tak dapat berpuasa penuh la. Bangun sahur pun nangis-nangis. Sepanjang hari di ofis asik tidur je. Nasib baik bos baik.

Tahun selepasnya menyusukan naurah di bulan puasa. Tiap kali lepas pam je mesti menggigil kelaparan. Tapi alhamdulillah masih mampu harungi dugaan tersebut. Stok susu pun walau berkurangan sedikit namun masih berjaya fully breastfeed naurah hinggi dia 2 tahun. 

Masa athmar pula, aku tak sedar aku mengandung. Masa tu bulan puasa. Rasa badan memang lesu, tapi takde alami alahan. Sebulan tak period, aku anggap normal la kot sebab period memang tak regular. Cuma yang pelik kenapa rasa lesu semacam. Tersangat-sangat lesu sampai kan tak boleh buat kerja rumah langsung.

Hari raya ke 5 baru check UPT, kompem 2 line. Apa lagi melompat lebih tinggi la aku. Bersyukur dengan kehadiran cahayamata ke 2 yang sememangnya dinantikan. 

Tahun ni, masih lagi menyusukan athmar. Rasa lapar lepas mengepam masih di rasai. Cuma takde rasa lesu yang melampau. Ibu-ibu yang risaukan kuantiti susu berkurangan sepanjang berpuasa ni boleh cuba cara ini. 

1. Pastikan bersahur. 
Makan 3 biji kurma. Makan oat bersama fresh milk. Oat mengandungi serat tinggi yang dapat memberi rasa kenyang lebih lama. Kurma pula kaya dengan zat besi dan magnesium yang dapat membekalkan tenaga. Oat dan kurma juga antara milk booster tau.

2. Minum air secukupnya. 
Kita seharusnya minum air sebanyak 8 gelas sehari. Tapi minum air terlalu banyak ketika bersahur akan membuatkan kita kerap ke tandas. Cukup dengan 2 gelas air kosong ketika bersahur. Kemudian top up balik setelah berbuka. Minum sedikit namun kerap sepanjang malam bagi memastikan jumlah air dalam badan sentiasa mencukupi. 

3. Sumber protein secukupnya.
Protein dapat membekalkan tenaga dalam badan kita. Selain itu, protein juga membentuk otot. Oleh itu penting bagi kita mendapatkan sumber protein yang mencukupi. Antara makanan yang tinggi protein adalah telur, daging putih seperti ikan dan ayam, kekacang seperti almond, peas dan soya, sayuran seperti brokoli dan bayam.

4. Kerapkan menyusu bayi dan pam susu.
Berpuasa bukan bermakna tidak boleh mengepam. Aktiviti mengepam seharusnya di teruskan ketika berpuasa. Jika kuantiti susu semakin berkurangan, banyakkan lagi aktiviti mengepam. Boleh juga cuba buat power pumping bagi merangsang lebih banyak susu terhasil. 

5. Makan supplement
Vitamin juga dapat membantu membekalkan tenaga. Seperti set menyusu Shaklee, lengkap dengan vitamin dan zat mineral yang sememangnya diperlukan oleh setiap orang. Bukan hanya ibu menyusu dan ibu mengandung, malah semua orang boleh memakan set vitamin shaklee. 





Love,
mar



Pengedar Sah Shaklee Ampang : 
 Mardiani 
(Shaklee ID 1091078)

Facebook : d.ni.vitaminsihat

Whatsapp : 018-2684992


Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato