Dari mana datangnya tenaga dia
Assalam,
Nak cerita sikit la rutin harian aku dari pagi hingga ke malam. Setiap pagi aku bangun tidur jam 5.37 pagi. Kenapa 5.37 bukan 5.30? Sebab aku sukakan kelainan. Memang dari dulu perangai aku macam tu. So bangun pagi tu terus mandi solat, lepas tu prepare bag susu athmar, cooler bag aku, make up, kadang-kadang masak puree athmar, pung pang pung pang dekat 6.50 baru settle semua. Tapi tak sepenuhnya lagi. Sejak naurah bersekolah, aku kene siapkan dia pagi-pagi. Kalau tak dia menangis tak mau pegi sekolah. Lotih nak memujuk nanti.
Dah settlekan naurah, kene naik bilik balik kejut en.fuad pulak. Nak tukar diapers athmar. Athmar tengah kecik ni memang tak banyak ragam sangat. Senang sikit nak handle. Bayangkan betapa kalutnya aku pagi-pagi. Belum keluar rumah dah becak ketiak ok.
Lepas hantar athmar, en.fuad hantar aku ke LRT station pulak. Dengan handbag di bahu kiri, cooler bag di bahu kanan, bergegas aku mengejar tren. Kalau tren smooth, maka perjalanan aku pun smooth je. Boleh la sampai di ofis ngam-ngam waktu pejabat. Kalau tren delay, atau terlewat maka terlewat juga la aku. Dah berkejar tren di station cahaya, kena tukar tren pula di station Masjid Jamek. Kemudian kene mendaki bukit yang tinggi untuk sampai ke pejabat. Dah sampai di ofis, baru la boleh berehat sebentar sebelum memulakan kerja. Ambik nafas dulu. Tu pun kadang-kadang tengah tercungap-cungap lagi bos dah memanggil.
Macam tu la rutin aku setiap pagi. Di office boleh la relax sikit bila tak banyak kerja. Tapi bila banyak kerja, memang macam tak cukup tanah berjalan. Nak handle dua boss bukan senang. Sorang jenis cool sikit. Tapi tak habis-habis dengan meeting, dengan outstation. Sorang lagi jenis kalut sikit. So memang kene pandai la meng'handle kedua-dua ni.
Bila balik mula la lagi rutin yang kelam kabut. Lepas dekat 10 jam terpisah, anak-anak mesti la rindu kat mama dia ni. Masing-masing buat perangai nak tarik perhatian mama. Si naurah tu pulak jenis cepat sentap. Kalau tak layan dia bermain, mula la merajuk. Si athmar pula jenis tak nak berkongsi. Mama kene layan dia sorang je. Kalau mama layan kakak, dan-dan tu la dia menangis suruh dukung. Padahal sebelum tu elok je dia main sorang-sorang.
Dah la sekarang ni kami dah mula balik perniagaan cheesetart kami. Alhamdulillah order memang tak putus-putus di terima. Jadi waktu malam pun memang kami super busy la menyiapkan tempahan dari customer. Dengan nak melayan anak-anak lagi, dengan nak menyiapkan order. Kalutnya allah je yang tahu. Tapi itu jalan yang kami pilih untuk mencari duit lebih. Maka walau tak cukup tidur, walau kadang-kadang tidur di dapur je, walau tidur hanya 2 -3 jam sehari, namun hati puas bila customer cakap cheesetart kami sedap dan repeat order lagi.
Esok paginya rutin sama berulang lagi.
Jadi dari mana datangnya tenaga aku? Memang tidak dinafikan, bila berterusan begini, adakalanya terasa letih juga. Bila rasa letih melampau, kami tetap perlukan rehat. Anak-anak perlukan perhatian. Jadi ada masa kami tutup tempahan. Untuk memberi ruang buat badan berehat dan memberi perhatian buat anak-anak yang semakin membesar.
Selain berehat, makanan yang berkhasiat juga penyumbang kepada bertenaganya aku. Syukur kerana telah berkenalan dengan Shaklee, vitamin semulajadi yang Sentiasa Selamat | Sentiasa Berkesan | Sentiasa Mesra Alam.
Sejak mengamalkan shaklee, memang badan terasa sentiasa cergas. Aku mulakan dengan rutin pagi. Selalu sebelum solat, aku akan makan Zinc Complex. Zinc complex ni seeloknya di ambil sebelum makan. Antara fungsi zinc adalah untuk meningkatkan sistem imun, mengelakkan diabetis, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengelakkan kelesuan kronik. Bagi lelaki pula, zinc boleh membantu membaiki kemampuan seks.
Setelah selesai bersolat, dah bermake up. Biasanya aku akan bancuh segelas ESP. ESP ni sedap di bancuh bersama susu strawberry, atau orange tropika atau ribena atau apa saja air kegemaran anda. Tapi jangan bancuh dengan air berkafien dan air panas pula ye. ESP adalah sumber protein dari kacang soya bukan GMO. Ia dapat membantu memberi tenaga segera, mengenyangkan perut, menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol di paras normal. Selain itu dapat menjadikan kulit berseri dan anjal. Bagi ibu menyusu pula, ESP merupakan salah satu milk booster.
Lepas bersarapan pagi di office, biasanya aku akan telan 3 biji Lecithin. Ia dapat membantu untuk memecahkan lemak di dalam badan, menurunkan paras kolestrol, mengatasi sembelit. Siapa yang ingin kekal langsing sila ambil lecithin ni. Malah untuk ibu menyusu, lecithin dapat membantu mengatasi masalah bengkak susu.
Kemudian aku akan makan Alfalfa sebanyak 6 biji. Alfalfa boleh di ambil sehingga maksimum 10 biji. Sebagai permulaan, uolss boleh ambil 2 biji saja dulu. Tengok tahap healing proses uolss. If takde masalah boleh tambah bilangan bijinya. Alfalfa di digelar raja segala tumbuhan. Kenapa, sebab banyak khasiat daripadanya. Antaranya dapat membantu mengurangkan toksin dalam badan, melawan alahan, memperbaiki masalah saluran penghadaman, menyingkirkan lemak dan kolesterol, melegakan rasa kebas dan sakit sendi. Alfalfa juga baik untuk kaum wanita kerana bertindak seperti manjakani. Bagi ibu menyusu, alfalfa juga merupakan salah satu milk booster.
Selepas makan tengahari aku akan makan sebiji Sustained Release Vita-C Plus. Vita-C dapat membantu dalam penghasilan kolagen, sebagai antioksidan semulajadi, menggalakkan gusi, gigi, tulang dan salur darah supaya sihat dan berupaya mengurangkan alergi. Kadang-kadang bila terasa macam tak berapa sihat, hidung mula tunjuk tanda-tanda selsema dan tekak mula gatal-gatal nak batuk, aku akan makan 2 biji Vita-C bagi meningkatkan lagi imun sistem badan. Kalau athmar tak sihat pun aku akan make sure aku telan 2 biji Vita-C.So athmar dapat khasiatnya melalui susu aku.
Malam pula sebelum tidur aku akan makan 4 biji Ostematrix sebagai sumber kalsium. Seperti yang kita semua sedia maklum, kalsium penting untuk tulang. Ostematrix lengkap dengan Vitamin D dan boron untuk memastikan kalsium dapat di serap oleh tubuh dengan lebih efisyen. Kalsium juga dapat membantu meredakan sakit kepala dan meringankan stress. Nak tidur yang lebih lena dan segar keesokkan hari? Cuba minum segelas susu suam bersama 4 biji ostematrix dan 2 biji B-Complex. In sha allah anda akan terasa lebih segar esok hari. Ini kerana kalsium dapat membantu memberikan tidur yang lena, manakala B-Complex pula dapat memberikan lebih tenaga, melawan tekanan dan menjadikan saraf lebih sihat.
Jadi bila ada sahabat yang bertanya, macam mana aku masih bertenaga walau kurang tidur, itu la jawapannya. Alhamdulillah asbab daripada shaklee.
Jika anda juga ingin menjadi lebih bertenaga, hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee. Sukar telan pil? Jangan risau saya akan suggest produk jenis minuman dengan rasa yang lazat untuk anda. Jangan lupa untuk hubungi saya di nombor yang tertera di bawah. Anda juga boleh PM di funpage saya. Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan saya.
Pengedar Sah
Shaklee Ampang : Mardiani
(Shaklee ID 1091078)
Facebook : d.ni.vitaminsihat
Whatsapp :
018-2684992
patot la kuruss..hihi
ReplyDelete