Cerita Syawal

Tadi dah cerita sal photo gedik. kali ni aku nak cerita tentang sambutan hari raya tahun ni. mula-mula start dari hari terakhir aku bekerja sebelum mula bercuti.

last day iaitu hari jumaat bersamaan dengan 26/8/2011.
mood kerja memang dah totally zero la. hari ni aku bawa si kecik ni ke opis. modus operandi bukan nak kutip duit raya ye tapi sebab ramai officemate aku pun bawak anak masing-masing. so seronok la si kecik ni bermain dengan budak-budak tu. nak kejut dia pagi tu pun punya la senang. just cakap dengan dia "nak ikut mama naik tren pegi opis mama tak" dalam mata pejam pun dia leh jawab "nak". amboi nak senangnya ko ye. slalunye bila kejut suh pegi umah mbok, punya la banyak alasan tak mo bangun tido.

sabtu 27/8/11.
berdua je dengan si kecik kat rumah. alang dah bertolak balik ke Bagan Lalang malam semalam. motif aku tak nak ikut? aku ni kan isteri mithali, so tunggu en hubby sampai, nak balik dengan dia sekali. baru la terasa suasana balik kampung bersama suami terchenta.. hahahaa.

bila dah duk kat rumah jer boring pulak kan. so dengan rajinnya aku mengemas & mengemop rumah. buang sawang & lap habuk. si kecik pun sibuk menolong sama la. mana boleh dia tengok mama buat sorang-sorang kan. alhamdulillah rajin anak dara aku tu.. orang slalu cakap "sejuk perut mak" tapi aku rasa tak sejuk pun perut aku ni..buncit ada la ooo silap tu perumpamaan je ye. marah cikgu bahasa kalau dengar..

en hubby patut bertolak lepas dia bis kerja dengan adik aku tu. so patutnya dalam kul 6pm gerak la kan & aku bajet-bajet dalam kul 8pm leh la sampai ampang. diorang singgah sungkai jap sal nak ambik baju melayu along. baju dia baru siap. nasib le diorang nak ambik, kalau tak, takde baju raya la along ti. sampai kat sungkai hubby kol cakap kete dia semput cam jep sepah pulak. so dia nak patah balik ke batu gajah nak tukar kete lain. dari kul 8pm sampai kul 11pm duk kat umah mak kat bt gajah sebab adik ipa aku pakai kete Myvi abah. tensi betol aku menunggu. dalam 11.30pm hubby msg cakap nak bergerak dah. dalam kul 2.30am diorang selamat sampai ampang. aku & baby aura pun dah selamat tido dah time tu. tak koser aku nak bangun menyembang sal kul 4.30am ti nak bangun prepare untuk sahur pulak.

ahad 28/8/11
pas bersahur memasing nak tido balik. aku dah warning awal-awal suh en hubby & adik bangun kul 8am nak balik bagan lalang. tapi biasa la kan, dah semalam sampai pun lewat, so liat la memasing nak bangun. last-last dalam kul 11am gak baru keluar dari umah. adik pulak nak singgah maxis center nak bayar bil tepon dia sal dah kene bar. tapi maxis center tutup pulak. pastu aku nak singgah kat apt permai kat bukit ampang sal nak tukar kasut skidders ibriz. hari tu masa beli tak pasan pulak tapak skidders tu koyak. nasib baik la tokey kasut tu belum balik kampung lagi. lebih kurang kul 12pm gak la baru la kami betul-betul bergerak menuju ke bagan lalang. ho ho ho balik kampung... si kecik tu pun dah tau nyanyi lagu tu tau... tapi versi dia la, hoo ampung.... gitu la lebih kurang sebutan dia..

perjalanan memang lancar la. takde la tersangkut jem kat mana-mana. alhamdulillah selamat sampai di bagan lalang lebih kurang 1.30pm. masa tu alang tengah sibuk buat chocolate chip cookies sambil dibantu oleh kak dina. mak & ayah pulak tengah masak rendang daging. aromanya sungguh menusuk kalbu. wahhh sungguh terasa suasana menyambut raya.

malam pulak hubby pasang lampu lip lap lip lap yang aku beli hari tu. ayah memang tunggu menantu dia sorang ni untuk kerja-kerja pemasangan cmtu. jenuh gak la hubby pasang sorang-sorang sal ayah & adik dah pegi terawikh. tu la sape suh tak pegi terawikh kan.. bila dah on, wahhh cantiknya.. tambah pulak dengan pelita kat kiri kanan pagar rumah lagi la menampakkan suasana hari raya tu..lupa pulak nak snap pic..

isnin 29/8/11
hari ni pulak ayah masak rendang ayam. mak pulak sibuk buat ketupat palas. alang buat cornflake madu pulak. ohh ye chocolate chip yang alang buat semalam memang sedap.. macam famous amos punya rasanya. kelasss ko lang.. aku relax je ke? oo tidak. aku mesti la menolong. pastu lari ke kedai beli barang-barang dapur.

hubby nak berjalan ke pekan sg pelek sal nak beli songkok baru. tapi dah belek-belek songkok, dia tak mo beli pulak. ikut suka la sayang. aku pulak nak mencari tudung untuk match dengan baju raya aku tu. gedik je kan. sebelum raya hari tu sampai 2 kali ke masjid india, sibuk borong tudung, tapi tudung raya tak beli pulak. ni nak pegi cari kat pekan kecik tu. ko ingat ada ke? dah ler rege kt sana sekali ganda dari harga kt masjid india. jawabnya, balik rumah aku suh mak tunjukkan koleksi tudung dia. tudung pagi raya aku hari tu ialah ehsan dari mak. tapi tudung tu pun aku yang beli bagi kat mak, last-last aku pinjam balik. boley..

petang tu along sefamily pulak sampai. diorang lambat sebab kak lin terpaksa kerja gak isnin tu. tapi kak dina balik dulu follow alang. makin riuh la rumah atok & anny. malam tu pulak aku & kak lin projek buat kuih dari kulit popia. aku pun tak tau la nama kuih tu. tapi dibuat dari kulit popia. gulung kan, pastu potong kecik pastu goreng. dah goreng tu salutkan dengan nestum + susu tepung. versi lagi 1 yang pedas punya. yang budak-budak & bapak budak g main bunga api kat luar.

selasa 30/8/11
ye ye dah raya.. cam post terdahulu tadi. cam biasa la kami bersalaman dari yang tua sampai la yang muda. pastu berphoto gedik masing-masing. sebenarnya tahun ni pertama kali kami beraya di bagan lalang since bagan lalang dah bertukar status menjadi kampung halaman kami officially awal tahun ni. kalau tak sebelum ni memang beraya di ampang je. dah macam beraya di perantauan pulak rasanya sebab jiran-jiran semua balik kampung. sedara-mara mak pulak ramai di kl. jadi kami pun terpaksa la beraya kat tepi pantai.

petang pulak aku, hubby, baby aura, alang, kak lin & kak dina ke seremban beraya kat rumah kawan alang. tak penah di buat la 1st day raya dah pegi rumah kawan. takpe la nak buat macam mana orang perantauan kan.

rabu 31/8/11
selamat hari merdeka yang ke 54 ye malaysia. bersyukur di lahirkan selepas kemerdekaan. tak terbayang macam mana kesusahan nenek moyang kita dulu hidup di bawah jajahan bangsa asing kan.

hari ni kami sibuk menyiapkan juadah istimewa iaitu nasi beriani, dalca daging & ayam masak merah sebab sedara-mara belah mak nak datang bertandang. aku & hubby masak ayam, kak lin & along masak nasi beriani, mak & ayah pulak masak dalca daging. dah macam pertandingan memasak pulak. memasing nak tunjuk skill & kehebatan memasak. kelakar betul.

dapat jumpa sepupu sepapat aku kejap je sebab petang tu kami dah nak balik batu gajah pulak. dengar cite lama gak diorg melepak kat rumah kami. malam baru diorang balik. mat saleh si mark bukan mat yang kawin dengan sepupu aku tu pun beria main bunga api dengan anak-anak buah kami. rugi betul aku tak dapat join diorang.

kami sampai kat batu gajah dalam kul 8pm. terus ke rumah kak yong. mak abah pun ada kat sana. ala rumah diorang sebelah menyebelah je. lepak kat rumah kak yong sampai kul 12am baru balik rumah hubby. waa sangat letih..

untuk raya-raya yang seterusnya nanti aku hapdetkan ye. dah panjang sangat entry kali ni.

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato