Nursing In Public - kempen flashmob breastfeeding di klcc tu memalukan??

Baru-baru ni dalam KIM ada sorang mommy ni post tentang ada viewer yang komen menghentam kempen flashmop brestfeeding kt KLCC. aku pun terus la gogel youtube. sebab dulu masa mula-mula aku view clip tu dulu takde pulak yang menghentam. rata-rata memuji kempen yang diadakan tu. aku pun ralat sebab tak sempat nak join aktiviti tu sebab tak tau lebih awal. bila baca hentaman-hentaman tu terus aku tergelak. sebab mereka yang menghentam tu nampak tak tau apa yang diorang cakapkan. sedap-sedap je jari-jari korang nak komen ye. nak kutuk kaum-kaum ibu yang breastfeed anak kat public pulak. sekurang-kurangnya ibu-ibu tersebut ada kesedaran, keberanian & ada ilmu tentang kepentingan susu ibu ni. korang tu apa yang ada?

kat sini aku nk tegaskan kempen flashmob breastfeeding ni bukan kempen untuk menayang buah dada sape lagi besar, buah dada sape yang dah lonyot, buah dada sape yang cantik ye. tapi satu kempen untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan susu ibu dan adalah hak kami  untuk menyusui anak kami di mana-mana. kalau diperhatikan clip video tersebut, ada ke ternampak buah dada para ibu yang sedang menyusukan anak mereka. kalau di oversea mungkin la mereka selamber je selak baju while susukan anak. dah adat mereka kan. yang tak susukan baby pun selamber je tayang, ni kan pulak bila nak susukan anak. tapi kat malaysia ni takde la yang macam tu ok.

cuma aku pelik kat tukang komen yang mengutuk kempen ni .. ramai yang berpakaian seksi sampai nampak habis lurah dendam diorang tu takde pulak korang nak kutuk.. kalau yang pergi konsert pastu terkinja-kinja macam kera tu takde korang nak kutuk gak kan. semua tu ok je bagi korang. tapi bila kempen macam ni ramai pulak yang nak cakap soal agama. semua nak berlagak alim mengalahkan jus tok guru. tapi bila ternampak perempuan pakai macam ni suka pulak korang nak tenguk.. mata pun sure tak berkelip la sambil mulut ternganga melopong...time tu kalau lalat, langau, tikus masuk mulut pun dah tak sedar..



kalau pakai macam ni memang betul la sexual harrassment..

ada banyak cara untuk menyusukan anak di public tanpa perlu menayang buah dada tu. antaranya dengan memakai tudung labuh, poncho penyusuan, shawl, nursing blouse, nursing bra, nursing hat dan banyak lagi aksesori penyusuan la. korang gogel je la. antara contohnya macam ni la.


 baby kat dalam nursing cover tu pun tenang je menyusu tanpa ganguan sekeliling


contoh ke 2



cuba perhatikan pic aku ni. time ni menyusukan baby aura kat jusco setiawangsa. malas nak masuk nursing room sebab nak lepak borak-borak dengan en hubby. ada ke terpampang aurat aku?? tak de kan. sopan je aku kan. en hubby pun relax je tolong snapkan pic. aku cover cik b aku dengan poncho penyusuan. cuma baby aura tak suka duk dalam poncho tu, so takde la aku cover mukanya. tapi yang penting aurat tetap terjaga. betul tak kawan-kawan seperjuangan sekelian..

jadi pada yang mengutuk tu bawak-bawak la bertaubat. tuntut ilmu penyusuan ni sebab nanti sok lusa korang pun akan ada anak sendiri. galakkan isteri korang tu susukan anak ye. gunakan BUAH DADA tu sebaik mungkin ye. bukan hanya nak menarik perhatian lelaki, tapi yang lebih penting dapat membekalkan makanan pertama buat anak.

* gambar bukan muka cute aku dari gogel*

Comments

Popular posts from this blog

Naurah's 4th year birthday party di A&W

Smart Reader Kids

Resepi makanan bayi | Ikan merah masak tomato