Sayangkan anak...sayangkan isteri
Jika sayangkan anak
tangan-tangankan
Jika sayangkan isteri
tinggal-tinggalkan
Boleh pakai ke pepatah tu? tangankan anak untuk mendisplinkan anak. aku boleh terima itu asalkan tidak mencederakan anak. dulu sewaktu kecik, kami adik beradik selalu kena rotan dengan ayah bila kami buat salah. tapi ayah merotan hanya di kaki dan tak la bertalu-talu. cukup dalam 2 atau 3 kali sebatan sebagai peringatan. hasilnya kami membesar menjadi lebih baik disebabkan displin yang ayah telah terapkan.
namun untuk kata-kata sayangkan isteri tinggal-tinggalkan macam mana pula? adakan permaksud tinggalkan isteri sementara untuk keluar mencari rezeki. untuk berapa lama? 8 jam? 9 jam? atau bermaksud berhari-hari, berminggu-minggu atau mungkin juga berbulan-bulan. adakan itu pengorbanan?
bila dah terlalu lama ditinggalkan, tak mustahil kan sayang tu akan mula menghilang? aku tak cakap tentang perkahwinan aku dan en hubby. memang kami PJJ. namun alhamdulillah setakat ini kasih sayang kami tetap utuh. cuma kadang-kadang tertanya juga la sampai bila harus terus berjauhan.
bukan aku tak cuba mintak transfer.tapi jawatan aku tak ada kosong di sana. nak berenti kerja dengan syarikat utiliti terulung negara ni aku rasa sayang sangat. tak melebihi sayang pada suami dan perkahwinan namun cukup sayang sebab syarikat ni menanggung segala bil perubatan aku dan anak di hospital private. kalau aku berhenti, mungkin lepas ni aku terpaksa pegi hospital kerajaan yang memang terkenal dengan layanan yang tak mesra rakyat langsung. dah la terpaksa menunggu lama dan beratur panjang dan tak payah cerita tentang prosidur dan kerenah para pekerja hospital kerajaan yang tak masuk akal. ohhh aku tak sanggup hadapi semua tu.
sebab tu aku minta en hubby pindah ke sini. tak salah kan. memang la kos hidup di kl ni tinggi. tapi selama ni aku hidup dengan gaji yang tak lumayan, masih cukup makan pakai aku. bil-bil dan sewa rumah tak pernah tertunggak dan baju anak sentiasa bertukar. maknanya walau aku tak mewah, tak aku juga tak hidup melarat. so kenapa perlu takut berpindah?
kalau indon & bangla boleh datang ke sini tanpa apa-apa, lepas 5 tahun boleh balik jadi orang kaya di kampung mereka, tak mustahil kita pun boleh kan. terlalu banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang ada di sini. siapa yang bijak merebut peluang tu, cerah la masa depan mereka.
ibarat jika ada lubuk emas, ramai orang berebut untuk ke lubuk tu. tapi kita yang dah memang ada dalam lubuk tu nak ke keluar dari lubuk emas tu dan pergi ke lubuk yang mungkin cuma ada selut je.? tak mungkin kan.. itu la yang aku cuba sampaikan. kl ni umpama lubuk emas kan.
Comments
Post a Comment